Sabtu, 22 Mac 2014

Automatik duckface !

 

Dah tau dah nak kena buat apa.. Aku tak yah suruh , dia dah buat !

Photo

Tengah dok layan Pada Zaman Dahulu kat tab aku .. Aku halakan kamera ..

Photo

“ Ok tak gini . daddy ? Cukup tak ?? Tak eh ?? “

Photo

“ Ok… cam ni ok tak ??? Tak ok , daddy buat la sendiri ! “

Makan di Maritime Putrajaya

 

DSC00976DSC00973DSC00958

Suasana yang best ! Terletak Marina Putrajaya , restoran Maritime ni , mmg best untuk melepak dan makan .. Harga ? Hurm.. aku rasa ok kot .. Tapi tak la semurah kedai awe Kelantan atau mamak nasi kandar tu.. Cam aku makan kari laksa tu , harganya belasan ringgit.. Ok la kan ? Sedap pon sedap.. abis kuah dia aku telan.. Memang abis diet aku.. hehehe ..

DSC00959

Ajak la keluarga tersayang bersantai sesekali .. Dah la Isnin sampai Jumaat penat bekerja .. Mai sabtu ahad , lepak rumah jer. Huhuh.. Apa ? Duit tak de ? Ok , alasan diterima ! Heeee…

Terpaku sejenak ..

 

Baru-baru ni , aku ada la lepak ngan kawan kawan aku .. Di satu meja ni aku terpandang la situasi yang membuatkan aku terfikir sejenak ..

Si ibu ni dengan anaknya yang agak aktif , dengan selambanya buat karenah di satu majlis melibatkan orang orang kenamaan.. Respon ibunya ? Tenang giler .. Takde pun nak dimarahnya apatah lagi nak naik tangan ..

Kalau aku laaa , boleh tekanan jap apatah lagi kalau semua orang memandang kita selepas tu.. Haa.. Silap silap terus keluar dari majlis tu.. huhu ..

Bila melihat sikap ibunya tu , aku kembali berfikir .. Dan sejak tu , aku terus berubah .. Kena banyak bersabar dengan anak kecil. Mereka masih belum tahu apa apa tapi mereka mengerti akan setiap tindakan kita ! Awas .. Mereka reti merajuk !

Photo

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI