Khamis, 30 Januari 2014

Bila aku nak sokong mereka ..

 

Dah berhari hari aku mencari micro SD utk tab aku tu… Yang sedia ada aku dah pindahkan ke Lenovo .. Senang Qhaliff nak layan movie dia ..

Adik aku kata ada satu tempat tu murah .. Aku mintak dia tolong belikan. Kali terakhir aku beli , beberapa minggu lepas nun di Low Yat. 16GB , RM50. Original katanya . Nak tiruan punya pon ada.. Murah sikit..

Masa aku di Kelantan beberapa minggu lepas , aku nampak di Wakaf Che Yeh ada jual. Dalam RM20 kot.. Ke 30 ? Tak ingat lak aku. Teringin nak beli gak tapi aku tau tu tiruan punya.. Tak jadi la.. Risau rosak je.. Abis semua gambar dalam tu nanti.. huhuh..

Akhirnya , aku buat keputusan gi beli kat kedai gadget di kawasan perumahan orang tua aku. Kedai ni lama dah wujud tapi tak berkembang.. Macam tu je aku tengok.Rasanya dah dekat 10 tahun dah kot.. Tengok housing yang jual pun dah berabuk.. Sian pulak..

Aku tanya harga Micro SD .. Katanya RM50.. Sebelum dia nak sebut harga , dia tengok muka aku betul betul. Hurmm…. Terfikir gak aku.. Dia ni tengok aku , nak tau aku leh disembelih ke tak ? Ke dia cam kenal aku ? Ok .. aku biar je la..

Kemudian dia amik sesuatu bawah laci kaca tu.. Dia keluarkan kotak.. Ditaburkan atas meja..Micro SD tanpa balutan. Katanya belum dibalut..

Aku tanya harga.. Sama jer .. RM50 ! Mak aihhhhh … Nak bagi aku macam tu je ? Mana kotaknya ? Takda pun haaa .. Iskh.. Aku pandang yang kotak tu.. Aku mintak yang tu ..

Photo

Tengok la.. Berapa buruknya .. Hurm.. Aku ada pilihan utk tidak membelinya tapi disebabkan aku dah tanya dan tak sampai hati tak jadi beli , aku keluarkan duit dan hulur je kat dia ..

Aku berjalan keluar dari kedai tu.. Pujuk hati.. Tak pe , nak tolong dia niaga.. Pastu aku nak kopek keluar Micro SD tu .. Alahai … Letih aku nak cerita.. Redha je la..

Cer cita camana aku nak support bangsa aku niaga ? Haih….

Kelebihan bersedekah ..

 

Hurmm.. nak mengerjakan yang sunat , payah benar .. Amalan dah la sedikit.. Apa lagi yang ada untuk aku bawa ke akhirat ? Sementara aku di dalam kubur , apakah pelaburan yang telah aku buat di dunia yang bisa menyelamatkan aku ?

Perbanyakkan bersedekah ..

Photo

Aku bukan nak bangga atau nak riak dengan bercerita semua ni pada korang tetapi ajak korang turut sama berfikir .. Apa lagi yang mampu kita buat sementara kita bernafas atas dunia ni ?

Aku mengajar diri aku .. ringankan jari jemari aku tiap kali gi kedai runcit atau kedai makan .. Kalau ada tong tong derma , baki duit makan tu .. sedekah je dalam tu.. Tak kira la berapa banyak , itu biar Allah saja yang tahu . Yang penting , kita ringankan jari kita tu.. InshaAllah .

Janji Allah.. Orang yang menderma tu takkan miskin .. Percaya tak ? Aku percaya ..  Rezeki dari Allah ni , pelbagai bentuk . Kita je tak sedar dan tak yakin.. hurmm..

Nak dijadikan cerita .. Kelmarin ada la geng geng sekolah aku lancarkan tabung sumbangan untuk bekas guru sekolah aku yang sedang derita sakit .. Dah guna kerusi roda pon. Aku nak ikut mereka gi ziarah , tak boleh sbb aku ada urusan lain . Jadi apa yang boleh aku buat ialah memberi sedikit sumbangan. Itu je aku mampu buat selain berdoa agar cepat sembuh.

Aku minta wife tranfer je duit dari akaun aku. Yelah , hari ni hari dia.. Sapa tau esok esok hari kita kan ? Tak sampai sejam , aku terima satu sms .. Aku baca dan membalasnya. Balasannya membuatkan aku terbeliak biji mata jap. Aku tak sangka pulak. Rezeki berkali ganda dari Allah.. Terlalu banyak dari apa yang aku sedekah sebelum tu.. MasyaAllah ..

Dari blog RAHSIA SEDEKAH :

Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

 

Hurm… Sementara kita bernafas , mari kita sama sama pelbanyakkan sedekah. Jangan tunggu kaya , baru nak bersedekah ..

Rezeki aku ..

 

Minggu lepas , aku dok bebel laaa .. punya tensen sbb tak leh nak charge ! Walaupun dah gi antar kedai , masalah charging sama gak !

Photo

Entah camana .. selepas pada tu , masalah tu selesai ! Asal aku cucuk je .. terus je berfungsi dengan baik ! Tapi ada syaratnya laa.. Jangan charge sambil pegang. Letak je kat bawah . Kalau nak cepat , tukar mode telefon ke ‘airplane mode’ .. khabarnya pantas je settle .. hehehe ..

Sehingga kini , masalah tu takde dah .. lega sangat minda aku ni .. hehehhe .. tak yah nak pk singgah Low Yat dah .. huhu ..

Jangka masa sesuatu ubat ?


Tertulis di botol , expired 2015 .. Apakah ubat itu boleh digunakan sehingga 2015 setelah digunakan pada awal tahun lepas ? Haaa… Aku yakin ramai tak sedar part ni… Atau dah ramai pon sedar.. hehehe ..

Bagi yang tak sedar  , nia citer skit .. Semalam , sewaktu aku pergi ke klinik Dr. Maria tu.. Ada aku tanya dia setelah teringat akan persoalan di minda aku tu …

“ Er , doktor.. Nak tanya sedikit .. Ubat yang dah dibuka , berapa tempoh masa kita boleh guna walaupun ada tulis expired date dia sehingga 2015 ? ".

“ 3-4 bulan saja .. Sebab syringe yang digunakan tu mungkin dah bercampur dengan ubat lain.. “.

Aku tersenyum pada wife . Benar jangkaan aku..

“ Terima kasih doktor .. “. Nasib baik datang jumpa doktor.. Takde la nak main serbu farmasi jer .. Mahal ? Tak pe la.. Janji kita amik tindakan pantas .. Jangan main main dengan demam zaman ni ..

Kelmarin , seorang jiran aku dikejarkan ke hospital sbb demam panas .. 
Hurmm ..

Ubat demam Qhaliff ..

 

Huhu.. badan dia panas sehingga petang tadi. Tapi panasnya tidak la begitu membimbangkan . Bagi aku , ianya masih terkawal. Senantiasa lap badan dengan air. Plan malam ni baru nak gi klinik Dr.Maria di Alamanda.

Lepas Maghrib.. Qhaliff kelihatan tidak begitu segar tapi ceria bila dengar ..

“ Jom Qhaliff.. “. Ajak aku.

“Bye byeee… “. Qhaliff melambai mak dia .. terus berjalan ke pintu rumah dan hulurkan tangan dia pada aku meminta aku mendukungnya.

Amboiiiii …. Tak sabar benar nak keluar aihhh … Siap lambai mak dia. Sanggup nak keluar tuuu.. Tinggal mak kat rumah ! Hahahahha … Pantang dipelawa keluar ..

Dalam kereta .. Badan dia masih panas suam .. Nak terlentuk je kat mak dia ..

Sesampainya Alamanda ? Tak perlu dipelawa .. terus je sedar dari mamai dan segar !

Terus nak turun jalan kaki… Dan tau mana destinasi dia .. Kereta ni wajib dia datang main.. Huhuhuh…

Jumpa doktor .. Katanya suhu dalam 37 gitu.. Demam skit.. Dikasinya ubat.. Ditimbang berat .. Ada naik skit .. Huhuh…

Keluar dari klinik ? Perghhh.. Tak demam dah ! Segar bugar.. sampai rumah ! Pegang badan.. takde panas dahhhh … Huhuh.. Ubatnya ialah .. bawak dia keluar jalan jalan .. Tu jeeee !

Selesai sudah masalah internet aku !

 

MAXIS HOME FIBRE ? UNIFI  ? Kedua duanya tidak !! Aku kembali menggunakan Maxis Broadband pakej 20GB punya !

Tadi aku ajak wife gi Maxis Centre Alamanda memandangkan segalanya di daftarkan atas nama dia. Senang nak urus. Aku keluar duit jer ..

Tujuan utama adalah untuk mendafktarkan kembali pakej broadband yang telah dibatalkan pada 23 hb lalu.. Kenapa ? Sebab Maxis Home Fibre tamo masuk area taman aku ! Haaaa.. Orang kat centre tu pon terkejut gak sbb kalau nak diikutkan , mmg boleh dah masuk.. Pelik bin ajaib.

Disebabkan pembatalan ari tu adalah kerana nak langgan Maxis Home Broadband , maka penyambungannya tidak dikenakan bayaran ! Heheheh.. Jimat.. Guna nombor lama jugak.. Wee… Kalau tak mau kena bayar RM100 gak wooo ..

Jadi , sim kad broadband tu , aku masukkan ke Lenovo Qhaliff.. hehehe.. Pastu guna Hot Spot.. Tadaaa.. sama je kan ? Leh guna bawak gi mana mana..

Sebenarnya , aku tersilap dari awal lagi. Patut langgan Maxis Home Fibre tu lepas wife pantang .. Kalau tak , rugi 3 bulan takde sapa nak pakai .. Yelah , dah balik Kelantan ! Kan ? Huhu..

Cantik perancangan Allah kan ? Kita je tak sedar diri .. Asyik nak salahkan keadaan jer ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI