Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 13 Februari 2014

Seluar Pelikat dari HeyDotMY !

 

Heehhe.. Tercapai hajat nak pakai seluar pelikat ni.. Nanti nak beli satu lagi dan nak try guna yang hok satu lagi pesen tuuu .. Hehehehe .. Yang kembang kembang tu haaa …

Boleh la nak pakai wat gi surau atau masjid nanti .. heee…

Harga ? Haa.. tu kena tanya sendiri kat tokey HeyDotMy .. Gi tengok kat Instagram atau pm je Encik Ejam Othman kat FBnya .. heee.. Cepat cepat.. Nanti abis stok , kena tunggu lama lak.. huhu…

Tq bro !

Panjatlah puas-puas !

 

Hahahaha … Adeh.. Kelakar je dengar kata kata seorang pengunjung Taman Cabaran Wall Climbing Center tadi petang .. Bukan apa , tujuan aku bawak Qhaliff ke situ untuk dia memanjat sana sin memandangkan dia pun suka memanjat kat rumah.. hehehe ..

Awalnya aku hanya berdua dengan Qhaliff.. Puas menjerit atau berlari sana sini.. Aku pun tak terkawal laa perangai gak.. Cam budak budak jap..Hahahah ..

Tiba tiba dtg sorg lelaki bersama anak kecilnya..Sama besar anaknya tu dengan Qhaliff tapi dari segi usia , dia muda 3 bulan dari Qhaliff.. huhu.. Ligat gakk ..


" Haaa.. panjattt .. Kat rumah nak panjat sangat kan .. ". Kata bapak dia sambil ketawa.. Hahaha .. Aku yang dengar tu pon ketawa jer..

Budak .. disuruh panjat , tamo la pulak ! Dipaksa paksa , tamo.. tapi berlari sana sini ! Hahaha .. Gitulaaahhh .. Bukan mudah nak didik anak kecil ni.. Nak ajar tu mudah tapi nak didik tuuu , perlukan kesabaran dan skill .. Heee ..

Tapi diorang tak lama.. Rasanya tak sampai pun setengah jam berbanding aku mau dekat sejam.. Hehehe.. Bukan apa , kul 5 setengah nak gi amik ibu Qhaliff lak ..

Photo

Ekspo Percutian Keriangan Keluarga 2014

 

Aku bagitau wife pagi tadi yang aku perlukan percutian ! Otak beku , stress .. dan macam macam lagi yang sedang aku alami …Hurmmm .. Aku ajak gi Cameron Highland. Mesti Qhaliff suka gi punya .. Hehehhe..

Sewaktu dalam perjalanan ke Cheras pagi tadi , aku berjaya amik gambar billboard ni.. Minggu lepas aku nampak dah tapi tak boleh nak tengok dengan teliti , apa cerita billboard ni ..

Dan tadi.. aku pasang siap siap video utk rekodkan perjalanan.. Dan dapat jugak amik gambar ni.. hehehe..

Photo

“ EKSPO PERCUTIAN KERIANGAN KELUARGA’ di Mid Valley pada 1-4 Mei 2014 nanti .. Hurmmm… Macam menarik jeer kan ? Nak cari pakej ke Sunway Lagoon ni.. Hehehe..  Nak bawak Qhaliff beriadah kat sana .. Confirm dia suka ..

Selain tu nak gi mana eh ??? Legoland ? Tamoo.. Panas… Lain lain ? Hurmmm… Mana mau pigi ehhh…

Genius Baby On Board

 

“ All Babies Are Genius “

Baru-baru ni aku ke pelancaran cawangan terbaru mereka di Shah Alam  utk melihat sendiri apakah keunikan dan kelebihan pusat yang dikhaskan untuk anak anak kecil kita ini..

Hurm… Ok , terus terang , aku tertarik dengan konsep yang disampaikan di dalam teknik ‘belajar dan bermain’ di sini. Program yg direka khas utk para ibu bapa dan juga kanak kanak malah bayi juga boleh turut serta ini dipanggil “ Powerful Playgroup Programme “.

Satu konsep yang cukup menarik !

DSC_0035 copyDSC_0271 copyDSC_0523DSC_0571 copyDSC_0614

Ada 4 kelas disini yg bermula dari seusia 7 bulan hinggalah ke usia 4 tahun ! Panjang kalau aku nak cerita ni .. Apa kata korang baca sendiri dan tengok sendiri apa yang menarik sangat disini ..

Oh ya, di sini .. anda terlibat sama dengan anak anda ! Bukan anda tinggalkan anak anda disini yer.. Hehehhe .. Anda turut melibatkan diri dan belajar .. Haaaa .. Menarik kan ? Hehehe ..

Ok , setakat ni mereka ada cawangan di Puchong , Bandar Botanic Klang , Johor Bahru dan terbaru ialah di Shah Alam..

Kalau berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , boleh ke blog mereka atau fanpage mereka di Facebook..

Blog : www.geniusbabyonboard.blogspot.com

FanPage : www.facebook.com/geniusbabyonboard

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

 

Tercari-cari penapis air yang mudah dibawa kemana-mana? Tidak perlu sambungan paip. Hanya berbentuk jug. Murah dan menjimatkan. Jom kita lihat apa keistimewaan 'penapis air' shaklee ini.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

 

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Teruja bukan? Jadi...apa tunggu lagi? Untuk harga istimewa, Hubungi 019-3190733 (murni) untuk maklumat lanjut.
Cepat sementara stok masih ada!

Jom ke blog saya :
www.sayangkunurhana.blogspot.com

Aku berjaya !

 

Yearghh.. Sejak mengetahui adanya tempat bermain di Taman Cabaran untuk si Qhaliff ni , dan juga menyusun waktu di sebelah siang dan petang bagi dia juga , maka … dia tidak lagi tidur selewat 12 tengah malam !

Photo

Hurmm… Pagi pagi sekarang ni , kena dah bawak dia gi taman atau gi umah orang tua aku … Terpaksa ! Kalau tak dia akan abiskan masa dengan menyelongkar atau tengok tv ! Aku tak nak itu berlaku .. Dia pon nak membesar dah…

Petang , gi taman .. main .. Ikut aku ! Mak dia balik , leh rehat jap.. Walaupun syif dah patut bertukar tapi memandangkan wife dok sarat , maka .. aku masih lagi jaga dia .. Tak pe la.. Malam kang nak tidur baru tukar syif.. hehehe ..

Satu hari nanti , semua ini pasti akan aku rindui.. Sebaiknya , setiap saat .. aku hargainya !

Herbalife : TC Formula

 

OK ok.. aku bukan agen Herbalife walaupun ramai dah ajak join. Aku tamo tamo tamoooooooo ! Hehehehe… Yang TC Formula ni aku disponsor oleh seorang agen Herbalife tahun lepas. Saja la dia kasi suh try.. Aku tanya gak utk apa .. Selepas diterangkan , aku berani la makan ..

Apakah ianya berkesan untuk kurus ?

Photo

Aku tak makan untuk kurus tapi katanya utk buang minyak minyak dan .. hehehe .. Memang leh terasa laaa minyaknya keluar ! Bukan RON95 atau 97 yer.. Diesel pon jauh sekali .. Hehehehe .. Bukan minyak yang tu tapi .. haaa ..

Bila amik menda ni ditambah dengan senaman , alhamdulillah .. terasa ringan lagi badan .. Cer la try kalau tak caya .. Apa pon , tanya doktor anda dahulu kalau anda ada penyakit yang berat berat.. Mana tauuuuu kan.. Cam alergik ke apa kee.. Sebaiknya tanya doktor anda dulu..

Dah nak abis dah yang ni.. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI