Rabu, 19 Februari 2014

Bila Qhaliff demam ..

 

Photo: Demam pulak Qhaliff...

Takde angin takde ribut , tau tau pagi ni demam .. Cuaca tak menentu ni kot .. Heee.. Cuaca jugak dipersalahkan yer ? Hehehe .. Walhal manusia punya angkara cuaca jadi begini. Rakus mengerjakan bumi ..

Ok ok .. Tengahari , aku check suhu badan dia .. Mencecah 37 darjah celcius. Aku bagitau wife.. Alang alang dia gi check up kat Klinik Kesihatan Precint 3 tu , check Qhaliff sekali laa.. Senang .. hehehe.. Free pon.. heee..

Wife gi daftar Qhaliff. Aku cari parking kereta .. Jimat masa .. Hee.. Kena pandai pasang strategi. Pastu baru aku ke klinik dan amik alih tempat dia. Boleh dia gi uruskan hal dia lak..

Aku kembali. Qhaliff pada aku. Tak lama kemudian , nombor giliran dia dipanggil doktor. Aku pon bla bla bla je la ngan doktor. Dia suruh aku amik ubat kat ahli farmasi tu kemudian jump nurse utk masukkan ubat bontot kat Qhaliff.. Bukan masuk kat aku yer .. huhu..

Sewaktu di farmasi tu , salah seorang petugas bertanyakan Mykid Qhaliff.. Aku kata la kat wife dan dia kat klinik sebelah. Kemudian dia tanya aku tarikh lahir Qhaliff.. Aku pun jawab la dengan penuh keyakinan dan kebanggaan ..

"2/4 .". Jawab aku.

" Tahun ?". Dia tanya lagi..

" Tahun lepas .. kot ?". Aku jawab.

Petugas tu lak main tulis je. Aku fikir balik.. Kalau tahun lepas dia lahir ,  bermakna 2/4 ni Qhaliff baru cukup setahun la kan ?

Aku gelak sendirian.. Adoi.. Gagal sungguh la aku bab angka ni !

Takde disiplin atau buta kayu ??


Hurmmm .. hari ke 3 ke gym baru ni .. Segalanya ok ..  Staff yg jaga gym ni pon senyum je sentiasa .. Pengunjung pon buat hal sendiri.. Belah siang ni yg datang nampaknya banyak baru nak buat badan .. 

Ok la tu kan ? Semangat nak bersenam.. Cuma ada satu perkara yg aku tak berkenan !! Lepas guna tak reti simpan balik ! Dah la tu dia punya pemberat tak sama dikedudukan tu.. Haihhhh.. 

Nak bersenam tapi tak berdisiplin ! Ke tak tau undang undang ? Atau malas ??? Hurmmmm...

Bila dipisahkan kerana kerjaya ..

 

Hurm.. Dipisahkan ! Camana la agaknya kalau aku berpisah dengan Qhaliff..

Yelah , aku ngan dia dah macam belangkas ! Dia pon tak leh berenggang dengan aku .. Asal aku melangkah je , dia dah peluk kaki aku ! Hahahaha .. Adehh ..

2 orang sahabat aku , terpisah dengan isteri dan juga anaknya .. kerana kerjaya memasing ! Bukan nak sangat tapi dah kerana ‘arahan’. Apa boleh buat ?

Kesian sebenarnya tapi aku tak leh nak tunjuk kesian sangat sbb nanti kawan tu lagi rasa sedih. Aku kena selamba supaya dia lebih tabah..

Perit .. aku tahu.. Apatah lagi bila melihat wajah anak yang masih kecil. Nasib baik anak memasing masih seorang .. Kalau ramai ? Hurmmm.. Sebab tu Allah tak kasi lagi kan ? Kan cantik perancangan Allah tu.. DIA tau apa yang DIA buat.. Kita tak yah la nak pertikaikan ..

Berpisah dengan orang tercinta ni , perlukan kekuatan mental. Kena tunjukkan kita mampu .. Dalam hati Allah saja mengetahuinya.. Tak pe la wahai sahabat .. Yang penting di saat begini , rakan rakan ada di samping. Menasihati agar lebih menggunakan masa ini utk menghargai kenangan lalu dan juga masa mendatang ! Jangan persiakan nanti bila masa itu datang .. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI