Khamis, 6 Mac 2014

Non stop action !

 

Selepas subuh ,takde deee nak tidur balik .. Terus bersiap ke Cheras .. Hantar wife dulu ke pejabat dia pastu baru gi.. Sampai Cheras , tinggalkan Qhaliff jap kat mak aku .. pastu gi gym .. 2 jam workout .. Kul 11 lebih dah .. Kul 12 nak gi jemput anak buah aku balik dari tadika dia .. Gi basuh kereta dulu .. Settle baru gi amik diorang..

Blogger Mk Syahir ( Fuh.My ) dan Mieza dalam perjalanan ke rumah aku. Nak sama sama ke majlis Ariani di Ampang. Nasib baik diorang sesat jap. Boleh la aku siap dengan tenang.. Huhuh..

Kul 1 lebih.. sampai kul 5 petang , di majlis tu ..

Photo: #arianipreview2014 #ariani #jakeltextile #jakel #galeriariani #tudungariani #hijabfashion #muslimahfashion

Lepas tu , aku naik lrt je balik sbb diorang terus ke Putrajaya. Sian pulak nak antar aku dulu dengan harung jammed teruk di waktu orang balik kerja.

Sampai umah mak aku dalam kul 6 lebih.. Mandi , siap siap.. Bawak Qhaliff keluar main kat padang.. Pastu maghrib , terus ke Putrajaya. Jemput wife kat Alamanda .. Pastu baru balik rumah..

Sampai rumah , Qhaliff lak berak .. Dia nak ajak main .. Dan aku , penuh dengan kerja yang perlu disiapkan.. Nak tunggu tengah malam baru buat ? Pastu kul berapa nk tidur ? Esok , awal pagi nak bangun semula..

Perghhhh … Penuh giler.. Kalau dapat baring ni … confirm lupa dunia jap .. Blog pon tak sempat update. Ni baru nak update , Qhaliff dok mai ajak makan yogurt ! Huhuhu .. Serah kat wife.. Aku dah nak pengsan..

Sila la guna otak ..

 

Petang tadi , aku bawak Qhaliff gi Taman Cabaran , Putrajaya. Lama dah tak gi sana bermain. Dalam kepala , bila sampai sana, nak main bola la atas tilam tu memandangkan takde orang .. Perancangannya gitu laaa ..

Tapi segala perancangan , tidak menjadi kerana ada dua keluarga kat situ. Tak kisah la.. Qhaliff join je diorang .. Nak try masuk tapi tak leh lain size.. Hehehe.. Dan diorang dok speaking je .. Hahahah.. Qhaliff paham tapi tak reti nak balas .. Kononnya la .. dia kata gitu kat aku .. Hahahaha ..

Tengah sedap sedap Qhaliff dan budak budak tu main , datang satu keluarga ni .. Diaorang tanggalkan selipar pastu terus ke duduk di satu sudut yang mana kat situ laaa Qhaliff dan beberapa budak kecil lagi bermain !

Rujuk gambar .. Tuuu .. kat sudut Qhaliff main tu.. Diorang sekeluarga dah halang kawasan tu dengan duduk beramai ramai. Mak , anak , cucu.. sekali semua kat situ !

Aku tengok keluarga yang mula mula ada tadi. Aku senyum jer .. Aku tahu diorang dok berkata sesuatu sebab mata dok memandang kat keluarga yang baru sampai tu..

Iskh , aku pon bengang wehhhh .. Bukan apa .. Diorang bawak anak kecil yang merangkak pon tak reti lagi.. pastu lepas kat situ.. Budak budak nak berlari memanjat pon takut ..Mana la tau kan ? Haaa..

Jadi keluarga tu , beransur balik .. Aku tengok jam , dah hampir kul 5 .. Aku plan nak keluar dari situ 5.15 petang tapi bila orang dah takde , diorang jajah abis la.. Hurmm .. Sian kat Qhaliff lak ..

Aku ajak Qhaliff keluar.. Kat luar , Qhaliff nak main bola .. Dok sepak bola kat aku pastu kejar.. Hurmm.. Aku tau , tak sesuai.. Memang akan jatuh dia nanti .. Tapi aku perlu bagi dia sedar akan kemudaratan bila berlari atas simen ni ..

Hurmmm .. Dan dia tersungkur .. Nasib baik dia jatuh dihalangi tangan dia dulu.. Cuma dahi dia je terantuk ke lantai skit .. Dan kesannya ?

Benjol dan lebam dah dahi dia.. Meraung ? Sekejap jer.. Dia mmg jenis meraung sekejap .. Tiup kat dahi dia .. terus senyum.. huhuhu.. Nasib baik aku mmg dah simpan ubat dalam beg dia .. Sapu terus kat dahi dia.. Tak lama kemudian , surut dah .. Ni skang aku tengok pon dah ok laa skit dari awal tadi..

Tak pe la.. Aku dulu pun gitu gak.. Selagi tak jatuh selagi tu akan buat.. Selepas jatuh tu , aku tak nampak dah dia berlari .. ehehehhe .. Dia belajar dah ..

Hurmm… Satu pesanan jer .. Kalau tempat mainan kanak kanak , kawal dari luar kawasan dah la..  Tak perlu la nak kasi satu bala tentera jajah kawasan .. Orang lain pon nak main gak kan ?

Beli penyembur lada !

 

Photo: Kt parking berhampiran hospital putrajaya !!! Gilaaa laaaa .. makin beranii

Berpeluh jap membacanya ! Gile ke apa ??? Tempat yg aku rasa mmg dah dikategorikan ramai orang ni.. Apatah lagi dengan dengan ibu pejabat Polis Putrajaya .. Pon berani nak buat kerja gini ?? Putrajaya ok !!

Nasihat aku la kan .. Gi la cari penyembur lada tuuu .. Biar susah nak cari asalkan rasa selamat sedikit.. Aku pun plan nak beli gak untuk aku .. Yelah aku pun keluar selalu kan ? Kot la ada yang plan nak cabul aku .. Auwwww…

Segalanya untuk keselamatan.. Kes rompak , ragut.. samun ..makin menjadi jadi.. Tak perlu nak tuding jari. Part tu , sendiri jawab di akhirat. Yang penting , kita jaga keselamatan diri .. Di mana mana saja mampu jadi lokasi penjenayah buat kerja ..

Dan yang perempuan tuuuuu , jangan tarik perhatian dengan berpakaian yang mampu mengundang bala pada anda sendiri !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI