Sabtu, 5 April 2014

Makan sendiri ..




Makan sendiri , baru ada selera .. Tapi peliknya nak guna garfu jer.. sudu tamooo .. Besar sgt kot ?

Sudu kanak kanak ??? Byk dah beli.. semua abis ilang mana tahhh... Aku suspek dia jual kat kedai besi buruk ni .. Hurmmm..

Trauma gue !

 

Selepas semalam menyaksikan rakan blogger kemalangan , dan aku sendiri hampir mengalaminya selepas tu .. aku jadi sedikit trauma nak memandu !

Pagi ni , aku kena ke Sentul. Memandu dalam keadaan hujan , membuatkan aku berhati hati 200% dari biasa. Peliknya  ada jugak kereta dipandu laju seolah olah keretanya diperbuat dari besi yang tak leh kemek langsung !

Tu tak masuk lagi dengan kereta yang tiba-tiba mencelah atau baru bagi signal , terus masuk ! Eh , apa dia ingat bagi signal baru 1 saat .. dah leh masuk terus ? Kereta belakang ni , tukun tiruan ke ???

Dan lagi best , bila kita dah jarakkan kereta .. ada jugak malaun gi celah antara kereta kita dengan kereta depan , tak pasal pasal kita pulak terkejut beruk dan perlahankan kereta secara mendadak ! Kalau berlaku kemalangan ,dia dah lepas.. Kita yang terkejut ni pulak jadi mangsa !

Tadi , di lebuhraya dari Bangi menghala ke KL .. ada sebuah kemalangan .. Remuk teruk .. Pintu kereta tu terbukak .. Dan kelihatan mangsa berlumuran darah.. Lelaki muda .. Hurm..

Photo

Aku kembali trauma .. Banyakkan istighfar , zikir dan berdoa.. Alhamdulillah , aku selamat pergi dan balik .. Huhuh.. Tamo pandu laju laju dahh ..

Masalah ' lampu kuning '


Gara gara lampu kuning , kawan aku kemalangan sebentar tadi .. Aku pelik juga kenapa di laluan yg boleh dikatakan jadi tumpuan di malam hari , lampu isyarat itu 'disable' .. Maksud aku , tak berfungsi !! Rosak ke ??

Malah aku sendiri pon nyaris eksiden jugak tadi .. Di Presint Diplomatik .. Simpang depan Nissan Tan Choong Motor .. Aku dari jalan besar , dah bagi signal awal awal nak masuk ke lorong kecik..

Jalan clear .. aku masuk ke belah kiri. Tiba tiba kereta dari lorong tu nak keluar jugak .. Di honnya aku .. Aku pandang dia dan angkat tangan .. bukan mintak maaf tapi nak nak bgtau , 

"Buta ke .."

Eh , dia marah.. dia hon aku lagi .. Lantak ko laaa.. Malas layan.. Aku penat .. baru lepas main futsal .. Padahal dia punya lorong tu ada tanda berenti .. Tp tak la nak kata salah dia jer.. Lampu isyarat tak berfungsi  !! Apahal tak berfungsi di kala ramai prg keluar makan time gini ????

Manusia dah terbiasa ikut peraturan.. Bila tiba tiba di'tarik' sebentar peraturan tu , maka .. hurmm .. 

Aku tak hairan dengan pemandu belah Putrajaya ni .. Macam macam karenah ada .. Biasa sangat dah .. Hurmm.. Bukan semua laaaaaa ..

Teringat kata pakcik tadi tu ..

"Sini mmg kerap berlaku kemalangan .. "

Fikir la sendiri .. Aku dulu pun , penduduk Putrajaya.. Takde eksiden , tak sah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI