Rabu, 22 Januari 2014

Aku terkena dengan Qhaliff !

 

Aku bawak dia keluar jalan jalan .. Biasa la.. Seharian duduk dalam rumah jer .. Heee.. Aku pon dah naik dungu duk dalam rumah jer .. Tak nampak dunia haa ..

Ok .. Selepas siapkan dia dalam jam 6 petang gitu .. Bawak laa dia keluar jalan … Bila dia keluar , dia asik suka membelok ! Destinasi aku ialah taman permainan tapi dia tak nak ke situ. Puas aku cuba membetulkan arah tetapi tak jugak dia nak ke situ..

Dia nak ke mana ? Siap berlari gitu.. Aku suruh dia jalan.. Tapi nak berlari gak dia … Ke mana kah ??

Huh !!

Huh !!!!!!!

Dia masuk dalam kedai ! Siap tegur tokey kedai tuuuu !! Aiyookkk..

Aku tau daahhhh .. tau dahhhhh ..

Nasib baik aku dah standby duit dalam poket !!

Tu diaaa.. Dapat dahhh .. Legaaa dia.. Lama dah tak merasa air milo kotak tu haaaa .. Adehh …

Bila nak ditambah garam …

 

“ Abang amik garam kat dalam laci tu , pastu boh skit. Kacau, buka api dan rasa .. “.

Cari garam.. Tak jumpa .. Hehehe.. Standard aku la.. Cari barang ngan lubang hidung , kata mak aku ..

Baru nak berangan jadi MasterChef tiba tiba Qhaliff berkelakuan pelik .. Hurmm… Nak berak la tuuu .. Adehhh … Aku biar dulu .. Aku ke dapur cari garam. Dalam dok belek belek tu , aku dapati dapur dalam kondisi tidak memuaskan .. Bahagian atas yang tak tercapai dek wife agak berabuk ! Haihhhh…  Sbb kalau dia capai , lama dah dia bersihkan.. Aku lak , setahun sekali baru usik dapur tu melainkan nak masak maggie atau buat susu Qhaliff..

Terus aku bersihkan dulu dapur sementara tunggu Qhaliff settlekan hajat besar dia tu .. Bila dah settle dapur ,  garam masih tak jumpa .. Aku gi settlekan Qhaliff dulu..

Banyak pulak hampas. Masuk toilet .. aiyok.. Aku tak puashati dengan kebersihan tandas bawah yang jarang digunakan tu. Aku bersihkan dulu tandas tu .. Selesai bersihkan dia , aku terus bawak dia naik atas.. Bersihkan dia dan mandikan dia sekali lagi.. Dengan aku aku , mandi sekali.. Tandas bawah tu kasi kering dulu.. Takut licin.. Jatuh nanti Qhaliff atau aku..

Lepas tu , siapkan Qhaliff .. Baru gi dapur dan tambah garam dalam kuah kurma telur tu.. Heheheh.. Amik secubit rasa ala ala MasterChef siri pertama episod 9 buat .. Kacau dan rasa .. Walaahhh !! Ini kalau juri rasa , confirm aku dilantik jadi duta ADABI punya laaa.. .Hahahaha.. Tambah garam je ponnn ..

Dan settle.. Masa utk Qhaliff makan.. Nak kasi suapan pertama tu , punyalah bercinta.. Berkejar kejar .. Dan dapat kepung dia.. Paksa dia rasa dulu.. Dah rasa , baru dia sedar betapa sedapnya masakan aku tuuu… Haaaa.. Aku masak eh ? ekekekke.. Tambah garam je ponnnn…

Sikap ibu bapa punca tambang naik !

 

Perghhhhhh … Perghhhhh … Perghhhhhhhhh .. Rakyat jugak dipersalahkan !! Hahahah.. Bukan harga dunia atau sbb cuaca ke ? Aiyokkk..

Photo: Satu lg statement bodoh !!

Kadar tambang bas naik , sbb apa ? Apakah pengusaha naikkan sesuka hati ? Kalau diorang naikkan , sapa rugi ? Confirm mak pak tak nak antar lagi atau amik jer bas sekolah haram atau van sapu ! Eh , ada ke ? Heheehe… Gi la periksa sendiri. Jangan pulak nak tuduh aku buat fitnah sesuka hati..

Ni gara gara sbb nak boikot bas sekolah yang naikkan tambang pastu terpaksa pilih yang lebih murah dan pastinya ramai akan pilih bas sekolah yang murah tapi dah penuh penumpangnya atau bas sekolah takde permit ! Insuran ? Hurmm..

Apa pilihan lagi ? Takkan hari hari nak gi antar ambil ? Kalau tempat keje dekat , boleh la.. Tapi itu pastinya akan menjejaskan reputasi dia di tempat kerja ..

Ok.. kembali fikir kenapa kadar tambang bas sekolah naik ? Seperti ramai yang tau .. keluarga aku pengusaha bas sekolah. Setiap minggu atau dua minggu sekali confirm kena gi bengkel .. Maklumlah , bas bukan baru… Nak amik bas baru , perghhhhh .. bukan mudah dan nak kena bayar ansuran hutang bulanan yang bukan main ratus ratus tapi … hurmm .. Nak cover camana ?

Bila dah buat maintenance gitu , harga barang dan servis dah mahal ! Sapa nak tanggung ? Aiyo… Nak gi repair tu lagi.. guna minyak.. sapa nak tanggung ?

Jadi , nak salahkan sapa ? Redha je laaa .. Sapa suruh naikkan itu ini .. Bila itu ini naik , confirm la macam macam naik .. Takkan tu pon tak leh nak pikir ? Pastu nak salahkan mak pak lak .. Suruh boikot ? Hehehee… Aparaaaa … ‘Hang’ cakap mudah laa.. Pakai driver yang belum tentu ‘hang’ bayaq !!

“ Alamakkkk .. terlupaa letak !!! “.

 

Wahh… Alhamdulillah… Awal pagi lagi wife dah masak sedap ! Kurma telur rebus ! Weee… Feveret kami berdua.. Aku dan Qhaliff..

Photo

Hehehehe .. Ada sesuatu bawak tudung plastik … Aku pon bukak laaaa..

Walaweii.. Ini utk aku ajaaa ..

Photo

Hehehe.. Yang bawah ni lak , utk aku ngan Qhaliff gakk.. Sorang , dua botol ! Haaa ..

Photo

Mandi dah.. masa utk makan .. Aku amik nasi utk dua orang makan.. Yakni aku dan Qhaliff..  Cari port utk makan.. Sediakan air .. Dan ..

“ Qhaliff.. jomm.. makan .. “.

Sengih dia .. Siap jengok dalam pinggan apa utk dia.. Wowww… Aku tak amik ikan dan cili tu lagi.. Hanya kurma dan telur je.. Suapan pertama ke dalam mulut dia ..

Dia luahkan ! Erkk…. Kenapa ? Aku rasa lak… Aiyokkkk.. Apasal tawar ???  Apakah mmg buat khas utk dia gitu ? hurmm.. Aku mesej wife ..

Dan jawapannya…

“ Alamakkkkk .. lupa letak garammmm ! “ .

Iskh iskh iskhhh…. Sah macam macam ada dalam kepala dia ni .. tak kisah laaa ..

Qhaliff bangkit dan ke dapur. Dia amik biskut dan serahkan pada aku.. Huhuhuh… Aku buatkan dia susu dan dia makan biskut.. Tak pe la … Jap lagi tambah garam skit dan panaskan balik kurma tu.. huhuh..

Saja test Qhaliff !

 

“ Haaa… dah dah… Gi tidur ngan ibu kat dalam bilik … “. Dia bangun dan terus masuk je dalam bilik .. Cari mak dia dalam tu.. Terkedu jap aku..  Dia paham sangat dah ke ?

“ Gi amik ni , buang dalam tong sampah .. “. Dia angkat air kotak yang dia baru abiskan tu dan ke dapur .. Aku ikut belakang dia. Dia masukkan dalam tong sampah .. Adehh..

“ Nak tengok Upin Ipin ? Sayang daddy dulu ! Cepat… “. Dia halakan pipi dia .. Aku kata kat dia ..

“ Sayang betul betul !! “. Dia muncungkan mulut dia dan cium pipi aku ! Hahahah .. Adoiyaiiii …

Photo

Usia dia belum lagi menjengah dua tahun. Tapi dah mula meniru segala tingkah laku apa yang dia nampak depan dia. Kalau solat , dia siap , dia dulu yang buat hingga ke rukuk.. pastu dia bangun dan abis dah ! Hahahaha… Satu rakaat je .. adehh..

Kadang kadang , aku saja pamerkan marah melalui mata  aku .. Cepat cepat dia datang dan tegur.. Pastu ‘muah’ aku sebelum aku marah dia .. Marah sayang jer .. Saja nak ajar dia agar memahami intonasi suara bapak dia ni .. Biasanya aku akan tegur 3 kali kalau dia buat sesuatu yang tak sepatutnya.. Kali ke tiga tu.. mmg aku menekan skit suara .. Dan dia tau aku marah .. hahaha … Pandai dia sakat aku.. Tunggu kali ke 3 baru dia lari ..

Sekejap je besar ..

Bukan Aku tak Cinta bikin aku ..

 

Banyak kali dah dok tengok dia punya iklan kat Astro mahal aku ni namun masih tak terbukak minda aku untuk menontonnya .. Tetapi nampaknya ada gula gula di situ yang menarik perhatian aku iaitu heronya .. hehehe ..

Terus terang aku mmg suka watak ganasnya sbb nampak hidup walaupun aku tak sukakannya kerana bisa mempengaruhi mereka yang masih tak beberapa cerdik utk menilai mana baik dan mana buruk ..

Ok .. Hari ni aku tonton dua episodnya. Sebelum tu , aku terus terang la yer .. Aku pengemar novel satu tika dulu.. Sekarang ni je dah tak baca sbb tak sempat …

Sambung… Dua episod yg aku tonton ni rasanya adalah yang dinanti penonton setia drama ni kan ? Yelah , mereka dah direstui .. kan ? Haaa.. Tapi aku rasa nanti si chif inspektor tu dapat tau yang hero ni ahli kongsi gelap .. pasti akan terjadi babak menarik punya ! Hehehhe..

Ok ok …. Aku tak nak ikut drama ni.. Nanti tak jadi kerja aku .. Letih woo nak tunggu .. huhu .. Apa pun , drama ni  nampak menarik untuk ditonton ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI