Isnin, 10 Mac 2014

Anak atau ayah yang ‘didera’ ?

 

Photo

Anak penuh dengan bedak sejuk… Heheheh.. Tu pasal jadi gitu.. Rasa teraniaya ? Takde maknanya ! Dia perasan comel .. tu wat gitu tuuuu ..

Photo

Ok.. yang ni bapak dia ! Kelihatan benar seperti didera ! Dengan senyuman yang penuh kepalsuan gitu , ternyata dia dipaksa bertudung ! Haaa .. untuk apa ? Ni mesti ada sindikit edar gambar di internet ni !

Heee.. takde laaa .. saja je test drive pakai tudung.. Yelah , pelik laa nape susah sangat nak bertudung.. Nampak ayu apa ?? Aku kalau buang misai dan janggut tu , confirm esok gak ada orang mai masuk minang ! Orang kaya tu dah pasti laaa ..

The Hub SS2 @ Petaling Jaya

 

Baru baru ni beberapa orang rakan blogger ada terima jemputan dari agen yang menguruskan projek THE HUB SS2 yang sedang dalam pembinaan di Petaling Jaya. Aku antaranya la .. heee..

the_HUB_SS2-27

Terus terang , biasanya bila melibatkan hartanah ni .. aku kurang gemar … Dari dulu lagi.. Bila orang tanya aku , aku kata ok jer ! Sebab tengok dalam gambar , semuanya perfect ! Cantik , menarik dan tertawan.

Ok.. sewaktu di sini , aku ada ajukan beberapa soalan terutamanya mengenai developernya. Maklumlah , biasanya bila agen bercerita .. segalanya cantik jer ! Dan kita pasti tertarik..

Projek The Hub SS2 ni diuruskan oleh Selangor Dredging Berhad (SDB) yang dah banyak buat projek besar besar .. Tak caya ? Cuba google sendiri dan baca .. Hee..

the_HUB_SS2-18

Menurut agen yang menerangkan projek ni pada aku , The Hub SS2 ni terletak di lokasi yang strategik sekali .. Aku dibawa tengok contoh unit yg dah dihias.. Ok , mmg sangat sesuai untuk mereka yang baru berkahwin atau mereka yang bekerja sendiri terutama si bujang tuu.. Mereka boleh jadikan rumah mereka ni sebagai pejabat juga..

the_HUB_SS2-15

Ok .. Nak tau dengan lebih lanjut ? Aku nak cerita pasal hartanah ni , aku tak pandai sangat .. Jadi aku serahkan pada dua rakan blogger yang arif pasal ni .. hehehe ..  Klik je nama mereka utk baca dengan lebih lanjut .. Eyriqazz dan Isaac Tan.

Perlu ke bercerita segalanya di laman sosial ?

 

Malam tadi , seorang sahabat yang juga seorang blogger yg ‘hot’ ada mesej aku di Whatsapp.. Dia memberikan satu keratan utk aku baca dan bertanyakan pendapat ..

Hurm…

Sebenarnya ramai rakan rakan berniat baik utk berkongsi apa yang mereka dapat , tahu di laman sosial ni .. Sebagai contoh , tempat makan best .. Kat mana nak shopping atau taman permainan yang sesuai utk anak anak kecil kita beriadah .. seperti yang aku kerap update di Taman Cabaran..

Tahukan akan risikonya ? Kita terlupa kadang kadang sbb niat kita baik tapi dalam tak disedari kita , mungkin ada mereka yang berniat tidak baik yang mana boleh rancang pelbagai jenayah terhadap kita..

Contoh lain seperti , kita sibuk bagitau .. ‘ Ok , dalam perjalanan balik kampung ..’ .. ‘ Sat lagi nak pi bank.. Dah gaji hari ni ! Yeahooo..’ .. ‘ Qhaliff dah sekolah .. kat sekian sekian sekian… ‘..

Haaaa .. tak ke itu bahaya sebenarnya ? Aku mmg bercadang berhenti bercerita mengenai Qhaliff bila dia mula ‘bersekolah’. Takkan bercerita kat mana pon nanti.. Merbahaya untuk semua orang nanti ..

Ada rakan rakan yang berniat baik nak berkongsi pendapatan yang mereka perolehi di internet ni.. Itu pun sebenarnya boleh mengundang masalah nanti..

Hati hati.. sekadar nasihat dari aku yang juga perlukan nasihat ini ..

Sampai bila kita nak bercakaran ?

 

Dalam dunia maya ni , kita boleh buat berjuta kawan. Dan dalam berjuta tu , tak mustahil akan ada yang jadi lawan sekelip mata .. Kenapa semua ini boleh berlaku ?

Lumrah manusia.. Aku tak layak nak bincangkan pasal ni ..

Kelmarin di Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network, aku diberi peluang untuk bercakap di atas pentas. Antara isi kandungan yang berjaya aku sampaikan ialah soal percakaran antara blogger .. Musuh dalam selimut , atau gunting dalam lipatan. Atas sbb apa semua itu boleh terjadi ? Segalanya kerana keuntungan jangka pendek ..

Dan alhamdulillah .. apa yang aku sampaikan ianya berguna juga pada rakan rakan seperjuangan .. dan juga aku ..

Selepas itu , blogger yang pernah berselisih pendapat dengan aku .. bermaafkan .. Terasa lega di hati bila segala kehitaman dalam hati dah dibuang ..

0-0 . Tenangnya hati bila kita saling bermaafan ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI