Isnin, 24 Mac 2014

4 jam di gym , tak sepenat ..

 

Photo

Sampai rumah , aku masih belum mampu baring.. Wife begitu jugak.. Dia terus ke dapur untuk settlekan botol susu Qhaliff yang dah digunakan hari ni dan juga membersihkan bekas makanan yang aku bawa ke rumah mak aku.

Manakala aku , terus melayan Qhaliff.. Kalau tak , dia akan main kat dapur. Bahaya ! Pastu kasi mandi dia lak .. Dia , tak henti henti bermain. Kejap panjat aku. Kejap nak dukung ..Kejap sepahkan mainan .. Sabar jer la..

Lepas solat Maghrib , baru dapat baring.. Bila dapat baring , hanya Allah tahu betapa penatnya fizikal dan mental.. Wife lagi laa.. Dengan kesaratan dok mengandung tu.. masih mampu malah bersemangat menguruskan rumahtangga..

Aku .. kena update blog lagi.. Dah semakin kurang update sbb tiap kali bukak laptop , ada orang tolong tutupkan walaupun aku tak sempat update sepatah perkataan pon.. Tunggu malam baru laaa leh update ..

Tapi sekarang , aku tak larat dah nak berjaga macam dulu. Terlalu penat sbb siangnya aku gi gym lagi.. Kepenatannya di gym , 4 jam pon tak sama penatnya dok layan karenah anak.. Tapi peliknya , si ibu mampu layan je kan ? Aku ? Layan je laaaa.. Cuma risau blog tak berupdate sbb ianya punca rezeki aku .. Hurmm..

Bila cuti sekolah menjelang ..

 

Teringat aku  di zaman kanak kanak .. Perghh.. Masa tu laa boleh nampak kawan kawan yang sebaya datang dari kampung , ke rumah sedara mara di sini.

Seronok ? Huhu .. tentu sekali laa.. Masa ni la nak main nyorok nyorok , kejar kejar , rondas , konda kondi , galah panjang , bola tin , bola cop , layang layang dan macam macam lagi permainan tradisional yang di modenkan ..

Best partnya , setiap cuti penggal dah tau apa musimnya.. hehehe ..Hilang stress belajar masa tu. Tak ingat dah ‘tragedi’ di sekolah sebelum sebelum tu.. Hehehe.. Seronok bermain..

Dan sekarang .. Hurm.. Sedih aku lihat anak anak kita. Padang permainan pon dah  byk dibangunkan. Nak main bola ? Kena sewa dah padang .. Nak main badminton , kena sewa dah gelanggang..

Photo

Nasib baik la kawasan perumahan aku membesar ni masih ada padang bola sepak , gelanggang badminton , bola keranjang yang luas. Puas la budak budak nak berlari .. Tapi dengarnya nak dibangunkan semula kawasan ni.. Hurmmm ..

Bila tempat permainan dah dimodenkan dan dimajukan , apa yang tinggal untuk generasi akan datang ? Apa yang mereka akan main ? Ada lagi ke main tarik upih ?  Main congkak kat tanah ? Segalanya permainan di hujung jari ? Atau , cuti sekolah .. anak anak dihantar ke tuisyen untuk tingkatkan keupayaan pembelajaran ..

Dah besar nanti , apa kenangan yang mereka ada bersama rakan rakan permainan ?

Patutkah aku berhenti berblog ???

 

Atau berhenti post gambar Qhaliff untuk ‘menyelamatkan’ aku ??? Huhhhhh…

Di FB mahupun Instagram , mereka klik LIKE.. Tapi aku punya gambar ? Abis kemut dah otot otot tuuu . tapi ?

Hurmm.. Aku rasa baik aku berlatih muncungkan mulut aku je la pasni .. Atau berenti je la dari blogging ..

Makin banyak akal ..

 

Setiap kali keluar gi shopping mall , balik rumah … aku akan pengsan untuk 20 minit. Kenapa ? Qhaliff tamo jalan. Dia nak aku dukung dia jer .. hahahaha ..

Manja ? Aku rasa dia tau ‘masa’ dia akan tamat tak lama lagi. Kiranya nak gunakan masa yang sedia ada ni utk bermanja abis abisan dengan aku.

Kelebihan ? Bila dia semakin rapat dengan aku , dia akan lebih dengar cakap aku berbanding wife. Ngan ibunya , dia boleh main main. Dengan daddy ? Pandang je dia dah takut .. hehehe ..

Photo

Hahaha.. cuma aku tak tahan part dia garang je laa.. Adeh.. Kalau dia mai garang , aku pun leh takut gak ! Hahahaha .. Mai part dia merajuk , abis lantai dia pakat guling.. Yang ni mmg aku marah laa.. sbb kotor kan .. Iskhhhh…

Jika tidak berhati hati ..

 

Dalam perjalanan balik ke rumah dari Putrajaya. Dah nak masuk ke taman perumahan aku , ternampak sebuah kereta Honda berada di bawah pokok berdekatan tangki air..

Aku pelik memula camana kereta tu boleh berada di situ. Pada awalnya aku ingat kereta tu mungkin kereta kontraktor nak potong pokok kat situ tapi bila aku perati betul betul , depannya dah remuk abis !

Aku masuk ke laluan perumahan rumah aku dan tengok laluan kereta tu.. Kemudian aku patah balik dan lalu depan kawasan kejadian.. Huhhu… mmg mengerikan jugak la gaya terbabasnya tu… Cuma aku dok tertanya tanya je la punca kemalangan tu ..

Macam tak masuk akal pon ada.. Camana kereta tu boleh berada dalam keadaan gitu.. Kalau nak kata terbabas , mesti pintu belah kiri atau kanan kemek tapi yang kemek cumalah bahagian depan jer .. Hurmm..

Ke kereta tu bantai pokok kemudian bomba alihkan gitu keadaannya ? Kalau gitu , mmg masuk akal la… Kalau tak ? Waahhh.. Bukan apa… haaa.. aku nak cerita ? Eh.. tak yah laa.. Hehehe.. Momok punya misteri .. hehehe ..

Photo

Aku tak sempat amik gambar sbb dah lewat malam.. Gambar ni diberikan oleh jiran aku setelah aku bertanyakan hal ni pada dia .. Dia pun tak tau punca .. Hurmm..

Hurmm.. kawasan ni , lengang je tapi kereta suka menderu laju.. Pelik laaa… Tak reti reti ke nak bawak perlahan ? Bila dah jadi gini , sapa susah ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI