Ahad, 23 Februari 2014

Bila dah sihat !

 

Alhamdulillah … Paksa dia keluar hari ni.. Berjalan di Alamanda pastu di taman .. Dan makan aiskrim vanilla.. Petua kawan kawan .. hahahaa..

Dan hasilnya ?

Photo: Pastikan saat riak muka begini tidak dilepaskan bila kamera di tangan ! Heheheh... 

#sonyalpha5000

Esok ibu leh gi work , daddy leh gi gym.. Harapnyaaaa …

Bila Nokia Lumia 1520 ku masuk air !

 

Photo

Walaupun Nokia Lumia 1520 ni dah diberikan pada wife , tapi dlm ‘kontrak perjanjian’ masih tertera nama aku .. Bermakna aku kena guna KU juga pada tajuk entri ni ..

Apa citer ??? Gini .. Pagi tadi.. selepas subuh .. Wife bagitau aku dengan lembut jer ..

“Bang , hp masuk air .. “.

Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..

Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..

Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.

Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..

Berjayakah ? Entah laa.. Esok gi antar repair.. Senang citer.. Malas nak tunggu.. Nanti nak call pun susah .. huhu ..

Demam balik dia ..

 

Photo

Dia minum pastu sumbat botol susu tu kat aku ! Huh ..

Sepanjang petang tadi , badan dia panas balik. Kasi mandi berkali kali .. Lap dia .. Naik turun naik turun suhu badan dia .. Bila turun , dia panjat aku.. Bila naik , dia diam jer .. Layan movie entah apa apa kat tab dia tu ..

Akhirnya , aku buat keputusan matikan aircond sepanjang malam ni.. Kasi dia berpeluh sedikit.. Ada perubahan la sikit.. Dia pon mula berpeluh termasuk aku .. huhu .. Kena sabar la skit ..

Cuaca tak menentu ni , ramai anak kecil demam. Tadi kat hospital pon ramai je budak dibasahkan badan mereka.. Sian je aku tengok.. Kalau aku demam ,nurse nak tolong basahkan tak ? Maunyaa aku basah dek air liur kena sembur ngan wife ! Hahahaha .. gurau jer ..

Harap harap dia ok esok. Banyak keje nak kena settle ni.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI