Jumaat, 24 Januari 2014

Penyewa pelajar perempuan bermasalah ?

 

Hurm.. Bukan jiran sebelah rumah aku yer.. Sebelah rumah aku , bagus bagus.. Hehehe.. Ini masalah yang dihadapi oleh seorang rakan aku di FB.. Dia mintak aku upkan di blog.. Sebelum tu , aku up di FB dulu utk berkongsi dan melihat apa kata ‘juri’ …

" Salam... sudilah kiranya abg ben sudi buat entry psal jiran sy ni.. mudah mudahan dia baca n berubah la.. sbb kami laki bini ni x larat nk tegur dh.. umah sewa anak dara depan umah ni.. sidai yg dlm2 x sepit.. sekarang angin kuat.. terbang la anak2 tu.. dh budak2 buat main. Siap ikat 'spek' tu kt bola lg.. pastu yg paling kurang berkenan tuh.. tgh malam bebudak motor (lelaki) melepak dgn budak2 tu sambil gelak ngalahkan cik pon.. tegur senyap la seminit.. pastu lg kuat.. kadang tu siap main mercun lg.. org surau tegur dorng gaduh ngn org surau tuh..

Tu satu hal.. tang parking.. parking smpai kami nk bukak gate nk keluar kereta pon x muat.. kalau alihkan keter cepat xper.. ni kita nk cepat tnggu dia alih kete kemain lama.. kena sekali time tu sy sakit nk berasalin... masa tu dgn tahan sakit nk bersalin lg..
fuh.. kalau abg ben sudi... buat la entry tegur dorng ni.. kot2 salah sorng dr dorang baca blog abg ben.. moga berubah la perangai tuh.. sebelum ni student laki dok menyewa elok jer perangai.. ni dpt ke perempuan.. aduhai.. mcm2 masalah...".

Ada beberapa komen serta pendapat dari rakan rakan di FB :

  1. pernah dpt housemate/jiran mcm ni. dengan gelak tak hengat. agak2 la kan rumah anak dara sampai jiran sebelah anak2 bujang ketuk dinding tegur. diam seminit pastu gelak balik. mengalahkan org dah kawen pulak kadang topiknya tu. benda2 lucah pun ikut keluar dari mulut. tegur kang terasa lak kan..
  2. sebelum ni student laki dok menyewa elok jer perangai.. ni dpt ke perempuan.. aduhai.. mcm2 masalah..."..aduhaii.....malunye dgn sttment ini =,=.
  3. Hahaha... macam pengalaman I housemate dengan 'anak dara' orang masa kat UTM dulu. Memang kekadang perangai segelintir 'anak dara' nih boleh bikin kita mengamuk
  4. Berkemungkinan besar anak2 dara itu semua pertama kali dpt tinggal berasingan dari keluarga, itu yg perangai masing2 tak ingat kat org lain....
    Nak kata sgt tak berani, takut esok anak2 sendiri buat perangai sama, sbb walau setinggi manapun diberi pendidikan agama pd mereka namun iman tak boleh diwarisi.
    Jadi, jalan terbaik cubalah tegur dgn cara baik secara berterusan.
  5. Kadang2 budak bujang ni x kira lelaki ke pompuan mmg kene prihatin la keadaan sekeliling.. Dh duduk kt kejiranan yg berkeluarga, pandai2 laa bawak diri.. Ni x malu lgsg keluar rumah pkai seluar pendek. Tp pegi kuliah pkai tudung... Yg umah sewa lelaki plak lepak kt luar umah basuh motor kete pkai boxer pastu x berbaju. Org kt masjid duk azan maghrib deme duk bertepuk tampar lg kat luar... Budak2 ni dah hlg perasaan malu ke ape..
  6. umah sewa nis mula2 dulu pernah kena kutuk sbb ada couple sangap p cemolot depan umah kitorang. time tu kitorang xde kat umah pun. maghrib2 lak tu. kekadang geram sgt bila org lain buat org lain jd mangsa. yg lg bestnya dua2 budak tu tak duduk area tu pun.
  7. Ni kira salah satu usaha dia nk tegur sebab mcm2 cara dh cuba x jalan.kesian klau dpt jiran camni.tegur x jalan kang berkasar jd kes polis.klau bebudak tu baca komen ni cuma nak cakap,org x peduli sgt klau korang jenis nak bersosial.tegur korang pun macam cakap dengan mangkuk jamban jer xde effect.kalau nk buat bising tu sila buat dln kawasan umah korang yg kalis bunyi.korang byr sewa hnya umah korang bukan sampai depan pagar umah org jadi sila parking dlm kawasan umah korang melainkn korang tlg byr sewa umah umah jiran2.kalau manusia dia akan terasa tp klau x terasa tu brmkna bkn manusia la tu.samada spesis syaitan atau haiwan.haiwan pun reti tacing syaitan je x tau terasa.sekian makaseh
  8. Erm....selalunya yg mcmni..student..mungkin masih dlm proses menyesuaikan diri dgn suasana umh sewa..sebelum ni..mak yg buat semua perkara kt rumah..dia sibuk study..(pengalaman sendiri..stress dgn student yg sewa bilik..) tp bab halang kete tu...hihihi..faktor mentality dia..silap ckp..diorg je lah nk menang...huhuhu..susah nk tegur..

Ni ok laagi … Maksud aku keterukkan yang diceritakan mungkin sedikit .. mungkin tak berapa nak detail berbanding seorang rakan blogger yang kongsikan pengalaman hidupnya ber’jiran’ dengan anak anak dara … Baca di SINI ..

Nasihat aku .. Jangan cantik di luar jer .. Jangan dok jaga di luar je .. Dalam pon mau jaga wooo .. Kebersihan bermula dari dalam rumah …

Kalau anda banduan ?

 

Esok , aku akan hadiri satu forum bersama Ketua Pengarah Penjara Malaysia di Kajang..  Alang alang dah gi dari mula , sebaiknya selesaikan .. Kalau ikutkan , esok aku ada urusan peribadi nak diselesaikan dengan wife tapi setelah berbincang , maka wife tak kisah aku ke sana .. Lepas tu baru leh settle kije aku.

Apakah kandungan forum tu nanti ? Hurmm.. Ianya berkenaan dengan projek mereka yang dikenali PENJARA SEJAHTERA. Apa tu PENJARA SEJAHTERA ? Baca kat SINI ..

Ok .. dah ? Sebenarnya aku ada dua soalan ingin aku tanya pada mereka esok .. Tak pe , soalan tu aku tanya je esok .. Sebab aku masih tak berpuashati dengan jawapan yg aku terima ari tu .. hehe.. Iaitu kenapa kerajaan tak sediakan peluang pekerjaan pada bekas banduan . Jawapan mereka ialah takut rahsia bocor. Kalau kerajaan takut , bayangkan masyarakat pulak camana .. Hehehe ..

Soalan kedua ? Soalan kedua ialah gini ..

Kalau anda bekas banduan .. Baru dibebaskan .. Keluarga tidak menerima anda.. Nak cari kerja pon susah sedangkan anda ada skill seperti dlm pertukangan atau dlm bidang IT ..Apa yg akan anda buat ? “.

Ada beberapa jawapan dari rakan blogger / facebook :

  • Buat kerja2 online, business sendiri.. Sbb kalau nk kerja bermajikan mungkin agak susah jika majikan jenis pandang serong org yg title banduan.. Kbnykkn org yg lps kluar penjara diorg buat business sndiri. Sbb dlm penjara sendiri pun diorg dh diajar dgn pelbagai kemahiran..
  • Buat bisnes sendiri je.kalau pertukangan bukak kedai tukang.kalau teknologi bukak cc.pinjaman berlambak skg.tinggal sanggup dgn tak sanggup je.
  • Kalau I...pandai IT...I akan buat business anonymously...bukak blog...buat business online. Niat dropship. Tak perlukan modal. Orang Bayar kita...kita baru bayar supplier. Bukannya orang kenal pun kalau buat business online. Takde tunjuk muka pun. masa establish blog ataupun website...letakla link affiliates or nuffnang banner ke apa. They dun care who u are...as long as ada traffic jalan je. But honestly... Drop shipping and online biz...or take up freelance projects macam offer design or website service pun OK jugak...since the situation is that the inmate celik IT.
  • Kalau sy bekas banduan, sy keseorangan tiada hala tuju tak mustahil akan kembali smula.. Ianya bkn atas inisiatif banduan itu sendiri shja.. Jabatan penjara akan ada atau perlu ada satu skim mbantu banduan, sy rasa ada. Untuk jabatan cari banduan ni utk sertai program, ianya mmg sukar, jd inisiatif banduan tu kena rajin rujuk pihak jabatan.. Dan kalau berdasarkn scope yg bro ckp tu, ianya mcm dh trus freeze kat situ.. Apa pun ni satu perbincangan yg menarik..

 

Hurmm… Payah kan ? Kesian kat mereka juga.. Akhirnya ada antara mereka dihampiri rakan rakan mereka yang lepas . Kalau berniat baik , ok la.. Kalau tak ? Hurmm …

Masyarakat perlu ubah cara berfikir. Kita manusia juga .. Apa pendapat korang ?

Kesan cuaca sejuk pada anak kecil ku ..

 

Waduhhh ..

Photo

Hurmm.. Patut laa sejak balik dari Kelantan ari tu , dia punya tidur serupa puteri raja gitu haa ..

Nyenyakkk jer.. Kacau la camana pon .. Dia leh sambung je tidur balik.. Kalau dulu dia bgn time subuh , kali ni .. dekat nak subuh baru tidur dan hampir kul 10,11 baru bangun ! Huhuhu..

Apakah kerana faktor cuaca ? Atau kerana faktor usianya yg semakin tua ? Atau ikut style bapak dia ? Huhuhh….

Er , salji nak turun kat Malaysia ? Tak mustahil.. Kuasa Allah..

Terima kasih kerana sudi ..

 

Singgah , baca dan komen di blog ini walaupun aku jarang sangat la nak membalas komen tersebut … Kenapa ? Internet slow wooo .. Hehehe .. 

Satu komen yang aku terima dari seorang teman di FB BEN ASHAARI II yang buat aku terus bersemangat utk bercerita dengan lebih menarik dan berinfo .. Hehehe..

Bila nampak je status abg ben..cepat2 kalih astro oasis...mak de sekali time tu. Kebetulan time kalih tu abg ben tgh bcakap...terus mak ckp "suka baca blog dia ni. Dia selalu cerita pasal ank diakan."

Tercengang jugak la time mak ckp gitu...sbb xsangka sbnarnya mak silent reader blog Ben Ashaari.

Sy pun teranglah sikit2 pasal abg ben. Xsempat habis cerita mak celah "tahu dah...isteri dia mengandung kan skrang..."

Fuhh...sempoiilah mak...mmg xsgka mak ikut cerita blog ben..padahal mak bukan ada fb..twitter atau seangkatan dgnnya...hebatkan..heheh

Apapun..cayalah abg ben..!

Cerita anak je pon kan ? Tapi sapa sangka ? Huhu .. Terima kasih .. Terharu dan teruja jap .. heeheh ..

Hati hati depan anak anak !

 

Photo: Ketip kuku

Bila usia nak mencapai 2 tahun , anak anak kecil kita mula meniru apa yang orang di depan mata mereka tu buat .. Mereka tak reti nak bezakan baik atau buruk… Yang mereka tahu cumalah meniru ..

Hati hati … Tak kira anak sendiri , anak jiran , anak buah , anak murid .. apa saja bergelar anak , pasti akan meniru ‘boss’ mereka ! Haaa.. termasuklah meniru kembali apa yang dilakukan pada dirinya !

Awas … letak jauh barang barang merbahaya ! Hurmm..

Malam Jumaat ..

 

Mula mulaa … gini ..

Photo

Pastu gini lak ..

Photo

Dan , nyesal lak pakai ! Hahahaha .. Tercabut kening aku skit gara gara tak ikut prosedur pemakaian ! Dah lama woo tak pakai.. Muka berminyak abiss .. huhuhuh …

Bio Velocity Sleep Mate Promotion Price by Shima Othman

 

-iklan : sebarang pertanyaan mengenai iklan , sila email ke benashaari@yahoo.com-

 

Contact +60133999887 Bio Velocity Sleep Mate Promotion by Shima Othman

Manusia telah menghabiskan 1/3 (8jam) daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesihatan fiikal dan mental seseorang bagi mengoptimumkan fungsi harian anggota badan . Bio Velocity Sleep Mate merupakan alternatif rawatan terbaik untuk tidur yang puas.

Bio Velocity Sleep Mate Price RM1288 with Rebate RM120 and Bonus

(untuk waktu yang terhad sahaja)

Testimoni Bio Velocity Sleepmate  2013  & Demo Hari Biovelocity

Why Bio Velocity Sleep Mate ?

Proses Penuan = Kehilangan Kesihatan

Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) memenuhi keperluan tidur

Kebaikan Bio Velocity Sleep Mate Memenuhi Kepentingan Tidur

Seperti :

  1. Tenaga otak dipertingkatkan, melindungi otak dan meningkatkan minda
  2. Melambatkan proses penuaan, memanjangkan umur
  3. Menggalakkan pembaharuan sel kulit meningkatkan kecantikan kulit
  4. Menggalakkan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak
  5. Menghilangkan kepenatan, memulihkan keadaan badan, menjana kembali tenaga
  6. Meningkatkan Daya tumpuan dan keupayaan membuat keputusan yang bijak

Teknologi Terkini  Bio Velocity Sleep Mate

Cara penghasilan Bio Velocity Sleep Mate

Disuntik/disembur garam Laut Dalam. Didedahkan pada cahaya matahari selama sebulan pada waktu pagi sahaja sebab masa ni ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan.

Gabungan teknologi dari Kajian selama 20 tahun, hasil kajian saintis Jerman, garam laut dalam dari Korea dan di kilangkan di Malaysia.

KENAPA GARAM ?

Rawatan garam sudah lama di amalkan di blok Soviet dan Eropah timur dan negeri China. Garam juga mainkan peranan penting dalam perubatan Islam dan gangguan makhluk halus serta penawar racun.

Di adun dalam bentuk Bio Velocity dengan kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia, bergetar dan bertindak dengan molekul air dalam badan, ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba dan menghasilkan oksigen.

Bila haba di bebaskan ia melarutkan kolestrol yg tersumbat di salur darah juga larutkan darah beku di arteri jantung dan otak, darah lancar seluruh badan.

Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan kembali dgn izinNya, hormon seimbang, pembaharuan sel berlaku sebab tu kita boleh jadi semakin sihat dan awet muda.

KENAPA TENAGA MATAHARI DAN GARAM NI DIPROSES PADA BVSM ?

● Sebab masa tidurlah renewal sel berlaku, tetapi hanya dengan tidur yang lena.

● BVSM membantu untuk dapatkan 'deep sleep' tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku dengan maksima yg mungkin

● Otak dapat berehat dari sebarang emosi, interaksi dan membuat keputusan

● Tidur yang lena dengan sleepmate akan pulihkan aura, tenaga dan juga jiwa yang tenang

Bio Velocity Sleep Mate mengandungi Bio-Activated Energy membantu memaksimumkan tenaga badan disamping mencapai keseimbangan tenaga.

Kajian terkini teknologi Bio Velocity Sleep Mate oleh Scientist Russia - Julai 2013

Produk Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)

Harga Bio Velocity Sleep Mate RM1288 dengan Rebate RM120 dan Bonus

Bio Velocity Sleep Mate sememangnya sesuai untuk sesiapa sahaja yang hendak meningkatkan kualiti tidur. BVSM sangat bermanafaat untuk mereka yang mengalami masalah gangguan tidur, tertekan, kekejangan urat, sakit belakang dan mereka yang baru pulih dari sakit.

Bio Velocity Sleep Mate Testimoni

Perkongsian seorang nenek yang mengidap Stroke

For Consultation and Inquiry please contact
Shima Othman

0133999887 (call/sms/whatsapp)

wnshima17@gmail.com

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI