Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 25 Januari 2014

Jangan kasi tablet pada anak kecil !

 

Photo

Qhaliff dan tabnya.. Apakah dia taksub dengan tab tu ? Atau lebih pada layan Upin Ipin ? Heheheh ..

Ada pendapat pakar mengatakan jangan biasakan kanak kanak dengan tab .. Terbantut pembesarannya .. Hurmm .. Yeke ? Yelah kot .. dah pakar kata gitu ..

Qhaliff.. Walaupun aku kata aku bagi dia satu tab tapi dia lebih gemarkan tab yang ada stylus pen tu.. Dia nak menyonteng atau berkarya jer.. Main game ? Tarak .. Kartun ? Dah naik bosan dia .. Melainkan dia nak tidur , dia akan layan hingga terlena ..

Sama gak bila aku tinggalkan laptop aku ni. Cepat je dia datang dan menaip.. Bila aku datang , makin pantas dia menaip .. Dia tahu dia akan dibawa jauh dari laptop tu..

Zaman ni zaman teknologi. Sememangnya budak akan terdedah dengan menda menda gini hinggalah dia ada kawan dan ruang utk bermain seperti basikal , bolasepak dan sebagainya.

Di rumah aku ni pon aku dah mmg sediakan satu ruang utk dia bermain. Sebelah petang keluar berjalan .. Dan juga malam.. Jadi dia, tak mengadap tab 24 jam.. Lagi pun di dalam tab tu ada pelakaran utknya juga..

Sehinggalah sampai masanya yakni masuk ke kelas pembelajaran , tab hanyalah utk hujung minggu je ..

Maharaja Lawak Mega Suku Akhir 2013

 

Hurm… Hurm.. Rasanya ini last aku tengok Maharaja Lawak Mega kot sbb pasni aku langgan Maxis Home Fibre + Astro ,  tak langgan Malay Pack  punya.. hehehe .. Jadi , kena tengok kat Youtube atau streaming je la gamaknya..

Ok ok .. Malam ni punya persembahan .. Untuk persembahan pertama , aku sukakan persembahan SepahTu dan utk persembahan kedua , aku terus terang aku amik Jambu dan SepahTu.. Jambu diselamatkan dengan lawak selamba Yus ..

Okeh .. Seperkara aku tak gemar berlaku dalam Maharaja Lawak Mega .. Hurmm .. Permintaan bintang dan juga Man Of The Match ! Malam ni , Shuib mintak nak trofi tu walaupun ianya cuma sekadar gurauan.. Tapi gurau gurau pun , ada maknaa tuuu ..

Bukan apa.. Bagi aku Shuib ok tapi malam ni rasanya Yus Jambu lebih menyerlah dengan muka selamba dia dan lawak  giler dia tu… Tapi aku rasa mungkin sbb nak ‘kasi’ muka kat Shuib sbb dah mintak secara halus , maka dapat kat dia. Kang tak kasi , ada lak merajuk atau malu .. huhu.. Tu pendapat aku la.. Tak sepatutnya berlaku walaupun sekadar jenaka .. Profesional maaa ..

Apa pun , malam ni antara persembahan terbaik Maharaja Lawak Mega 2013.. Aku jangka dah SYJ akan terkeluar berdasarkan popularitinya .. Walaupun ada yang kata lawak kekuningan , tapi bagi aku itu terpulang pada cara pemikiran kita. Kalau anggap kuning , maka jadi kuning .. Berfikiran positif.. Kalau nak kerana ‘kuning ‘ dia tersingkir , rasanya patut dari awal lagi terkeluar dan biarkan saja kumpulan lain yang lebih layak ke suku akhir.. Kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI