Selasa, 25 Mac 2014

Kena tinggal lagi !

 

Terpaksa tinggal dia sekejap kat rumah mak aku sebab ada kerja nak diuruskan.. Kalau bawak dia , mmg tak jadi kerja la jawabnya.. Dah makin manja sangat dan  makin lasak ! Aku setengah mati dikerjakan dia hari hari !

Ok ke kalau tinggalkan dia ? Ok… Dia ada satu perangai ego ! Dari kecik nampak dah ni.. Dia mewarisinya dari aku.. Heee.. Kalau kena tinggal seharian.. bila bersua , dia akan jual mahal. Wat selamba punya muka jer .. Kiranya macam takde apa apa berlaku yakni tiada rindu la kononnya..

Dan ianya berlaku baru baru ni bila wife gi outstation.. Tinggalkan dia.. Bila wife naik kereta .. Dia wat dek jer .. Dia layan aku jer.. Kat ibu dia , dia wat tak nampak .. Hahahahha ..

 

Heeee… Lama gak nak pujuk dia.. Dekat 10 minit .. Tu pun sebab dia lapar .. Baru nak gi .. Hahaha.. Kalau tak ? Perghhh.. kerasss ..

Bosannya pakai Samsung !

 

DSC01082

Haihh.. dah software pulak buat hal ! Asyik dok mengulang jer .. Tetiba je jadi gini ! Dah la dalam tu macam macam ada .. Hurmmm…  Pening pening …

Bila segala urusan dah diletakkan di dalamnya , bila jadi kes kes gini .. mmg boleh haru biru ! Ni dah tak pasal pasal aku kena turun Low Yat untuk repair ! Dah la Nokia Lumia 1520 aku pun tak siap siap lagi .. Hurm.. Ujian ujian ..

Nasib baik ada Lenovo dan HTC aku tu.. hurmm

Vivix Mahal Sangat ! Tapi Super Awesome

 

-iklan-

Tahukah anda Vivix Shaklee merupakan produk terlaris di US dan telah terjual lebih dari 1,000,000 unit!

vivix

VIVIX TONIK AJAIB

Dah tentu Vivix ni 'barang' baik, kalau tak kenapa ianya terjual begitu laris semacam goreng pisang panasss..

Vivix ni sangat sesuai untuk membantu dalam mengurangkan sakit kronik seperti;

  • Darah tinggi
  • Kencing Manis
  • Jantung
  • Resdung
  • Strok
  • Perokok tegar
  • Rabun
  • Sakit sendi/lutut
  • Kanser
  • Masalah Kesuburan

· Dan banyak lagi

Jom kita tengok TESTIMONI VIVIX

Apa itu Vivix Shaklee?

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

 

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama.

Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Konsultansi percuma tentang Vivix Shaklee pm ke : 019-3190733 sekarang!!

Tak nak tidur ngan ibu !

 

DSC01073

Bersungguh dia nak ikut aku keluar dari bilik. Aku tutup pintu dan dia di dalam bersama ibunya .. Meraung gile gile dia .. Perghhh… Aku bukak pintu , marah diaaaa ngan aku ! Hahahah..

Pastu bila aku ajak keluar , tak nak ! Rupanya dia nak aku dukung dia di belakang aku.. Haa.. Baru happy semula ..

Dan di ruang tamu.. Dia kembali sibuk bermain.. Rupa rupanya , dia eyakkkkkk ! Kasi hadiah kat aku sebelum dia tidur ! Huhuhuh…

Betul betul dia ‘uji ‘ bapak dia sebelum adik dia hadir .. hurm..

MH370 : Tamat sudah pencarian ?

 

Setelah 17 hari pencarian .. PM Malaysia mengesahkan lokasi terakhir MH370 di Selatan Lautan Hindi. Tak percaya tapi itulah yang diberitakan dan rakyat Malaysia , aku percaya masing masing sayu dan sedih dengan berita ini.

Aku sendiri yang malas nak dengar berita berita dari wartawan bebas di internet hanya menunggu khabar sahih dari television jer.. Dan akhirnya …

Esok , PM akan buat kenyataan rasmi rasanya. Semoga Allah berkati Malaysia..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI