Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 April 2014

Kenyang kerana ‘dia’ !

 

Makan malam di TGIF , Alamanda tadi ..

Photo: Dinner di #tgif #SomesThingsNeverChanged

Ada contest 7hb nanti !!

Kali pertama bawak wife dan Qhaliff makan di sini. Yelah , pasni semua kena pantang 100 hari dah ! Hahahahah .. 100 hari ??? Wowww … 

Dah cari port baik punya .. Terserempak blogger Shakiddo lak .. Dia ngan wife dia .. Nak makan gak.. Amboi , hari blogger sedunia banyak duit nampak .. hahahah ..

Ok.. Duduk.. Dan order .. Masa ni , Qhaliff dah tunjuk hero dia .. Haih , berpeluh ketiak aku dok tahan dia .. Ke sana sini .. Panjat atas meja.. Pergh.. Terserlah usia 2 tahun dia ..

Arghhhh .. Sekeping gambar pon tak jadi ! Tak sempat nak setting .. Dia dah terkam nak amik kamera .. Haihhhhh ..

Bila makanan sampai .. korang pasti tau apa jadi punya ! Kenyang tengok dia manjat sana sini ! Huh …

Birddddd … Fisshhhh !!

 

Gi Taman Burung KL semalam .. Teruja benar laa dia kat situ ! Yelah , dia cukup suka tengok burung dan ikan.. Senyum meleret jer dia.. Cam nampak awek cun jee .. Hahahaa..

Tapi aku gerun part nampak ikan.. Dia , kalau boleh nak masuk terus dalam kolam tu. Aku gertak pon , dia tak takut langsung ! Bahaya aihhh…

Pastu dalam Taman Burung tu , ada beberapa buah kolam ikan.. Aiyokkk.. Puas laaa aku pegang dia.. Dan dia puas laaa nak lepaskan diri dari pegangan aku.. Aku tak kasi , ada la tiga pat tamparan wanita aku terima dari dia ! Pedih beb ! Nasib baik laa baru 2 tahun… Hahahaha ..

Gigih memanjat .. Aku turunkan dia , dia panjat semula ! Aihhhh .. Sambil pegang kamera , sambil pegang dia .. Huhuhuh.. Kalau tak , aku tak dapat rakam perbuatan dia ni..

Tujuan dia panjant tu , nak kasi ikan makan .. nak campak daunan yang ada kat situ.. Huhuh ..

Tak puas dia tengok ikan ikan tu.. Terpaksa aku dukung dia pergi dari situ sbb dia nampak macam dah naik syok sangat tengok.. Macam nak terjun pon ada dah tu ! Huh !! Sebelum aku mandi dalam kolam tu , baik beredar ! Heeee …

Meraung ? Tak pon.. Dia bukan jenis susah nak pujuk .. Kejap je ok .. Tengok je burung kat situ .. Terus ok .. hehehe ..

Dua tahun sudah berlalu ..

 

Photo: ~ happy bufday Qhaliff~

Potong sudah kek yang cantik itu oleh Qhaliff sendiri .. tanpa belas kasihan .. Hehehe .. Dan bagi pada anak anak jiran yang nampak aku bawak masuk kek ni .. Heeee ..

Baki , untuk sepupu sepupu dia nun di Sungai Buloh dan juga rakan yang dah antar mesej nak rasa kek tu ! Hahaha .. Adeh.. Yelah , nanti aku cuba bawakkan masa di futsal nanti.. InshaAllah yer.. Kalau ada baki .. Tak janji tauuu ..

Setelah menjengah 2 tahun , Qhaliff semakin boleh disuruh. Mintak amikkan itu ini , dia buat.. Suruh tutup peti ais , dia tutup.. Faham dia.. Cepat tangkap..

Dan dia cepat belajar perbuatan aku. Apa yang aku buat , dia akan buat pastu .. contoh bila minum air botol.. Dia pon nak buat gitu gakkk .. Haaaa .. Bahaya benar aih ..

Nasib baik aku tak merokok .. Hurmm..

Muncung oh Muncung ..

 
Photo

Begitulah adanya ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI