Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 15 Mac 2014

Maggie ketam telur asin

 

Wowww .. menyelerakan gituuu.. Mana dapat resepi yang tak pernah didengari langsung ini ??

Ok.. memula wife masak ketam telur asin ini hinggakan ada rakan marahkan aku sbb post gambar ni di FB.. Heheheh.. Maafkan saya penunggu gua.. Heee..

Photo: Lapar benar dia

Pas makan nasi tengahari ni , ada baki ketam dan telur asin dalam mangkuk tu. Aku yang malas nak makan nasi kebelakangan ni tetiba rasa nak makan maggie..

Terpandang baki ni , lalu imaginasi liar aku membuatkan aku terliur sebentar.. heeee .. Maka , aku gabungkan maggie ayam dan ketam telur asin tuuu ..

Photo

Perghhhh .. kalau ada cili padi , sayur skit .. kasi gabung.. Mabeles ! Telur ? Rasanya jangan campur kot sbb telur akan serap kesedapan ketam tu.. heee.. Aku rasa je la.. Kalau nak try , apa salahnya.. Heheh.. Masing masing punya tekak ..

Antara Qhaliff dengan Pioneer?



Suka la dia main dekat home teater aku tuuu.. Tadi aku check kat speaker belah kiri , ada kesan makanan... Argggghhhhh.... Aku menjerit .. Lintang pukang Qhaliff lari ke mak dia utk menyelamatkan diri !!

Haaaiihhh.. kecik besar kecik besar je aku tgk Qhaliff.. Aku tgk set home teater kesayangan aku tu .. Hurmm.. Sayang menda tu lagi dari sayang anak ???

Haihhhhh.. aku gi ke Qhaliff dan usap kepala dia ..

" Baaa.. baaaa.. ". Qhaliff bersuara dengan muka seposen..

" Jomm , jommm.. ". Aku ajak dia dgn niat nak pujuk dia.. Dan seperti biasa , dia ikut ..

Hurmmmm... aku menjeling ke home teater aku tuu.. hurmmm.

Perisa terbaru dari Yeo’s ?

 

Biasanya kalau aku beli air kotaka keluaran Yeo’s , aku akan beli soya sbb perlukan protein yang terkandung di dalamnya .. Kalau yang lain , aku amik ikut keadaan seperti bila terlalu panas aku cari teh apa tah namanya tu.. Panjang pulak nak sebut.. Badan tengah sakit urat , jadi otak jammed jap.. hehe..

Haaa .. Yang terbaru aku rasa Susu Soya Hitam ni.. Sedap ! Menepati selera tekak aku .. hehehehe.. Abis sekotak besar ni kalau aku sekali hadap jer.. Memang takde simpan utk esok punya ..

Dua perisa lagi yang tak pernah aku tahu kewujudannya ..  Yogurt punya rasa.. hehehehe .. Sedap wehhh ! Hahahaha ..

Er , ok la.. semua air keluaran Yeo’s mmg sedap. Tak dapat dinafikan lagi .. heeee…

Futsal Blogger Malaya !

 

Perancangan bersama bro Mior ( Melastik Bintang )  yang menjadi kenyataan.. Alhamdulillah , rakan rakan blogger bagi sokongan untuk menjayakan misi beriadah di malam hari .

Walaupun di Putrajaya berjerebu namun ketika main tu , ada la kurang skit. Dan rakan rakan pon takde la beria sangat macam nak masuk ke final Piala Dunia je mainnya. Kira main ala ala dah confirm bergelar juara dunia .. Haaa..

Tak sangka ramai turun. Nasib baik booking 2 jam. Main sampai lebam kata orang tua tua .. Hehehehe ..

DSC00514DSC00571DSC00595

Yang datang sekadar main handphone pon ramai gak .. Ok la tu.. bagi sokongan .. hehehe .. Terima kasihhh …

DSC00627DSC00643DSC00655

Beberapa aksi bertarah dunia yang berjaya dirakamkan jurufoto yang bertauliah .. Aku pon tak tau la sapa tauliahkan dia .. Hahaha .

Dan babak memprovoke berlaku utk melemahkan mental lawan masing masing ..

DSC00644DSC00653DSC00652

“ Diorang tu tak reti penat ke ? Jom la pekena roti canai sekeping dua ke.. Pastu sambung balik berfutsal ! Haaa “.

Apa pun , malam ni ramai blogger keluar peluh jantan termasuk aku .. Terima kasih pada rakan rakan yang sudi hadir malam tadi .. heheh.. Nanti 2nd round punya korang leh la join sama.. Pastu leh buat friendly match dan seterusnya menjuarai Piala Dunia ..

Kan dah kena !

 

Haihh … Geram tul aku ! Yang lama lom baik lagi , dah tambah satu lagi ..

Benjol dan luka skit kat belakang kepala dia gara gara dok main jatuhkan diri dia atas tilam .. Makin lama makin dekat dengan aku.. Aku dah elak berkali dah dari nak kena tapi entah camana , dia gi jatuhkan diri dia betul betul dekat aku dan .. Hurmm …

Photo

Aku lak tengah update satu entri utk malam ni dengan pantas .. Tapi sebelum sempat aku nak tutup laptop , malang dah menimpa dia .. Kena kat bucu laptop tu ..

Hurmm.. cepat cepat aku demah dengan ais dan letak ubat.. Haihhhh .. Qhaliff Qhaliff ..  Buat aku hilang mood je nak gi main futsal ..

Rasa Utara @ Galeri di Putrajaya

 

Ada rakan tanya kat mana tempat aku makan ni petang semalam ? Haa.. Terletak di Presint 5 kalau tak silap aku.. Bersebelahan dengan bangunan DCA .. haaa .. kat situ la terletaknya restoran Rasa Utara ni haaa ..

Selain air bandung cincau yang menyelerakan ni , bihun soto dia pon sodap ! Dan Qhaliff , dengan citarasa omputehnya.. Chicken apatah namanya ..

Banyak pilihan makanan kat sini. Kalau rasa nak makan citarasa utara , boleh je ke sini .. Hee.. Gambar makanan ? Ehehe.. lupa amik sbb perut lapar woooo .. Makan dulu baru teringat nak amik.. Sori aaaa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI