Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 8 April 2014

Bento Live : Mengubah kehidupan anda !

 

Kalau ada ada broadband.. tak kira la home broadbrand fiber atau mudah alih punya , tak dimanfaat sepenuhnya , maka satu kerugian !

Salah satu dari cara nak memanfaatkannya ialah .. Jom tonton movie movie terbaik dari pelbagai negara ! Serius , mmg menarik dari filem filem yang meletop letop di panggung wayang tu ! Haaa ..

Kat mana nak tonton movie yang aku kata ni ? Ahaaa.. Teruskan membaca ..

image

BENTO LIVE , sebuah aplikasi terkini yang boleh didapati di tv pintar Samsung , telefon pintar Samsung dan juga mana mana telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android.

Caranya , mudah jer .. Utk telefon pintar berjenama Samsung , gi ke Samsung App dan download jer .. Percuma. Manakala untuk jenama lain , kena beli aplikasinya. Murah sangat pon.. Berapa ringgit je ..

 

Manakala untuk tv pintar Samsung , takde masalah.. Dengan kualiti movie HD , anda pasti teruja menontonnya .. Yelah , macam aku ke pejabat Bento Live baru baru ni.. Dipasangnya Bento Live app di tv pintar bersaiz 75 inci , aku terasa macam nak tukar tv terus je .. Hahahaha.. Cunnn wooooo ..

 

Untuk laman web pulak , mudah sangat.. Pastikan dah daftar di Bento Live .. Login dan pilih je mana movie yang anda berkenan… Haaa .. Senang kan ?

image

Aku dapat tahu pasal Bento Live ni dari rakan blogger aku. Kebetulan aku pon dok tercari cari gak online streaming movie utk dilayan sebelum tidur..

Ada gak aku bagitau pada rakan aku mengenai kewujudan Bento Tv ni.. Dia kata movie kat sini tak pernah dia dengar dan tonton pon ! Hehehe.. Tak dinafikan tapi sebenarnya movie movie beginilah sesuai untuk ditonton kerana ianya bukanlah sekadar cerita ‘kosong’ tetapi punya input tersendiri pada kita .. Tak caya , cari satu movie dan tonton hingga abis..

Kalau tak nak tonton movie , dalam ni ada banyak channel.. Boleh tonton dokumentari , tv series malah untuk kanak kanak pon ada .. Kartun la maksud aku… Menariknya , pilihan paparan ada di situ.. Nak Standard atau HD ? Nak sarikata dalam bahasa Melayu ? Ada gakkk !

image

Menarik kan ? Aku kata dah .. Haaa .. Sebelum aku melabuhkan tirai entri aku ni , aku nak bagitau .. Bento Live ada buat contest utk anda semua .. Hadiahnya , 2 buah tv  pintar 40 inci Samsung , setiap bulan. Caranya mudah jer .. Ikut arahan dalam gambar di bawah ni ..

securedownload

Mudah kan ? Aku kata daahhh … Haaa, tunggu apa lagi.. Bagitau kat rakan rakan yang kaki online movie ni , tonton di Bento Live ! Pastinya dia akan mengucapkan terima kasih buat anda semua ! Heeeee…

Untuk ke Bento Live , sila klik www.bentolive.com .

Saja ajak daddy berlari !

 

Ke Alamanda lagi hari ni ..

Photo

Habis beli barang dapur , dalam perjalanan ke parking kereta , lalu depan kedai BATA .. Aku  ternampak sepasang kasut yang menarik perhatian aku.. Cun designnya ! Warnanya pon warna kegemaran aku .. hehe.. Oren ..

Bila aku masuk , pastinya ‘bayang-bayang’ aku megekor sama .. Mana bisa aku terlepas seorang diri .. hehehe … 

Dalam kedai BATA , aku pon dengan ‘bisnis’ aku dan Qhaliff pon dengan ‘urusannya’nya itu ! Huhuh.. Apakah urusannya itu ? Dia capai sepasang kasut .. Kemudian dia berlari keluar ! Aku tak tau la apa motif dia lari keluar tu !!! Tapi yang pasti dia ketawa riang bila melakukannya ..

Aku kejar dia hingga dapat.. Suka benar dia .. Orang dok tengok pelik je dia masa dia lari dengan kasut tuuu .. hahaha .. ADehh .. Nasib baik tak kena tangkap kerana mencuri ! Hahaha..

Pastu aku on kamera aku .. Bawak masuk ke dalam kedai sekali lagi sebab aku tak dapat kasut aku lagi.. Size takde .. huhuh ..

Dan dia lakukan sekali lagi !!

Photo

Dia lari sambil ketawa ! Huk alohhh .. Daddy kejar sambil ‘control hensem ! Huhuhuhh…

Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran !!


Susu ibu .. Wajib pam selepas bersalin .. Sediakan stok sebanyak mungkin !!! Jangan tunggu susu jadi keju , baru nak sibuk pam !! Haaaa..

Dan ..bila nak berjalan ke sana sini , pastikan stok mencukupi .. Hargai susu ibu .. heeee..

Jus Mangga Pran , semakin popular !

 

Photo: Layan jus mangga pran lepas workout utk hilangkan dahaga..

Jom baca kelebihannya di Jus Mangga Pran

Aku , mmg penggemar buah mangga cuma .. aku malas part nak buang kulit tu.. Part makan , aku mmg jaguh ! Hahahaha .. Kali pertama aku tau mengenai jus mangga ni , sewaktu aku makan di restoran nasi arab .. Siap tapau sebotol besar bawak balik .. Masa tu , murah gak la.. Apa jenama pon aku tak ingat.. Sekarang , dah mahal..

Baru baru ni .. Azfar Roslan , blogger yang kurang terkenal tu .. kenalkan aku dengan Jus Mangga Pran .. Dan aku pon try la sebotol kecik ..

Ok .. mmg sedap.. Walaupun ada yang kata manis , tapi bagi aku ianya tetap sedap .. Manis buah ? Hurm… Tah .. hahahah…

Kat mana nak beli ? Hurm.. belum menyeluruh kot.. Cer check di Facebook.. Cari fan page Jus Mangga Pran .. Tanya la admin .. hehehe …

Tolong guna WAZE ketika memandu !

 

Internet mahal ? Ala .. cari sim 1MALAYSIA jee.. Unlimited wooo.. Sebulan baru RM25 jer ! Haaa . Banyak kelebihan .. Cam bila guna WAZE .. tak yah risau pasal bandwith.. haaaa.. Senang wooo..

Kenapa kena guna ? Gini.. Setiap pagi kan , aku nak ke Cheras dari Putrajaya .. aku akan pasang WAZE .. Bila laluan yang aku nak lalu tu jammed , dia akan bagitau .. Jadi dengan pantas kita boleh tukar ke laluan lain dengan pantas !

Lagi ? Bila ada polis , baikpulih jalanraya ,  dia akan bagitau awal awal.. Bila ada kemalangan , dia akan bagitau.. Secara automatik , kita akan berhati hati ..

 

Photo: Mex

Macam ni .. Sedang aku memandu di lorong tengah , tiba tiba WAZE bagitau ..

“ Ben , ada kemalangan di hadapan . Sila berhati hati sayang .. “ ..

Haaa.. Korang tak caya kan WAZE mampu berkata gitu ? Dah korang amik yang percuma punya.. Cuba beli app tuu .. Confirm teruja nak memandu 24 jam.. Apatah lagi suara perempuan tu , cam suara garau WANN tuuu .. Kalau nak suara Amelina pon boleh.. Kalau perempuan nak suara Anuar Zain pon boleh.. Ke nak suara Datuk Rahim Razali ? Terasa cam tengah tengok bola secara langsung.. Hahaha ..

Serius punya nasihat ni .. Pakai WAZE dan gunakan car holder .. Dan kalau ada duit lebih skit , beli video recorder tu .. Pasang dalam perjalanan .. Mana la tau kannn … InshaAllah boleh membantu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI