Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 26 Januari 2014

Dua das tembakan di kepala dan badan blogger !

 

Arghhh … Kalau perang betul , rasanya aku dah tak dapat dicam dah wajahnya .. Huhuh.. Nasibbb baik laaa sekadar paintball .. Patutlah perang pon kena ada ilmu.. Bukan main hentam keromo jer .. Ni pon dah birat woo.. Berbekas gitu ..

Hasilnya dua das kelihatan di badan aku. Kepala , nasib baik aku pakai snow cap .. Kalau tak , confirm gugur rambut ! Hahaha.. Kena guna Nutri M 2 kotak baru tumbuh balik.. hehehe.. InshaAllah ..

Ok.. Paintball hari ni dihadiri lagi oleh muka muka baru.. Ke aku yang baru sebenarnya ???? Hehehe ..

 

Taklimat sebelum main.. Takut nanti ada yang tak patuhi arahan dan mengalami kemalangan.. Haaa.. Tak ditanggung pihak pengurusan yer !

Alhamdulillah .. Walaupun ada yang hampir pitam sebab terlebih adrenalin , tapi berjaya dipulihkan oleh rakanr rakan seperjuangan .. Hehehe.. Serius , respek ar kakak kita yang satu team aku berjaya mendapatkan kemenangan.. Sapa kata perempuan tak berani ?? Haaa.. Darah Tun Teja ada mengalir kot ? Huhuh..

Sayangnya .. aku kena pulang awal sbb dapat whatsapp dari wife ..

“ Bang .. bila nak balik ? Nak gi kedai ni.. Beli barang ! “ .

Satu lagi tembakan tepat terus ke kepala aku !! Terus balik aku ! Bukan takut .. tapi dah tanggungjawab. Orang dah bagi gi bersosial  , jangan lebih lebih kan ? Hehehhe ..

Di Restoran Sakura Kristal , Taman Melawati

 

Kali pertama datang sini bersama ahli keluarga .. Apa yang menarik minat aku ialah di sini , layanan mereka mesra. Minta la apa pun , confirm sampai segera walaupun air suam. Haaaaa !!

Dan seperkara lagi .. Anak buah aku yang aku larang berkali kali main di dalam ni , mereka takde la nak tarik muka masam atau nak marah mereka..

Terletak di Taman Melawati , Restoran Sakura Kristal yang dipenuhi pelanggan ini menjadi pilihan adik ipar aku untuk menyambut harijadi secara kecil2an bersama keluarga aku.. Dulu  kat sini ada restoran nasi kandar Kg. Pandan tak silap aku .. tapi aku tengok tadi .. takde dah.. 

Anak anak buah aku , cukup selesa kat sini .. Makan kenyang .. Pastu bikin macam rumah sendiri ! Nak larang , larang dah .. Takkan nak menjerit lak kan ? Nak beransur , ada yang tengah makan lagi..huhu..

Photo: Ngan sepupu2 dia..

Bagi layan tab. Sekejap jeeeee.. Pastu main kejar kejar dan ultraman koooo ..

Photo

Bapak memasing dok kawal anak mereka .. Huhuh.. Tengok laa Qhaliff tuuu.. Aiyooo…

Photo

Makanan kat sana camana pulak ? Aku test dua tiga makanan .. Hurm.. Boleh tahan gak la makanannya. Harga ? Hurmm.. bukan harga kat gerai tepi jalan .. hehehehe ..

Tandas dan sinki air.. Memang bersih.. Surau pun .. Jadi , restoran ni bukanlah restoran biasa biasa gitu .. Hehe .. Sesekali , ok laaa ….

Macam sibuk jer..

 

Serius penat ! Awal pagi lagi , aku dah ke Penjara Kajang untuk Forum Perbahasan Bersama Blogger. Memula tu tak plan nak pergi sbb nak temankan wife beli barang baby kat Mid Valley. Nak pergi masa petang , confirm penuh giler orang . Parking situ mmg susah nak dapat..

Tapi bila berbincang semula ngan wife , dia tak kisah. Dia tau tu kerja aku dan peluang gini mmg sukar nak dapat. Yelah , peluang bekerjasama dengan jabatan kerajaan yang memainkan peranan besar dalam negara kita ni . Kalau takde diorang mana nak letak mereka yang dah dijatuhkan hukuman penjara dan sebagainya ni kan ?

Photo

Photo: Forum Perbahasan Bersama Penjara 2014

Ok.. pagi dah gi sana .. Sampai tengahari.. Nanti aku cerita lagi pasal forum tu eh.. Hehehe.. Pastu balik rumah. Ingatkan lepas Zohor nak keluar balik tapi sesampainya aku kat rumah , tengok wife tak siap lagi. Katanya baru kemas rumah. Penat.. Malas pulak nak pergi. Aku suruh gak dia bersiap. Bukan apa .. dia plan lama dah. Sian pulak tak jadi gi.. hehe .. Bagus aku kan ?

Dalam kul 3 keluar rumah. Guna GPS nak ke Mid. Untung untung ada jalan pintas.. Hehehehe.. Sama je pon.. Cuma bezanya , aku tau la jalan mana jammed atau tak. Guna Waze gitu.. hehehe ..

Sampai kat Mid , hampir kul 4 petang. Susah benor cari parking.. Nak dijadikan cerita , aku termasuk salah lorong. Terpaksa menunggu kereta dari arah bertentangan clear dulu , baru aku boleh reverse kereta. Dah rezeki dari Allah. Tetiba ada kereta depan aku nak keluar.. Tu diaaa.. Tak payah abiskan minyak berpusing cari parking.. Tak yah reverse.. terus masuk parking dia je.. Rezeki baby..

Di Mid Valley , dalam 2 jam gitu termasuk makan tengahari .. huhuh.. Sian Qhaliff.. abis sepinggan nasi goreng Noodle Station koooo.. Tak peee .. Daddy banjer .. Daddy masyukkkk .. hahaha..

Pastu gi umah mak aku lak .. Diorang nak buat makan makan kat luar. Saja nak kumpul adik beradik sambil meraikan harijadi adik ipar aku .. heheh ..

Aku confirm pening kepala masa ni punya.. Semua anak buah aku berkumpul dan pastinya , Qhaliff jadi hero !

Dalam kereta lagi dah nampak dia nak jadi big boss ! Tapi sayangnya , tak sampai ke destinasi , dia dah tertido kat belakang.. hehehhe ..

Photo: Tak nk duduk ngan mak diaa ... nak lepak ngan sepupu sepupu dia ..

Dia tu baru usia 1 tahun lebih.. lambat lagi nak masuk 2 tahun .. tapi nak bergaul dengan orang orang besar .. huhu .. Risau je aku dia yang kena belasah !

Tapi jangkaan aku silap .. abis semua orang kena serang dengan dia lak !!

Photo: Ngan sepupu2 dia..

Huru hara restoran tu dengan diorang . Aku tak larat dah nak larang.. Dengan sakit kepala aku lagi .. Huhuh.. Harap dapat balik rumah sebab esok ada projek lain lak .. Hurmmm .. Oh ya , terima kasih buat adik ipar aku yang open table malam ni .. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ..

Esok…

Photo: Paintballers! 
Jumpa di sana esok. 

tidoqawalweyh!

Sampai rumah.. lom sempat mandi.. update blog dulu.. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI