Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 10 Februari 2014

Tiada lagi BUKAN KERANA AKU TAK CINTA !

 

Ok .. Aku rasa la , drama ni dah ‘over’ ! Aku rasa korang pon dah tau apa maksud aku kan ? Jalan cerita mmg best tapi bila nak terlalu hayati watak agar lebih menarik , rasanya tak perlu laaa..

Watak manja , romantik dan mengada tu tak semestinya nak kena peluk , cium tang dahi la dan sebagainya. Adoiyai… Sesuai ke drama gini ditonton oleh anak muda ? Iskhhh…

Tang lain , tak pulak dia titik beratkan cam watak Aryan yang pegawai polis tu. Ada ke pegawai polis simpan janggut ? Lain la dia tu mata mata ke , detektif ke.. Tapi tak ponnn.. Satu Malaysia tau dia pegang watak pegawai polis !

Aku rasa .. malam ni episod terakhir la aku nak layan drama Melayu ni .. Rasa bersalah pulak dok sokong drama gini .. Hurmmm.. Maaf la yer.. Bukan nak kata aku baik tapi anak muda remaja dok tengok tuuu dan ada yang follow dah pon..

Rasanya ada gambar tersebar murid sekolah rendah bertatu di lengan kantoi kan ? Salah sapa ? Yer , diorang kata salah mak bapak sebab tak pantau ! Mana kementerian atau jabatan yang patut pantau drama atau filem yang diterbitkan utk tontonan umat Islam di negara tercinta ni ? Apa dah jadi ni ?????

Bila bersepah bayi dibuang , nak salahkan remaja yang buat zina tu ? Huh …

Teringat dulu.. filem Hong Kong dulu pon nak cium mulut , segan segan.. Sekarang dah selamba.. Filem Hindustan pon dulu dok cium dahi je.. Sekarang dah ada cium mulut kan ? Tak mustahil satu hari nanti akan berlaku pada drama kita kalau takde yang amik kisah ..

Entah laa.. Aku malas dah nak tengok .. Tiada lagi BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ! Maaf Jebat .. Nasib baik aku tak botak kepala ! Hahahahah ..

Bila wife pesan ..

 

“ Ada nasi goreng atas meja tu.. Kalau dia tak nak makan , bancuh je milo dan bagi dia biskut. Dia tau la nak buat apa pastu .. “ .

Photo: Kiri kanan dia balun.. pastu letak balik dlm tin atau suap ke dlm mulut daddy...

Hurm.. pagi dia makan telur rebus dua bijik .. Pastu susu .. Bagi nasi goreng , dia tak nak.. Memilih benar neh ..

Photo: Oren lak..

Atau .. ngan aku je dia memilih ! Ngan nenek dia , suap apa saja.. Dia nganga jer .. Huhuhu .. Aku manjakan dia eh ?

Kalau dia rajin dan terlebih rajin..

 

Photo

Kalau terlebih rajin ?

Muka tak bersalah langsung ! Hahahaha .. Adoiyaii.. Suruh kemas , dia wat dek jer.. Kenapa ? Ngantuk dah tuuu … huhu ..

Bila anak jaga dari tidur dahulu ..

 

Kul 8 pagi ..

Aku yg bgn awal 6 pg , tdur lewar .. plan nak tdur barang setengah jam lagi.. kira kira nak bangun sblm kul 9 pagi.. 

Tiba tiba Qhaliff yg tdo sblh aku buka mata.. Aku buat buat dengkur.. Dia tgk aku .. dan buat buat dengkur gak.. Tp dia berdengkur terus !!

Aik.. ingat memain.. tp mmg lena balik dia.. Aku pon tidur jap.. Sedar sedar , Qhaliff dah duduk sebelah aku sambil makan biskut kering dan tv terpasang !

Aku pandang meja makan.. Huh.. bermakna dia panjat kerusi tadi utk amik biskut tu .. Dan menariknya biskut tu dalam tin ! Berjaya pulak dia bukak penutup tin biskut tu .. huhu ..

Adeh.. Aku pandang dia.. Dia suap biskut tu ke dlm mulut aku .. Arghhhh... Ni dah terbalik...

Photo

Nasib baik dia tak punggah atau main di tempat yang bahaya.. Dia mmg akan berada dekat dengan mak pak dia.. Tak berani nak main jauh jauh dia .. Hurmm..

Seluar pelikat jadi kegilaan ?

 

image

Wahhh .. dah dijadikan seluar la eh ? Ternampak ada model mengayakannya di Facebook baru baru ni.. Memang nampak la macam pakai kain .. Hehehe.. Bila di buka kaki tu skit , baru laaa perasan dia pakai seluar..

Ada aku tanya kawan aku .. size yang tinggal utk mereka yang punya lebihan lemak di bahagian perut.. Memang comel kalau pakai.. Heheheh.. Aku kena tunggu adik Qhaliff , baru leh pakai size tu.. Yelah , aku dah start diet dan kembali jaga badan. Maklumlah , pasni nak kena dukung adik Qhaliff lak.. Kena la ada stamina.. huhuh..

Berkaitan dengan seluar ni , orang macam aku ni .. sesuai pakai ! Sebab bila pakai kain , asyik terlondeh jer.. Hehehe.. Nak pakai gi surau atau masjid pon sesuai .. Maklumlah , nak pakai kain … risau terburai kat sana .. Heeee…

Berapa harga ? Entah.. aku tak  jual pon . Ni pon bukan aku promote tapi sekadar nak bagitau korang kewujudan seluar pelikat ni haaa .. Aku pun nak beli gak nanti .. hehehe ..

Imej blogger perlu ada ?

 

Formal sangat bila berbaju koporat kan ? Nampak cam beria sangat jer .. Padahal blogger je pon !!

Tapi jangan lupa ..zaman ni , blogger pon dah jadi satu kerjaya ! Jangan ingat blogger ni sekarang hanya tau update entri entri gossip yang sekadar bikin panas dunia maya atau berfitnah mengenai politik yang tiada penghujungnya !

Aku .. buat pertama kalinya pakai baju ni ke satu majlis yang dijemput di Shah Alam .. Saja nak test baju baru ni.. Dan bagaimana penerimaan orang yang melihatnya ..

Dan ….

Photo

Alhamdulillah.. Bila berpakaian kemas , kita juga dilayan dengan baik. Bukan nak kata berpakaian simple tu , tak ok .. tapi bila kita kemas , orang pon seronok nak layan kita apatah lagi bila kita datang tu untuk buat kerja.. Lainlah datang nak bersantai ke apa kan ? Haaaa…

sesua

Sesekali bersantai , ok la kan.. Kena tengok gak majlis tu camana .. Kalau asyik nak berbaju koporat , perghhh.. Serupa menteri dah .. hahaha …

Bila sebut bab berpakaian kemas ni .. petang semalam ada satu kisah yang membuatkan aku rasa berpakaian kemas ni mengundang satu rasa hormat walaupun ianya hanya dipakai oleh peniaga kecil kecilan..

Di kedai makan. Baru nk order makan , dtg sorang lelaki segak bergaya smbil membawa sekotak cincin batu yg pastinya utk dijual.
Hurmm.. Aku senyum dan menolak dgn baik.

Kemudian dia terus berjalan ke meja meja makan yg lain. Aku perhati jer.. Berbaju lengan panjang dan berseluar slack. Kasut hitam.
Hurmm.. dia mencari rezeki dgn cara gitu..

Respek dia ! Dia tak mencuri atau menipu orang utk hidup ! Tidak seperti sesetengah manusia .. berpakaian kemas , berpelajaran tinggi.. Berpangkat besar tapi hidup atas hasil penipuan .. Hurm..

Kesimpulann.. Jika anda seorang blogger , berhasrat nak dikenali sebagai blogger .. Jaga imej anda .. Jangan dibiarkan digelar blogger sengkek !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI