Jumaat, 21 Februari 2014

Coconut shake punya pasal !

 

Photo: Coconut shake

Nurse suruh wife bersiap sedia je dah skang ni.. Mana tau tetiba nak beranak .. barang baby dalam kereta tak sedia lagi ni .. heee.. Dalam dok borak  tu , dia kata nak minum air kelapa .. Hee.. bersih skit baby masa lahir nanti..

Aku ok kan aja.. Maka pergi la ke satu tempat yang senantiasa meriah ni kat Putrajaya. Nak sebut tempat , sian pulak .. Kenapa ? Air coconut shake dia , sedap ! Tapi servis tuuu .. Haihhh ..

Bayangkan aku dah masuk kedai , pelayan dia yang dok layan tv tu .. cuma duduk tunggu aku gi kat dia untuk amik order ! Perghhhh.. boleh gitu ?

Best part ? Orang tak ramai .. Apa yang aku order , semua sampai kecuali nasi goreng ayam jer ! Kenapa ?? Sebab pesanan tak sampai ke dalam dapur !

Haihhh.. Bila aku fikir fikir balik , patutlah pesaing dia kat belah sana tu ramai pelanggan berbanding restoran dia .. Hurmm.. Sedap saja tak guna kalau servis lembab !

Nasib baik la ada jual coconut shake ! Kalu takkkk.. insaf aku nak gi situ ..

Kalau aku tinggalkan berdua ?

 

Photo

Hahaahaha .. Ada sekali tu wife marah aku sebab tinggalkan Qhaliff dan gi mandi.. Aku lak ingat Qhaliff ni tak buat sarkes dengan mak dia sebagaimana dia buat dengan aku !

Apa dia buat ? Boleh masa sujud tu dia panjat belakang dan peluk tak nak turun ! Dengan aku boleh la lagi .. Bayangkan mak dia yang tengah sarat mengandung ! Hahahaha.. kan kena jegil dah dengan singa pantai timur !

Hari ni dia buat lagi.. nasib baik aku sempat ‘selamatkan’ wife ! Dah naik abis atas badan mak dia yang sedang sujud tu.. Nasib baik rakaat terakhir.. Huhu.. Sowiii..

Suh panjat kat wall climbing centre tu , tak nak lak dia ! Huuhhh..

Cara nak tambah pendapatan melalui blog !

 

Aku tak jangka sebenarnya semua ni.. Tapi bila aku perhatikan blog blog yang selalu dapat produk dan advertorial , baru aku tau camana mereka melakukannya ..

Caranya ? Mudah jer.. Kalau korang rajin menulis dalam blog cerita peribadi atau apa saja yang korang lakukan , sebaiknya ceritakan dengan ‘selamba’ mengenai apa sesuatu brand yang sedang digunakan ..

Contohnya dalam gambar ni .. Aku ada buat entri sebelum dan mintak kengkawan blogger yang lain ceritakan mengenai gambar ni di dalam entri Tips menambah pendapatan melalui blog ! ni ..

Ok.. Bila nak tarik pengiklan atau agensi PR ni , mereka akan tengok bagaimana kita bercerita mengenai sesuatu produk di dalamnya..  Bila kita bercerita , mestilah cerita yang benar dan jujur… Tapi bila jujur tu , jangan la sampai maki hamum dan sebagainya. Berikan kritikan yg membina.. Dan jika produk tu ok , bagaitau tang mana sesuainya produk tu dengan anda ..

Tekankan jenama produk di situ ! Haaaa.. Walaupun nampak cam promosi percuma tapi sebenarnya ianya adalah umpan untuk produk lain ! Amik contoh dalam gambar ni .. aku akan bercerita mengenai baju Hush Puppies yang Qhaliff gunakan tu selesa dan ceria warnanya .. Manakala termometer tu aku dapat dari beli susu Anmum dan sedang berada di Noodle Station Alamanda.. Makanan kat situ pon sedap !

Simple , santai dan membuatkan rakan pembaca tertarik nak mengetahui dengan lebih lanjut ! Kan ?

Kena urut !

 

Photo

Sakit giler ! Siku belah kanan pon dah mula terasa sakit.. Semua ni sakit yang confirm kena pada mereka yang bayak bersukan menggunakan tangan terutama yang tak reti nak panaskan otot atau anggota badan dengan betul .. Kiranya terus belasah je main ! Dah tua baru terasa kesannya ! Jangan memain yer ..

Jap lagi nak gi umah mak aku .. Urut kat sana jer .. Huhuh. Lama dah tak mengurut .. Gulp.. confirm menjerit ni ..

Tips menambah pendapatan melalui blog !

 

Banner iklan Nuffnang ? Gilo .. Setahun baru berapa hengget ! Ada dah bertahun tahun , nak beli milo ais pon tak lepas ! Tunggu BE ? Hehehehe…

Ok ok.. semua tu kena ada caranya. Kalau dok harap dari banner tu jer , gamaknya tak merasa la pakai Ferrari kan ? Hahahha .. Jangan mimpi aihhh .. Bukan tak boleh tapi jangan mimpi la kalau dok mimpi tanpa usaha ! Haaaa ..

Tips menambah pendapatan melalui blog .. Tak kira la duit atau produk ! Haaaa .. Mana mana pon boleh dikira pendapatan .. kan kan ?

Caranya ? Mudah jer .. Apa yang korang nampak kat gambar ni ? Cer korang ceritakan di ruangan komen entri ni dan tinggalkan url blog korang selepas ulasan korang tu .. 

Tom Yam Air Kelapa yang mengoda !

 

Photo: Ada orang mintak aku tolong tanyakan di mana ada jual makanan seperti di dalam gambar ni .. Tolong bagi lokasi yer kalau tau .. Terima kasih .. 

Teringin dah sangat kawan kita tu..

“ Ada orang mintak aku tolong tanyakan di mana ada jual makanan seperti di dalam gambar ni .. Tolong bagi lokasi yer kalau tau .. Terima kasih ..  “.

Ok .. aku up status ni di FB setelah ada rakan bertanyakan mengenainya di Santai Ben Ashaari. Aku rasa macam pernah makan tapi tak ingat lak kat mana .. Hurmm .. Banyak sangat makanan masuk dalam perut aku ni.. Heee.. Yang aku ingat cuma satu jenis jer iaitu makanan percuma .. Heee..

Alhamdulillah .. ramai rakan di FB BEN ASHAARI telah sudi berkongsikan maklumat hinggakan ada yang tak pernah tahu terus jadi kebuluran di malam hari gini haaa …

Ada beberapa tempat yang dikongsikan dan aku jugak nak cuba jaya nanti .. Antaranya ialah di Puchong  iaitu Kedai mila AF.Katanya laa .. Selain dari tu , di Bukit Bintang pon ada .. Kat Arab Street tu.. Restoran Thai.

Selain dari tu , Sukhumvit Garden ( Gombak ) .. Cheras bt 9.. Blkg kedai tu apt cheras intan.. Nama kedai Wan Mad , Sri Selera Bayu  dan byk lagi laaa .. Kena rajin google je ..

Bagi aku , tom yam ni biasa jer tapi yang menarik ialah rakan rakan yang sudi meluangkan masa mencari infomasi untuk rakan yang lain ! Itu yang thor baekkk !! Terima kasihhhh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI