Selasa, 18 Mac 2014

Tekanan yang melampau !

 

Aku kena jaga 4 budak dalam satu masa. Termasuk Qhaliff ! Aku rasa macam mengidap semula tekanan darah tinggi ! Stress gila aku cakap koooo !

Yang sorang berak , main air ! Yang sorang makan , sambil buang makanan ! Yang lagi dua dok belajar berwuduk dalam bilik air yang sama ! Huk alohhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!

Bila aku mengamuk , muka memasing tenang jer seolah olah amukan aku tu umpama lalat di telinga mereka ! Ya Allah , berilah aku ketenangan !! Aku amat memerlukannya ..

Aku hanya perlu tunggu hingga jam 2 petang sbb parents diorang balik rumah dan mak aku juga akan balik .. Memasing keje sendiri. Jadi dalam jam 12 tengahari ke atas tu , aku kena jaga mereka hingga jam 2 petang.. 2 jam yang menyiksa aku weh !

Tu belum Qhaliff naik hantu ! Tapi dia terlupa , bapak dia naik hantu .. mmg abis semua ! Dan mmg abis semua kena tempikan aku ! Terus duduk diam diorang !!

Tapi untuk 5 minit jer . Pastu buat lagi !! Ya Allahhhhhhh .. tolonglaahhh .. Aku rasa macam nak MC je 10 hari  ! Baru jaga diorang beberapa jam je pon .. Huhuh..

3 hari kalau berterusan gini , serius .. aku pasti dimasukkan ke ICU !

Setelah TNB ambil tindakan !

 

TERIMA KASIH ! Ada rakan bagitau yang tiada tindakan dari mereka walaupun laporan atau aduan telah dibuat ! Pastikan ada bukti bila nak buat aduan atau laporan. Kalau main cakap mulut jer , letih la kan ?

Bil utk bulan lepas yang berjumlah ‘luar biasa’ . Setelah aduan dibuat disertakan bukti maka , tindakan pantas dari TNB Cawangan Sepang membuat penilaian semula dan dapatlah bil yang telah diperbaharui nilai yg perlu dibayar.

Ok la tuu.. Dari hampir RM600 , dapat kurang beberapa ratus .. dah kira ok dah .. kan kan ? Yelah , bulan lepas kan panas sangat.. Mungkin penggunaan tenaga melampaui dari bulan sebelumnya..

Kes ditutup !

Dah sertai Philips Avent Mummy’s Wishing Wall ?

 

image

Dah join ke ? Iskhhh .. rugi laa tak join.. Kan ada banyak gambar bersama anak anak tersayang tu ! Pilih yang mana rasa sesuai ( walaupun semuanya sesuai ) , dan masukkan ke dalam kategori yang telah disediakan khas ..

Hadiah ? Haaaa .. untuk mengetahui hadiah hadiah yang telah disediakan oleh Philip Avent Malaysia , korang leh tengok di entri aku terdahulu iaitu Pertandingan ‘Philips AVENT Mummy’s Wishing Wall ‘ ni ! Haa.. Baca betui betui dan ikut je arahannya ! Mudah je …

Aku bercadang nak masukkan gambar ni lak dalam kategori yang disediakan kejap lagi .. hehehe .. Mana tau la kan .. ada rezeki , dapat la.. Takde rezeki , tak rugi apa pon .. kan kan ?

DSC00701

Jangan persiakan peluang ni .. Tak perlu beli apa apa produk pon.. Hantar je gambar yang dirasakan sesuai dan tulis beberapa patah perkataan mengenainya.. Senang sangat laaa ..

Semoga berjaya ! Dan jangan lupa undi gambar aku yer .. hehehe …

Qhaliff berpisah kali pertama..


Huhu.. buat kali pertama selepas hampir 2 tahun usianya , Qhaliff bermalam tanpa ibunya yg terpaksa out station utk semalam.. 

Hurmm .. tak pernah lagi kes gini ni.. Aku risau gak sebenarnya.. Bukan apa .. biasanya dia akan terjaga dalam kul 2 ke atas utk menyusu.. Maka , aku kena standby la .. Kang kalau lama sgt dia merengek nak susu, terus segar diaaaa .. Bila dah segar , aku laaaa yg kena ikut ' segar' !

Tak pe la..esok balik dah.. heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI