Jumaat, 14 Mac 2014

Jadi pengguna bijak !

 

Terlebih dahulu , jutaan terima kasih pada rakan-rakan di Facebook kerana memberikan pendapat , pandangan , malah ada siap tagged mereka yang berkenaan hingga masalah ini diselesaikan dalam masa yang cukup singkat ! Dan kepada pengurus TNB Cawangan Sepang juga , terima kasih sangat sangat kerana memberi respon dengan pantas walaupun hanya meninggalkan komen di blog ! Bagus , sbb ramai boleh nampak apa masalah kadang kadang ramai tak faham ..

Seperkara yang aku belajar daripada isu ini ialah , jangan cepat nak marah mereka yg terbabit.. Jd pengguna bijak. Dptkan maklumat dan penerangan dari pihak berkenaan dan juga pandangan rakan rakan yg pernah alami masalah serupa.

Kemudian ambil tindakan seperti mana aku buat. Gi terus ke cawangan yang berhampiran dan dapatkan maklumat lebih lanjut.Kalau nak telefon pon boleh cuma takut tak berapa nak faham .. hehehe ..

Tolong jangan melenting sebelum tindakan diambil. Kalau dah buat tindakan namun tiada respon , baru boleh melenting dengan membuat aduan ke tribunal pengguna.. Heheheh .. Apa guna bising bising kan ?

Bil elektrik tinggi , apa perlu buat ?


Ok.. mulai hari ni , aku akan rekodkan penggunaan elektrik memandangkan harga yg mungkin dibayar tu boleh disalurkan ke tabung masa depan anak kita andai bijak berjimat cermat terhadap penggunaan tenaga elektrik.

Haaa.. ok ok.. Tadi aku dan wife gi TNB Putrajaya utk buat aduan terhadap bil elektrik yg naik secara misteri itu walhal penggunaannya tidaklah melampaui batas.. Hurmm.. Guna belah malam dan penuh di hujung minggu jer..

Tindakan aku tepat bila aku amik gambar berserta nombor meter utk dijadikan bukti penggunaan semasa. Di TNB Putrajaya td , mereka mintak kami rujuk pada TNB Sepang sbb diorg yg keluarkan bil.

Kalau tak nak gi terus ke TNB Sepang , call dulu pon ok.. Macam kes aku ni , dia akan mintak emailkan gmbr meter sbg bukti. Kemudian mereka akan keluarkan bil baru.. Tu kata staff di TNB Putrajaya td tu 
la.. 

Hurm.. part email ni aku serah kat wife utk uruskan.. Dia mmg suka la bhgn ni.. heeee.. 

Apa pon , korang nanti pon kena wat gitu.. Bila dpt bil , cek ngan meter .. Sama ke tidak .. heeee.. Kalau duit byk , tak pe la tak yah cek.. Aku duit tak byk.. huuu..

Aku dan Felixia Yeap !

 

Gi event Wechat Yeo’s malam tadi .. Sampai ke lokasi yang ditujui , dalam kul 7 lebih gitu.. Terus masuk ke dalam restoran yang menjadi tempat pertemuan ramai blogger sebentar lagi..

Aku masuk .. tengok tak ramai lagi ada .. Aku pandang sorang sorang.. Takde sapa pon yang aku kenal terutamanya blogger lelaki. Segan nak lepak ngan blogger perempuan sebenarnya.. Aku kan pemalu.. heee ..

Aku duduk sebelah staff PersonEdge, agensi pengiklanan yang menjemput aku hadir ke event tu. Sebelum duduk tu aku lemparkan senyuman pada rakan blogger wanita di depan aku.. Hormat la kan..

Tiba tiba dalam hati aku terdetik bila pandang sorang gadis bertudung ni..

“ Macam pernah aku tengok je.. tapi di mana yer ?? “.

Iskhh.. Malas nak berteka teki aihh.. Aku terus ajukan soalan kat rakan wanitanya yang duduk disebelah.

“ Er , siapa dia yer ? “.

Aku tak sempat nak susun ayat. Risau nanti ramai dah datang , aku segan nak berbual dah .. hahahaha ..

“ Felixia .. “. Dia jawab.

“ Felixia Yeap ? “. Aku tanya kembali .

Dan awek cun tu pun senyum dan kata ..

“ Er, u kenal ke ? “.

Dalam hati aku.. Gile tak tak kenal kalau dah aku sendiri pun share di wall aku pasal kes dia bertudung tu haa.. Hahahahaha ..

“ Kenal… sapa tak kenal u… Dalam FB kan dah viral.. “.

Terus terang la kan .. Aku bukan jenis nak bergambar sangat dengan orang yang aku baru kenal pertama kali terutama selebriti.. Aku malas melainkan aku mmg nak ‘bakar’ kengkawan di FB kasi jeles gitu.. Hahahah ..

Tapi dalam kes ni , aku mmg respek kat dia .. Aku ajak dia bergambar tanpa rasa segan silu ! Hahahaha .. Aaahh.. tak kira orang nak kata apaa !

Pada masa ni dia nak berdiri.. Aku kata , tak yah sbb tak nak menyusahkan dia .. Duduk pun ok dah .. Confirm ramai kawan kat FB jeles gitewww .. hahahaha .. Auwww..

Lepas bergambar tu , aku ingat nak ajak dia berselfie duckface .. Hahaha.. Tapi tak nak la.. Nanti dia kena kritik lak.. Heee.. Tamo tamoooo..

Aku duduk kembali ke tempat aku dengan rasa masih belum puas nak berposing dengan dia .. Hahaha .. Aku overdose ubat demam kot ?? Hahaha ..

Dan sekali lagi peluang menjelma .. Aku gi kat dia ketika dia tengah berbual dengan Mei Sze , big boss PersonEdge .. dan terus mencelah .. Ahhhh .. Jangan marah aaa Mei Sze.. Nanti ramai orang datang nak bergambar ngan dia , aku dah tak dapat peluang ekslusif tu.. hehe..

“ U Ben Ashaari kan ? “. Felixia tanya aku.. Aku mengiyakan .. Dalam hati aku terasa bangga gitu dia tau…

“ U tulis pasal apa di blog yer ? “. Dia tanya ..

Huwaaaaaa … Aku ingat dia dah pernah baca .. Hahahahah .. Tak kisah laaa .. blog picisan je pon ..

“ I tulis macam macam dalam tu.. Mana yang rasa ok , i tulis .. “. Aku jawab.

“ I pon gitu gak.. Tulis campur campur jer.. “. Felixia jawab dengan bahasa Melayu yang cukup lancar dan fasih. Respek arrr !

Nak borak panjang , tapi aku kan segan .. Aku risau je nanti ada gossip liar kat situ. Hahaha.. Perasaan !

Pastu aku duduk kembali dan upload gambar tadi ke FB dan .. yer .. ramai jeles ! LAlalalala .. Wife jeles ? Takde maknanya dia nak jeles ! Huhuh..

Bil elektrik melambung , sapa siapa ?

 

Hurmm .. Bulan bulan lepas , aku berbangga kerana berjaya mencatatkan rekod bil dibawah RM200 .. Tiba-tiba hari ni , terkejut beruk aku !

Photo: Biasanya Rm100++ .. tiba tiba gini ??? Hampir 600 !! Siang takde rumah.. malam baru ada pon mahal ???

Gilaaa laaa.. Kali terakhir aku dapat macam bil ni punya mahal  , zaman guna TMNet ! Elektrik ? Giler ke apa mahal gini ? Nak kata aku guna 10 aircond dalam rumah , takde la pulak.. Aku guna 1 je.. Tu pun bukan on 24 sbb aku sebelah siang mmg takde kat rumah. Belah malam baru on.. Tu pon seperti bulan bulan sebelum ni .. Takde la tahap mahal gini !

Aku cara bacaan sewaktu dia rekodkan ke dalam bil ..

Hurm.. tak comel la kuku aku tu.. Kena wat medicure ni.. Iskh.. Haa.. sambung.. Tengok kat bacaan DAHULU.. 6495 dan SEMASA yakni yang terakhir dia rekodkan .. Kiranya hari dia keluarkan bil ni laaa ..

Dan aku terus capai hp aku yang dah banyak berjasa pada aku ni , terus ke peti meter elektrik.. Zassss .. aku snap ..

Hurmmmmm .. 7131 ! Berapa banyak beza tu ???? Huk alohhh.. Apa alasan dia ? Sebab tak leh masuk rumah ? Eh , sebelum ni aku nampak pekerja TNB tembak dari luar pagar rumah , dan bil pon cuma hampir jejak RM200 jer ..

Haihh.. aku up gambar ni dan nak tau apa pandangan rakan rakan .. Ramai terkejut unta la tengok bil. Ada yang tanya aku , aku buat mini empangan ke kat rumah ? Atau ada buat kilang aiskrim ? Huhu… Home teater ? Aku dah guna 4 bulan home teater , takkan bulan ni lak baru mahal ? Tengok tv pon , bkn 24 jam !

Apakah salah kira ? Ok.. esok aku nak gi TNB utk dapatkan penjelasan .. Ada yang kata tunggakan ! Bil air dan elektrik , tiada tunggakan yer.. Kitorang mmg tak suka berhutang. Apa yang boleh dilangsaikan , langsaikan dengan segera !

Aku pasti ramai pernah alami kes gini.. Dan ada yang amik tindakan dan ada yang diam .. Hurm…..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI