Ahad, 9 Februari 2014

Pentingkah didikan awal anak-anak ??

 

“Alaaa.. baru setahun lebih.. Apa laa diorang tahu sangat ! Biar la diorang puas main dulu.. Nanti dah sampai masa , kasi masuk je sekolah ! “.

Atau …

“ Anak aku , dua tahun dah kenal huruf.. Nanti nak kasi antar kelas berkuda , main bola dan apa je la kelas kelas yang ada . Tak kasi dia buang masa .. “.

Atau ..

“ Anak aku tu dok abiskan masa layan game kat hp aku tuu jer.. Atau paling tidak pon , dok tengok Upin Ipin … Biar je la dia gitu. Asalkan dia ada depan mata aku dah ! “.

 

Hurmmm ..

Banyak kali gak aku terfikir .. Apa aku nak buat dengan Qhaliff di usia awal gini. Belajar di rumah .. Sedikit sebanyak perlukan ilmu di dada.. Bukan takat nak suruh dia kenal ABC atau Alif Ba Ta mahupun  123 tetapi perlu ada disiplin gak .. Tapi tamo la disiplin tahap komando SEAL tu haaa… kesian dia .. huhu ..

Ada yang cadangkan pembelajaran di rumah seperti di beberapa laman web percuma.. Ok jugak gitu tapi aku nak jugak dia berkawan .. Tak nak dia dengan dunia dia sendiri .. Aku nak layan 24 jam dia pon sebenarnya agak susah sebab aku perlu juga ‘bekerja’. Aku nak kena cari idea dan update blog. Takkan nak biarkan bersawang je kan ? Kalau aku tak kerja , orang tuduh aku makan gaji bini lak ! Haaa ..

Petang tadi , aku dapat satu lagi ilmu berkenaan dunia keibubapaan.. Syukurlah aku bergelar blogger .. Hehehe .. Satu layanan VVIP yang tidak disangka .. Huhuh..

Photo

Penerangan dan penjelasan serta perkongsian pengalaman tenaga pengajar di Genius Baby On Board amatlah bermakna sekali buat aku. Aku lihat sendiri bagaimana anak anak kecil yang berada di sini , amat selesa bermain ..

Qhaliff ? Wife aku kata tak larat nak kejar dia .. Seronok dia kat sini ! InshaAllah .. teringin aku nak lihat perkembangan sihat dia .. Sejam seminggu , apa salahnya biarkan anak kecil kita mendapatkan didikan awal dan paling penting , ibu bapa turut sama berada di situ untuk melihat dan terlibat sama ! Haaa .. Ilmu yang aku lama dah nanti nantikan .. Boleh guna untuk anak kedua nanti dan Qhaliff pon dah bersedia untuk jadi abang long ..

“ Qhaliff.. tolong ambilkan daddy pampers adik.. “.

Wow.. Hahahaha …

Qhaliff ke Genius Baby On Board ?

 

Photo: Akan hantar Qhaliff nanti kt sini , seminggu sekali.. Ada blogger minat nak join ?

Sewaktu mendapat jemputan , aku terfikir gak.. Taska ke ? Ke cuma tempat pengasuh je ni ? Kot la ada parents nak tinggalkan anak mereka di waktu pejabat .. kan ?

Hari ni , aku ke pelancaran cawangan Genius Baby On Board di Shah Alam. Aku gi bersama famili aku la.. Takkan sorang kan ? Tak patut laaa.. hehehe ..

Di sana , majlis dah nak hampir tamat. Saja je aku gi lewat .. Sebab tak nak berada di tempat khalayak ramai.. Qhaliff tak beberapa sihat lagi. Kang jangkit ke anak orang lain lak.. Sian depa.. Er , Qhaliff selsema jer.. Hee..

Awalnya , mamat dalam gambar ni malu malu kucing. Yelah , awek je ramai.. Hehehe.. Segan laa dia .. Tapi lama lamaaaa , dialah antara raja di dalam kawasan tersebut.. Heheheh ..

Aku ? Sibuk bergambar .. Hehehe .. Wife kena jaga Qhaliff .. Kenapa lak ? Sbb aku ada perkara yang perlu dibincangkan dengan salah seorang pemilik Genius Baby On Board ni ..

Awalnya aku terfikir .. kenapa cepat sangat nak antar Qhaliff gi belajar ni ? Tapi setelah mendengar penerangan Teacher Watie , segala tanggapan aku berubah. Sebenarnya lama dah aku terfikir , cuma aku tak tau kat mana nak letak Qhaliff untuk kembangkan minda dia yang sedang aktif sangat tuuu.. Hurmm.. Sayanglah dbiarkan begitu saja kan ? Tamo ikut cam aku.. Aku ni kalau dari awal lagi dah didevelop otak aku ni , lama dah aku yang bergelar angkasawan pertama negara yang berjaya menjejakkan kaki di matahari .. Nasib baik je la aku malas nak bijak.. Haa.. Hehe.. Gurau jer..

Ok.. Nanti aku cerita lagi pasal ni.. Nak tidurkan Qhaliff ! Penat sangat dah dia .. Apa pun , Baby Genius ni mmg sesuai untuk permulaan ke pada permulaan kehidupan anak kita.. Ianya bukan sekadar bermain tetapi punya pengisian yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi negara kita dan inshaAllah boleh digunakan juga di negara negara lain termasuk Sweden ! Haaaa .. hehehe ..

Piknik pertama KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

 

Heee… Kali pertama buat setelah bertahun lamanya kelab ni diwujudkan.. Alhamdulillah , ramai kawan blogger sekitar Putrajaya datang memeriahkan.. Sebenarnya , piknik adalah tertutup .. Belum bercadang untuk membukanya lagi. InshaAllah , nanti nak buat.

Tujuan piknik  atau lebih pada riadah ni adalah utk membincangkan satu perancangan masa terdekat Family Day kami.. Lokasi , inshaAllah .. Tarikh tu ada dah .. Cuma nak tau sapa je yang join nanti !

Mesti ada yang nak tau kenapa tak dibuka , kan ? Pertama .. kelab ni takde ahli rasmi lagi.. AJK pun takde .. Daftar ? Pon takde lagi dan tak cadang nak daftkar serta adakan pemilihan AJK.. Sebab aku lebih percaya pada kebebasan bersuara tapi menolak unsur unsur busuk hati serta perlu hati hati pada mereka yang tidak ikhlas dan jujur .. Hurmm..

Aku suka lepak kat Dataran Gemilang ni.. Sapa pun tak sangka kat tengah bandar Putrajaya ni ada tempat riadah percuma .. Hehehehe .. Terima kasih..

Photo

Seronok bila ada kawan ikhlas nak kawan dengan kita , tanpa perlu ada rasa segan .. tanpa perlu fikirkan apa jua pangkat dan juga darjat .. Yang penting , ianya kerana Allah ..

Semua dia nak buat !

 

Hurmm … Kemas rumah ?

Ujikaji kebersihan rumah ?

Keselamatan ?

Update blog pon dah skang ni !!

Abis tu , aku nak buat apa ??

Photo: Layan jap ..

Layan bola ? Tengok Arsenal kalah ? Hahahaha .. Tamo laaa ..Boring duk saja .. Sakit pinggang aku tgk dia kerjakan rumah ni  .. hahaha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI