Selasa, 11 Mac 2014

Dah pandai ‘babap’ !

 

Amboiii.. mana belajar ni ?? Sekarang ni dah cepat tangan dia ! Hurmmm… Tak leh usik tab dia .. terus dia gi ‘babap’ org tu .. Tamparan dia bukan jenis tamparan biasa lak tu.. Birat la jugak rasa .. Iskhhh..

  

Gambar diatas ni .. Hurmmm … Mak dia nak tolong je tuuu .. Dia tak kasi .. Terus laaa dia kejar mak dia .. Babap sampai dapat ! Huhuhu.. Ni perangai sapa laaa dia ikut ni ? Kalau ikut perangai aku , aku kasi je .. Aku ni berhati mulia… Haaa.. sapa punya perangai ni ? Sampai sekarang , ianya masih lagi misteri !

Jerebu sungguh Putrajaya !

 

Hidung berhingus… Pedih ! Berdarah pon yer .. Mata berair.. pedih.. Nak bernafas pon sukar .. Terasa rindu pada udara yang cukup segar ketika ini ..

Photo

Gambar ni aku amik minggu lepas.. Hari ni pon masih lagi sama keadaannya .. Khabarnya ada hutan terbakar sekitar Putrajaya ni .. Aku up status di TimeLine aku… Mana tau ada rakan berkongsi maklumat sahih yang bukannya datang dari mulut  kawan atas kawan punya ..

  • “Tul. Sepang pon. Ade terbakar ke sane “
  • “ Yup kat serdang pun jerebu teruk “
  • “ Putrajaya tgh pesat dgn pembangunan.... Sn sni bukit ditarah... Sana sni jambatan dinaikan... Sn sni under construction.... Arghhh.... “
  • “ Semlm lg teruk kot abg ben smpai ke mlm dlm umah masuk jerebu habis bau asap....huhuhu... “
  • “ Teruk sangat jerebunya, keluar opis tadi macam masuk kawasan kena fogging... “

Tu pun aku tengok ada yang masih ‘sudi’ berjogging tadi di taman kawasan Putrajaya.. Perghh.. aku tak tau la camana paru paru dia dan hidung dia berjaya menapis segala ‘udara tercemar’ ni ketika bernafas , dengan cemerlangnya.. Respek ! Ke organ aku ni dah tua.. huhu ..

Qhaliff pon aku tengok dah mula berair hidung.. Nak bawak berjalan taman ? Tidak la sekali kali ! Hurmmm ..

Di Cheras tadi , berlainan pula.. Panas terik .. Nak keluar rumah pon , pk banyak kali .. Huhuh…

Baby Quilt dari LovelyKhaisya

 

Haaa .. dah tak lama dah .. Satu satu , kena cari ! Ni nak cari baby quilt lak.. Dan aku cari di LovelyKhaisya yang dah lama buat menda ni ..

Sebenarnya , aku tak tau pun fungsinya .. Nanti dah siap , baru tau.. hehehe .. Ni pon wife yang uruskan .. Aku cuma tolong settlekan jer perbincangan jual beli.. Hahahaha .. Kononnya laa.. Padahal tajaan dari LovelyKhaisya .. hehehe.. Tak baik menipu wooo..

Jadi nak pilih yang mana ??

 

Contoh yang dah siap.. gini haa ..

Cantik kan ? Haaaa… Banyak corak abis dah ni .. Huhuhuh… Kena segera kalau nak …

Sensasikan isu #MH370

 

Hurmm.. tergaru kepala aku jap.. Tengok kat tv , macam macam kupasan ada .. Malah siap panggil orang itu ini termasuk jugak artis .. Wow .. menarik !

Tengok di internet , lagi menark ! Ramai profesor , pakar pakar pengkaji muncul. Pelbagai pendapat yang melangkaui kemampuan daya fikiran aku untuk menaksirkannya. Apakah ada konspirasi ? Fuh.. tetiba teringat kematian Micheal Jackson yang juga dikatakan terlibat dengan konspirasi ..

Hurmm.. Tadi tengok kat tv jap. Satu channel ni tak putus putus dok update pasal isu ni.. Yelah , selagi belum jumpa , selagi tu la boleh buat pelbagai ‘tarikan’. Yang terbaru di Instagram… Huhuh.. Bagus laaa.. Ramai leh letak video kat situ nanti .. Tertanya gak , keluarga mangsa sempat ke nak tengok semua tu ?

Kekadang bagi aku la .. maaf cakap yer .. Isu ni macam satu bonus utk mereka yang tercari isu panas untuk diupdate atau dicerita kan pada medium mereka .. Benarkah mereka ikhlas ? Wallahualam ..

Aku hanya menanti dan mampu berdoa agar segalanya selamat dan dipermudahkan. Aku kesian pada mereka yang terus menanti dan mengharapkan berita yang sebenar benarnya berita .. Dan tolong jangan amik kesempatan ke atas isu ini ..

Bila nak jadi ‘along’ ..

 

Terasa dah perubahan pada diri dia .. Semakin membesar dan semakin garang ! Huhuhu .. Tengok la gaya dia tengok tv tu.. Hurmmm .. Aku angkat letak atas tilam , dia gi turun balik bawah tu.. Huhuh..

Photo

Yang ni , bahaya skit .. Dia dah pandai lari dan menyorok.. Tunggu aku datang kejar dia .. Kalau aku tak ikut , dia akan patah balik .. Tak kira tempat la dia nak main sorok sorok.. Kena kat shopping mall , mmg aku kena ikut rapat atau dukung dia..  Stroller ? Hurm.. 10 minit jer.. pastu boring !

Cakap ? Dah boleh skit skit .. Takat ‘tak nak ‘ , ‘ nak ‘ , ‘ air ‘ , ‘daddy ‘ , dan beberapa patah lagi boleh la keluar .. Tapi kalau kita cakap ngan dia , dia paham..

“ Qhaliff.. jom gi amik air .. “. Dia dulu bangun dan berlari ke peti ais ! Huhuhu ..

Dok latih jadi abang skang ni.. Suruh angkat itu ini.. Angkat diaa…  Pujuk mak dia menangis pon pandai dahhh .. hahahaha …

Kalau aku saja saja bertekak ngan mak dia , dia akan marah.. suruh berenti .. hahahha .. Ok la tuuu ..

‘ Hot spot ‘ atau MIFI ?

 

Photo

Dulu aaa .. aku guna MIFI broadband.. Tuu yang dalam gambar , yang bersegi empat putih ada tulis MAXIS tu haa .. Puashati ?? Hurmm.. Kelajuannya aku puashati la tapi yang tak bestnya setiap kali masuk awal bulan , kuota 5GB yang diperuntukan untuk sebelah siang , abis !  Direnew setiap 17hb kalau tak silap aku .. Pastu masuk awal bulan .. abis dah ! Terpaksa guna 128kbps jer utk internet ..

Tapi kaan.. segalanya berubah bila aku masukkan simkad broadband tu ke dalam tab Lenovo aku tuuu .. Haaa ..Yang warna hitam tuuu.. Perghhh .. Menariknya , bulan lepas aku buat gitu.. sampai dia renew semula kuota , tak abis abis ! Haaaa ..

Ini menunjukkan .. kalau korang guna MIFI tu , cepat abis kan ? Cuba guna mana mana hp yang ada ‘hot spot’ dan masukkan simkad broadband tu.. Tak perlu guna dah MIFI .. Kalau guna LENOVO , dia mmg ada dual sim .. tapi bukan semua la.. kena cari.. hehehe ..

Kelajuan ? Serius aku puashati bila guna.. nak upload gambar dari kamera pon laju gak berbanding sebelum ni .. hehehe ..

Cuma .. yang aku perasan … bila lebih dari 2 users nak kongsi internet menerusi ‘hot spot’ , dia jadi slow sangat .. Masih ada kelemahan.. heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI