Ahad, 2 Februari 2014

Meriahnya Dataran Putrajaya

 

Ramai gile org malam ni.. Esok kan cuti .. hehehee.. Penat gak kejar Qhaliff yg teruja tgk mainan.. huhu..

Percutian bajet Visit Malaysia Year 2014 !

 

“ Abang , nak gi mana hari ni ? “ … Tanya wife.

Hurm… nak bergerak je , duit ni ! Nak gi mana eh ?? Jawapannya ialah .. Cari je mana yang terdekat .. Maka , sasaran kami ialah Putrajaya. Taman Cabaran dan Dataran Gemilang menjadi pilihan … Hehehhe ..

Seawal jam 10 pagi , dah ke Dataran Gemilang. Harapan tak ramai orang mandi lagi kat situ.. Tapi jangkaan aku meleset.. Hehehe.. Dah ramai orang rupanya..

Hehehe.. Matahari dah naik tapi suhu air masih mampu mengigilkan anak anak kecil.. heheheh .. Qhaliff ?

Hahahahaha .. Tak nak masuk ! Aku paksa dia .. Menangis kooo .. Tapi nangis dia jap je .. Keluar je dari kolam , terus ceria ! Berlari sana sini ..

Pastu makan jap.. Roti sardin dan bihun goreng yang dah disediakan oleh wife di kala Qhaliff masih tidur .. Mandikan dia jap , kemudian siap utk ke destinasi seterusnya iaitu ke Taman Cabaran !

Hurmm.. Kat sini tadi ada laaa sekumpulan budak budak yang aku rasa dalam usia 11 tahun ke atas bermain. Hurmmm.. Dok bermain kejar kejar dalam ni .. Pastu dengan selamba tolak Qhaliff ! Perghh.. Berasap je aku tengokk .. Apa lagi , aku ceramah terus la dalam tu.. Terus diam dan main panjat panjat semula diorang.. Nak tau apa aku kata ke ?

“ Ini bilik utk panjat dinding ! Bukan utk main kejar kejar . Nak main kejar kejar , gi main kat luar tuuu.. Luasss ! Kalau nak main panjat panjat , main dalam ni .. “. Pot pet pot pet je aku. Wife naik segan dah.

Bukan apa.. Diorang dah datang tanpa pengawasan. Pastu melompat sana sini. Kalau patah kaki , tengkuk ke .. camana ? Iskhhh…

Dalam setengah jam dalam ni , pastu balik.. Balik ikut Presint 20. Saja nak tengok orang main kapal terbang kawalan.. Hehehe.. Permainan orang kaya ni ..

Dalam kul 12 tengahari .. sampai rumah ! Jimat dah 200-300 untuk dua hari ni .. Hahahahha ..

Pontianak ??

 

Gulp.. Bila jiran aku bagitau mengenai ‘menda’ ni , aku terpikir satu jeee.. Hurmm.. Nak beranak kat mana eh ? Sini ke Kelantan ? Yelah , aku nak tanam uri nanti… Huhuh.. Kena macam ari tu , kul 2 pagi aku tanam kat belakang rumah .. Haaaa…

Photo

Minggu lepas , ada cerita pasal anak jiran tertangkap gambar yang mana dalam gambar tu ada …. Heeee… Nak sebut ke ? Baca tajuk je la.. hahahaha ..

Pastu , utk mengelakkan keadaan tidak diingini .. mereka telah meminta orang bijak pandai untuk memagar taman perumahan aku tinggal ni .. Alhamdulillah ..

Tak sempat aku nak turut serta ahli surau memagar sbb masa tu mak mertua aku datang dan ada kat Sg.Buloh. Kalau tak , boleh aku kongsikan dalam blog bagaimana ianya dilakukan ..

Haaa… Gambar ni bukanlah gambar yang aku katakan. Tapi dalam gambar ni .. ada ceritanya .. Nak aku ceritakan ke ? Haaaa… Tak lena tidur kang … Tak yah la yer.. Aku risau je .. Kang aku yang mimpi ngeri .. hahahaa .. 

Aku tulis ni pon dah meremang bulu tengkuk.. huhu ..

Penatkan Qhaliff ..

 

Memang dia sangat keletihan hari ni. Mungkin baru pulih dari demam tapi dia berusaha keras utk kelihatan bermaya ! Hahahaha .. Tapi sayangnya , jam 10 malam .. dia tewas..

Kalau tak , biasanya jam 12-2 pagi baru leh tidur ..

Photo

Caranya , bagi dia aktif sebelah siang dan kurangkan tidurnya.. Kalau dia cukup tidur belah siang .. jawabnya malam , jadi Batman laaa ..

Photo

Utk esok punya perancangan .. aku dah tau apa nak buat .. EHehehe.. Confirm dia berpeluh peluh kegembiraan dan sampai rumah , terus Zzzzzzz … hehehehe …

Sian diaa … Huhuhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI