Jumaat, 14 Februari 2014

Jangan salahkan anak kecil !

 

Bila bawak anak kecil kita ke tempat permainan , pantau anak kita .. Benar kita nak didik dia dgn cara bergaul dengan rakan sebaya tapi PANTAU ! Mereka tak tau apa apa tetapi mereka ‘terbelajar’ dengan apa yang mereka lihat dan pandang sebelum tu… Seperti di tv , atau pengalaman mereka bersama rakan sebaya yang lain ..

Di Taman Cabaran , Putrajaya tadi.. Biasanya jam 2 petang ke atas , mmg takde orang kat bahagian kanak kanak ni tapi tadi ada la sorang akak ni dengan anaknya yang aku rasa dalam usia 4 tahun gitu ..

Anak dia main lari sana sini .. Dia dengan handphone dia .. Lantak dia la.. Cuma aku dapat agak anaknya tu leh tahan lasak .. Bila Qhaliff masuk je cepat cepat dia datang dan ajak bermain. Budak ni , takut ler.. Tetiba kena sergah gitu..

Aku biar je la.. Kasi dia belajar bergaul.. Qhaliff berlari sana sini , budak tu dok kejar dia .. Kejar je tak pe la.. Tapi menolak la pulakkk..

Bila ditolak , jatuh la Qhaliff ni.. Qhaliff , yang aku tahu.. kalau orang tu jenis ‘kasar’ skit bermain , dia takkan nak bermain.. Dia lari cepat cepat dan duduk kat aku ..

Bila budak tu wat hal dia sendiri , Qhaliff bangun dan nak gi memanjat… Budak tu datang kembali kat dia , dia lari kat aku balik .. bergoyang goyang laaa pipi dia tu haa.. Hahaha.. Sian dia.. Macam kena kejar ngan hantu jer rupanya dia ..

Hurmm.. mak dia sibuk main henset lagi .. Anak dia yg jauh lebih dari Qhaliff sibuk dok kejar Qhaliff pastu tolak jatuh dia..

Mak budak tu kata apa ?  " Jangan tolak adik tuu.. ".
Tu jer ? Sambil layan henset dia .. Aku kesian kan budak tu jugak sebenarnya. Nak bermain tapi takde kawan .. Sorang sorang dia je .. Tapi tak sesuai nak bermain dengan Qhaliff sebab faktor usia dan size badan .. Cara bermain pon mmg ketara lain.. Mungkin sbb Qhaliff tak bercampur kan ? Dia mana pergi pusat asuhan gitu.. Jadi cara main lembut je la ..

Aku cuma tak puashati bila penjaga wat dek gini ! Biar anak memandai sendiri dan dia wat hal dia .. Bila jadi apa apa ?? Bukan la aku mintak jadi apaa apa tapi kita kalau boleh , elakkan dari berlakunya kecelakaan .. Selagi boleh elak , kita usahakan .. Jangan tunggu terjadi , baru nak salah menyalah ! Tak gunaaaa gitu..

Aku up di FACEBOOK dan rakan rakan berkongsi pengalaman mereka .. Antaranya :

  • hehe...dh banyak jumpa budak mcm tu..diam2 fiza beliakan mata...jegey kat diaa...
  • Ben kasi panik mak budak tu...jerit kata anak dia jatuh berdarah kepala...baru dia alert kot asyik sgt dgn hpnya.
  • parents yg x peka kt playground lah ni..saya pernah je sound budak sebab tolak anak buah saya kt McD Bangi tu..parents budak tu saje leka makan..jauh lak tu..
  • Hehee.. Agak2 budak tu buat lg.. En. terus ke budak tu dan tegur kesilapan dia..nasehat sikit...nt budak tu jd habit buat perkara sama pd anak2 lain...hi3
  • Betul tu Ben. Paling tak suka bila budak main kasar dengan anak kita. Salahkan mak ayah yang tak reti didik anak. Kenapa sesetengah budak lain boleh main elok-elok bersama. Mesra dan friendly. Dan kenapa ada sesetengah budak yang lebih kepada suka buli, sepak, teranjang dari nak main elok-elok bersama. Nak salahkan anak? Kitalah sebagai makayah sepatutnya didik anak, cara berkawan dan bermain dengan anak orang.
  • tu sbb sy xgalakkan anak2 bermain di playground..sbb majoriti mak bapak xkisah klu anak die main kasar dgn kanak2 lain..anak sulung sy pernah bocor kepala sbb ade 'budak perangai setan' tu tolak smpi jatuh..budak tu nmpk kecik sikit dr anak sy tp suka main kasar smpi anak sy takut nk dekat dgn budak tu.. mak bapak die ade dpn mate tp buat xreti je..masing2 sibuk nk menayang konon2 hp canggih kt org..last2 budak tu tolak2 smpi anak sy jatuh kepala berdarah,mak bapak die just tolong angkat je..say sorry pun x..lps tu cepat2 diorang bwk budak tu blar dr situ... teruk betul! moga mak bpk die rase 2 kali ganda pulak ape yg sy rase mase tu..baru diorang tau..
  • Serius abg ben. Kes ni ade terjadi dpn mata sy . Lebih pentingkan handphone tu haaa dari ank sendiri. Lepastu kang salah ank dia, dia ckp salah ank kita pulak .
  • Kalo akak, mmg akak sound budak tu kuat2 direct biar emaknya tersedar dr lamunan gadget yg xbawa ke mati. Msti tgh lyn fb tu..

Hurmm .. Ini bukan kes manjakan anak  tapi nak didik anak .. Kalau bukan kita yang didik , takkan tunggu cikgu kat Taska nak buat ? Kang kat Taska dia buat gitu gak , tak pasal pasal dia kena denda.. Denda je tak pe la.. Kalau kena dera ? Haaaa …

Kalau dia dah dapat ..

 

Silap aku.. Aku terkopek screen protector tu depan dia .. Bila dia dah nampak , dia lemparkan senyuman pada aku. Aku nak sorok tab tu tapi dia berusaha nak dapatkan jugak. Sanggup turun dari car seat dia untuk amik tab yang aku dah letak di lantai kereta ..

Photo

Photo

Photo

Hurmm… Suka dia bila dapat kopek .. Huhuh.. Terbang RM20 ! Haihhhh … Orang kata biar je. Anak kita nak eksperimen ! Huhuhuh.. Eksperimen ehhhhh …

Nyaris aku dimasukkan ke hospital !

 

Photo

Baru tdo dia .. Tu pun selepas ‘dipaksa’ aku. Dia ngantuk dah tapi nak lawan bijik mata !

Hurmm.. Dia terlalu rapat dengan aku. Aku pulak terlalu rapat dengan dia .. Hinggakan ? Hinggakan dalam mimpi pon dia membayangi aku !

Wife kata aku ngigau malam tadi..

" Qhaliff Iman... Qhaliff Iman.. ".

" Nasib baik sebut nama Qhaliff.. Kalau sebut nama perempuan lain ??".Jawab aku ..

"Kalau nama perempuan lain ? Takde dah kat meja makan skg ni.. Kat hospital dah kita pagi ni.. ". Jawab dia sambil lipat baju.

Sengih je aku.. Perempuan .. Hati je kata gitu sedangkan mahu.. Eh ??? Hahahaha

Instagram punca bateri telefon cepat haus ?

 

Hurmm.. Teruk benar gini aih.. Baru je charge , dah haus balik ! Nak kat aku guna kerap HTC One X aku ni  tak de la pulak .. Kalau guna pon lebih pada Whatsapp je atau Facebook .. Insta tu mmg ada tapi bila tengok kat Usage ni , Insta paling kuat guna bateri.. Yelah  , nak load gambar kan ..

Kalau berterusan , mmg aku remove insta dari Htc ni .. Guna kat tab jer  .. Heee.. Lenovo punya bateri leh tahan gak lamanya .. heee…

Kecewa di pagi hari !

 

Photo: Sedikit kecewa ..

Beriadah di pagi hari di taman perumahan sendiri ! Bila lihat permandangan begini , terasa kecewa sangat sangat ..

Beli rumah beratus ribu.. Bayar maintenance .. Tapi ??? Hurmmm .. Baru sempat dua tiga kali main gelongsor , bunyi salakan anjing yang pastinya bukan seekor dua membuatkan aku berfikir dengan pantas ..

Dengan rekod anjing menyerang manusia kebelakangan ini terutama ketika bersenam dan kanak kanak bermain , menyebabkan aku segera dukung Qhaliff pulang ke rumah.

Kalau aku saja kat situ , mungkin aku hambat dengan kayu kalau anjing anjing tu mengacau aku tapi sbb anak ada di sisi , aku simpan aja keberanian tak bertempat tu.. hehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI