Sabtu, 1 Februari 2014

Macam best je Taman Cabaran , Putrajaya !

 

Kali pertama pergi setelah beratus kali tengok signboard ke Taman Cabaran , Presint 5 yang terletak di Putrajaya ni.. Hurmmm .. Tu pun selepas tengok blogger Huszaini Haron dok up gambar di FB dia .. Akhirnya aku berjaya dipengaruhi..

Setelah berwhatsapp bertanyakan maklumat hari ni , petang tadi .. segalanya menjadi kenyataan dan Qhalifflah antara orang yg gembira di samping aku juga yang confirm akan jimat duit selepas ini ! Heee..

Ok , wall climbing ni aku cukup minat .. Hehehe.. Walaupun baru sekali je cuba ari tu sewaktu cabaran Maxis Treasure Hunt , aku rasa sukan ni mmg best utk mereka yang malas nak berpanas .. hehehe ..

Dibuka jam 10 pagi dan tutup jam 10 malam , tempat ni menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak kecil mereka beriadah .. Hehehehe .. Masuk free jeee utk kanak kanak …

Nak ke sini , tak susah pon.. Cari je Presint 5 .. Nun dekat PICC tu haaa… Hala je stering kereta anda ke situ .. Dan pasti akan jumpa.. Pastu akan menjadi tempat kunjungan anda setiap hujung minggu .. hehehe …

Makin kuat merajuk !

 

Aku spray deodrant ke kedua ketiak aku. Pakai baju. Sapu gel kat rambut.. Gayakan sedikit .. Pastu amik kunci kereta .. Qhaliff pandang.. Dan cepat cepat dia ke muka pintu. Dia standby situ..

Apa jadi kalau aku tak bawak dia keluar walaupun sekadar nak gi kutip baju jemuran ??? Aku nak kutip baju pon kena smart.. Hahahahaha ..Mana leh berlenggeng gitu je… Segan uuu .. Hahaha ..

Photo

Adoiyaiii .. Siap pegang botol cleaner laptop lak tu. Aku nak amik tak kasi .. Bila kata ..

“ Jommmm .. jomm… “.

Baru dia kasi aku amik ! Aiyokkk.. Dah jadi bayang bayang aku skang. Camana la aku tak boroi ! Huhuhuh.. Nak gi jogging pon nak ikut.. Redha je la aku boroi skang ni .. heee..

Ni merajuk cara terbaru lak ..

Photo: Fesyen merajuk gini dah skang ..

Asal merajuk , gosok hidung pastu tutup mata gitu.. Kuar la bunyi merajuk. Bila panggil pujuk mai laa dia peluk kita sambil tepuk bahu kita .. Ehh .. gitu la ..

Maharaja Lawak Mega Separuh Akhir 2013

 

Awalnya aku jangka Bocey terkeluar jika ‘mereka’ mengambil kira dari segi keuntungan ..  Yelah , 4 team yang lain tu confirm dah ada peminat yang mengundi mereka .. Bocey pulak ‘junior’ ..

Bila MLM dah start , Bocey antara yang menyerlah. Nabil dan Jambu , lebur ! SepahTu pon tak menarik seperti yang lepas lepas.. Apa dah jadi ? Shiro , selamat sebab lawak Awie menjadi..

Keputusan diumumkan .. Tiada penyingkiran ! Perghhhh .. Ramai dah jangka gitu.. Aku awalnya nak jangka gitu gak tapi macam tak patut pulak kalau takde penyingkiran. Kenapa ? Hurmm..

Kenapa aku kata patut ada penyingkiran ? Bila 4 pasukan bertanding di final , ini menunjukkan 4 pasukan tu adalah benar benar layak berada di situ ! Yelah , separuh akhir dah menunjukkan ada yang tak layak berada di final. Bayangkan tiba tiba di final , team yang tak perform di separuh akhir .. tiba tiba menyerlah ! Haaa .. Terlepas sudah team yang sepatutnya dapat kemenangan tu ..

Hurmmm.. Serius , ASTRO mmg membosankan bila buat realiti tv begini. Macam di AF lalu.. Tak silap aku ada yang terkeluar tapi diundi masuk .. lalu terus jadi juara ! Dan bila kata ada penyingkiran , tiba tiba takde ! Aiyo.. aparaaa …

Yelah .. semua ni hiburan semata mata kan ? Serupa WWE gitu .. Kita gak rugi buang masa layan menda menda ni .. Hehehehe.. Salahkan diri sendiri ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI