Sabtu, 22 Februari 2014

Bukan denggi !

 

Suhu mencecah 40.5 darjah celcius rupanya ! Semasa di rumah , check cuma 36.5 jer.. Hurmm… Ikut kata hati… Gi je hospital ! Tunggu pon tunggu laa.. Janji dapatkan rawatan yang betul secepat mungkin.

 

Photo: Gi spital ..

Kelihatan lesu

Sampai hospital dalam ku 12 lebih tengahari. Nasib baik orang tak ramai dan paling menakjubkan rawatan diberikan sangatlah pantas ! Yelah , suhu melebihi 40 darjah. Risau boleh kena sawan.. Nasib baik aku dan wife rajin mandikan dia .. hurmm ..

Wife masuk dengan Qhaliff ke kaunter pendaftaran. Aku gi parking kereta. Wife dah masuk utk pemeriksaan. Tak lama kemudian wife call bagitau yang Qhaliff dijangkitan virus. Terkedu jap aku..

Dia sambung cakap.. Tonsel. Hurmm.. Patut dia tak nak makan. Asyik nak minum jer .. Hurmm.. Tu la.. Suka mengutip masuk mulut. Berkali dah larang .. Nak wat camana kan .. budak !

Tak lama kemudian dia keluar bersama Qhaliff.. Muka penuh dengan air mata sebab kena cucuk .. Hahaha.. Sian.. Bila nampak ada budak dok minum air kotak Milo , dia pon nak. Aku pun gi la beli.. Pastu bagi kat dia .. Lepas minum , diorang masuk balik ke dalam bilik rawatan.

Duduk menanti Qhaliff dan ibunya yang masuk kembali berjumpa doktor.Aku duduk di kerusi di depan kaunter sambil layan handphone. Kena jaga tas tangan wife .. beg Qhaliff lagi.. Sambil berdoa agar tak kena tahan si Qhaliff tu. Sian kat dia nanti..

Tiba-tiba datang sorang budak kecik , cuit tangan aku.. Aku pandang sekilas jer kat dia sambil lemparkan senyuman.

" Alahai.. comelnya. Anak sapa ni ? " . Aku usap kepala dia dan sambung layan handphone.

Aku kerutkan dahi. Memikirkan sesuatu.. Hurmmm.. Aku pandang budak tu semula yang dah gi bermain dengan beberapa orang budak.
Laaaa ... anak aku rupanya ! Hahahaha ... Sememangnya handphone melalaikan kita ! Handphone jugak dipersalahkan .. siann.. hahaha...

Photo: Alhamdulillah..dah ok dah dia.. kembali berlari sana sini mcm takde apa apa berlaku..

Bukan denggi ..

Tanya wife .. Dia kata settle dah .. huhuh.. Nasib baik bukan denggi.. Kalau tak ? Tidur spitalllll !

Photo

Kembali terhibur hati bila tengok anak ceria.. Alhamdulillah ..

Balik rumah , baru laa dia nak lena tidur ..

Photo: Baru nak lena tdo dia ..

Barulah daddy leh join sama tidur… heee ..

Tak suka barangan percuma !!





Hurmmm.. aku dari dulu tak suka beli barang pastu dapat barang lain yg percuma ! Kualitinya mmg sangat boleh dipertikaikan .. Itulah yang terjadi pada termometer percuma ni ..

Bila check suhu Qhaliff memanjang sihat jer walhal badan dia panas semacam ! Akhirnya buat keputusan utk ke hospital Putrajaya.. Bila check suhu , rupanya 40.5 !! Nasib baik tak diserang sawan .. haihhh..

Satu nasihat aku .. anak kecil kita demam je , terus je gi jumpa doktor .. Pastikan pemeriksaan menyeluruh. Macam kes Qhaliff , rupanya doa jangkitan pada tonsel. Sewaktu periksa ari tu dgn doktor klinik , dia skip part tu sbb Qhaliff tak bg dan dia takut Qhaliff menangis. Rupanya itulah penyakitnya. Hurmm..

Patut dia tak selera nak makan..

Merengek sepanjang malam ..

 

Photo

Hurmm… demam balik dia .. Kalau hari ni suhunya tinggi gak , mmg kena gi hospital utk pemeriksaan. Ari tu doktor kata nak amik darah kalau gi sekali lagi .. Hurmm..

Malam tadi , aku ngan wife tido tak lena. Asyik asyik dikejutkan dengan rengekan Qhaliff yang langsung tak dapat nak tidur walaupun dah diberikan ubat..

Bila pagi , ok skit dia terutama lepas mandi cuma … dia tak leh berenggang dengan aku berbeza pada waktu malam , dia tak leh berpisah langsung ngan mak dia ..

Hurmm…tengok camana jap lagi.. kalau rasa perlu gi , gi je la.. sian pulak tengok dia ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI