Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 23 Januari 2014

LENOVO IDEA TAB A3000

 

Photo: Rezeki Qhaliff.. Alhamdulillah

Ramai kawan kawan di FB tanya aku .. ok tak ? Ok.. setelah aku guna dua tiga jam , ada dua menda yang aku perasan , yang mana aku tak perasan sebelum ni.. Iaitu storage yang kecik dan juga kamera yang tak beberapa jelas..

Menurut rakan di FB , harganya dalam RM700 .. aku beli , dalam matawang yuen .. tak sure lak berapa. Malas nak convert .. Aku test main video , memuaskan .. Test kelajuan, pon best .. Dan ada kawan kata main game pon best.. Aku tak try lagi .. hehehe .. Tamo install game dalam ni .. Tunggu MAXIS HOME FIBRE masuk , nak install education je utk dia .. hehee…

Bila disuruh berposing !

 

Di taska Arina tadi , aku amik masa 10 minit utk Qhaliff sesuaikan diri situ. Dia pandang sana sini .. Usha sapa sapa yg boleh dia join sama main ..

Setelah dah serasi , cepat cepat dia nak turun.. Tak sabar nak gi main.. Pemilik Taska Arina lak mesra alam..hehehe.. Suka dia layan Qhaliff.. Disuruhnya senyum dan berposing.. Mamat ni mmg tak leh nampak kamera .. ok je la dia nak berposing haa..

Photo: Posing sat

Dalam taska tadi , aku cuba baca ‘otak’ dia .. Nak tengok apa tindakan dia .. Ada gak dia ditolak dan jatuh. Dia bangun dan gi main tempat lain.. Hahahaha .. Adehhh.. Tak membalas dia ni .. Ok la tu..

Rasanya dia ni jenis cepat jemu kalau duduk setempat.. Kecuali kalau ada UPIN IPIN , cepat je dia baringkan diri .. Oh , masak aku neh nanti !

Rezeki Qhaliff ..

 

Sampai je Cheras , mak aku hulurkan barang pada aku.. Aku ingatkan makanan .. Sekali tengok di bahagian pembalut plastik tu ada tulisan bahasa Cina.

“ Waaaahhh.. sampaiii dahhhhhh .. huhuhuuh.. Tak sangka gue.. Lama gak tunggu.. Hehehehe .. Yelah , pakai courier murah.. Lambat la skit ..”

Photo: Rezeki Qhaliff.. Alhamdulillah

Pasni nak install segalanya dalam tu.. Hehehe .. Aku nak guna ni laa.. Yang Samsung Note tu , kasi Qhaliff.. Hehehehhe… Baru plan nak gi beli satu untuk dia tadi sbb Samsung Note tu dia suka amik main terutama utk melukis .. Huhuh..

Rezeki rezeki .. Ada yang tanya , aku beli kat mana ? Aku beli melalui online di TAOBAO ..

Bahaya dedahkan lokasi diri ?

 

Er .. kenapa nak bahaya ? Mereka kata Malaysia antara negara yang aman di dunia. Tiada perang .. Makan cukup.. Segalanya dalam keadaan terkawal termasuklah harga barang .. Apa yang berlaku adalah kerana salah kita .. ‘Depa’ kata laaa

Photo: Qhaliff di Taska Arina , Presint 9 .. Putrajaya.

Hari dalam sejarah .. Aku bawak Qhaliff saja saja ‘bersosial’ dengan rakan rakan yang hampir sebaya dengannya di Taska Arina , Putrajaya.

Saja jugak aku memerhati bagaimana anak anak kecil ini berinteraksi sesama mereka.. Bukan mudah untuk kendalikan mereka ni.. Perlu ada kesabaran dan juga skill. Minda dan fizikal perlu stabil . Kalau tak , mmg boleh tergugat emosi wooo..

Alhamdulillah .. aku tengok cikgu cikgu di sini ok ok belaka.. Walaupun ada yang agak nakal tapi bagi aku , tu biasa la.. Budak budak.. Qhaliff pon agak nakal gak .. hahaha.. Budak aktif.. gitu laa.. Nakal mereka , masih boleh didik.

Qhaliff yang belum masih 2 tahun tapi aku nak tengok dia berinteraksi dengan rakan rakan yang jauh tua dari dia.. Er , 3 tahun … Hehehe.. cuba gak dia nak masuk tapi kekurangnya ialah dia masih dok cakap jerman ..

Aku di situ dalam 40 minit gitu je.. Tamo kacau cikgu cikgu mengajar kat situ .. Pastu terus balik ke Cheras..

Hurmm.. Ada rakan memberi pendapat bahawa bahaya mendedahkan di mana anak belajar di FACEBOOK.Benar katanya tu . Sememangnya aku takkan dedahkan di mana dia belajar nanti.. Tapi rasanya, itu adalah perkara mustahil.. Apa pun , kita kena berhati hati.. Jangan terlalu leka atau rasa selamat walaupun berada di dalam rumah sendiri..

Photo: Penat gi sekolah ..

Dalam kereta , dia tidur dah.. penat sangat belajar melukis ! Hahahha.. Terima kasih Arina , pemilik Taska Arina kerana membenarkan Qhaliff singgah di sana tadi ..

Anda STRESS kerana berbadan GEMUK?

 

-iklan-

Dah cuba bermacam-macam produk tetapi hasilnya MENGECEWAKAN?

Hilangkan gelak tawa dan ejekan rakan-rakan anda kerana saiz badan anda yang BESAR.

Sebelum anda bertindak untuk BERJAYA menurunkan berat badan seperti mereka, mari kita LIHAT SENDIRI 12 TESTIMONI ini.

iklan ben 2

ISTIMEWA UNTUK ANDA. PERCUMA !

     *  20 TIPS KURUS dengan MUDAH & BERKESAN

    * 4 TIPS KAWAL SELERA MAKAN

KLIK SINI SEKARANG untuk mendapat jawapan segera.

DAPATKAN SET SLIMMING INI DENGAN HARGA JATUH TERDUDUK!!

Hanya sehingga Januari 2014 !!

Hubungi 019-3190733 (whatsapp/sms)

***************************************************

          1.  Link untuk LIHAT SENDIRI 12 TESTIMONI INI

http://sayangkunurhana.blogspot.com/search/label/Testimoni%20set%20kurus%20shaklee

·         2. Link untuk 20 TIPS KURUS DENGAN MUDAH

http://sayangkunurhana.blogspot.com/2014/01/20-tips-kurus-mudah-berkesan.html

·        3.  Link untuk 4 tips kawal selera makan

http://sayangkunurhana.blogspot.com/2014/01/4-tips-kawal-selera-makan-anda.html

·         4. Link untuk KLIK SINI SEKARANG

http://sayangkunurhana.blogspot.com/search/label/Testimoni%20set%20kurus%20shaklee

Kanak kanak 2 tahun cuba merompak ??

 

Staff Maxis di Alamanda ‘menegur’ pengawal keselamatan di francais mereka kerana membiarkan pelanggan masuk dengan pistol di tangannya..

“ Kenapa u biarkan dia masuk dengan pistol ?? “ .Tanya staff tersebut disambut senyuman oleh pengawal keselamatan tu  Kenapa ??

Cerita asalnya gini..Kanak kanak 2 tahun tu nak sangat gi Alamanda hari ni ..

Sampai di Alamanda .. Pistol ditangannya tak dilepaskan ! Abis semua orang , ditembaknya !!

Tak kasi langsung ‘bapak’ dia pegang pistolnya tuuu .. Kalau amik . meraung woooo .. Aiyoo… Sampai ke dalam Maxis laaa dia pegang .. Haihhh .. Dah cuba amik pon.. Kesannya dia baring atas lantai !

Berpeluh aku dikerjakannya hari ini !

UNIFI atau MAXIS HOME FIBRE ?

 

Aku mmg tunggu je kehadiran UNIFI di taman perumahan aku tinggal ni ..  Kenapa ??? Apakah aku nak langgan UNIFI setelah aku beria benar nak banned tempoh hari ? Ke hati aku dah lembut ?

Hehehe.. Sbbnya ? Sebabnya aku nak langgan MAXIS HOME FIBRE setelah tertarik dengan pakej yang ditawarkannya yakni RM148 dengan kelajuan 10mbps berbanding UNIFI 5 mbps dengan harga RM149..

Aku dah ada Astro . Aku tak perlu dah iptv lain dah .. Maxis Home Fibre ada menawarkan pakej Astro yang menjimatkan .. Haaaa .. Iptv dari Unifi adalah basic je pon .. Kalau nak amik channel lain , kena bayar gak wooo.. Jadi bertambah la situ .. Alang alang amik je Astro.. Siap ada pakej Kids Learning utuk Qhaliff .. heee ..

Pemasangannya dalam masa terdekat. Ops.. satu lagi.. Aku dah tutup Maxis Broadband yg bayar setiap bulan RM88 .. Haaa… Aku dah jimat lagi kan ? Hehehhe..

Nampak cam membazir tapi dapat jimat gak sambil dapat berhibur gitu.. Apa guna ada smart tv kalau tak disambungkan pada internet .. Rugi wooo …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI