Khamis, 10 April 2014

Dia ke yang sorokkan ?

 

3 hari Samsung Note 8.0 aku tak ber’stylus pen ‘ ! Puas aku cari namun tak jumpa !! Aku letak sebelah aku je masa tu.. Tau tau , ilang dari radar ! Dah kerah dah semua aset yang ada dalam rumah ni ( wife dan Qhaliff ) namun gagal ! Qhaliff cuma mampu gelengkan kepala jer !

Tak pe la.. Takde rezeki . Buat kali pertama , aku akur akan kehilangannya .. Malas nak pening kepala.. Kalau ada rezeki , ada laa.. Bukan tak cari pon.. Cari dah ! Tak jumpa pon..

Petang tadi.. Sedang aku dok asyik layan FB dan Qhaliff asyik menyelongkar laci kabinet tv aku tu .. tetiba aku ternampak sesuatu di tangan Qhaliff !

Photo

“ S PEN akuuuu !!!! “. Jerit hati kecil akuuuu ..

Terus aku amik dari tangan Qhaliff .. Memang dia pon ! Huk alohhh .. Camana si Qhaliff leh jumpa dalam tu ! Persoalannya , camana boleh ada dalam tu ?????

Hurmm.. Jimat dah RM2K .. hehehe.. Baru plan nak tukar handphone aku gara gara SPen aku ni hilang !! Tu diaaaa .. Terus tukar phone kooo .. Hahahaha .. Hidup mesti poyo !

Hurmmm … Apakah dia yang letak situ atau aku yang salah letak ? Haishhh.. Makin tua aku ni !

Hilang satu pelanggan !

 

Patutnya hari ni , wife ada check up berkala di klinik kerajaan . Tapi disebabkan dia ada keje luar , dia tak dapat nak pergi. Dah cuba buat penukaran tarikh tapi tak dapat .. Disyorkan agar pergi juga buat pemeriksaan di klinik swasta ..

Dalam kepala aku , klinik Dr.Maria di Alamanda Putrajaya. Yelah , doktor kat situ , doktor perempuan .. Jadi senang skit laa .. Tapi masalahnya ialah .. doktor mana yang bertugas malam ni ?

Sejarah lampau membuatkan aku dan wife amik berat part doktor bertugas. Jadi aku suruh wife call dulu klinik tu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ..

Dan wife call.. Dah tau sapa bertugas.. Doktor XYZ .. Hurmm.. Pernah ada pengalaman dgn doktor tu ! Serik ! Dia periksa tah hapa hapa jer.. Macam tak sabar nak balik jer ! Berbeza sungguh dengan satu doktor yang sering kami jumpa .. Dia periksa dengan teliti dan banyak bersoal jawab..

Disebabkan doktor XYZ bertugas malam ni , maka tak jadi nak gi klinik Maria .. Tukar klinik lain je la ! Hurmmm .. Walaupu tak beri impak pada mereka .. cuma hilang satu pelanggan je tapi disebabkan pelanggan tu ada blog , maka dia update dalam blog .. Agak agaknya , berapa ramai akan amik berat mengenai doktor yang bertugas selepas ini ? Hehehehe ..

Jangan main main dengan pengguna media sosial .. Antara realiti dan fantasi.. Segalanya mudah tersebar dengan pantas ..

Selfie , masalah mental ?

 

Sampai ada kes gini eh ? Tak sangka aihhhh …

Photo

Hah ???? Sampai tahap gini ? Perghhh .. Kalau tahap gini , mmg laaa sakit mental woooo .. Apa saja kita buat dengan obses , pasti ada ‘sakit’ kat mana mana ! Sebab tu Islam dah kata , sederhana ! Sederhana je laaa ..

Aku pon suka selfie dah skang ni !

Selfie ni , bagi aku hanyalah suka suka jer.. Sekadar nak gelak ketawa atau ‘kutuk mengutuk versi sayang ‘ dengan rakan rakan di FB jer .. Takde la sampai tahap nak saman menyaman gara gara selfie ni haa..

Kesimpulan .. apa jugak kita nak buat , tak perlulah sampai tahap obses .. cam nak tidur pon amik gambar … Kena pakai mekap dulu , baru selfie .. Bangun tidur pon nak selfie .. gigi tak gosok lagi , tapi dah upload ke media sosial .. Iskhhh.. Tu mmg bermasalah haaa ..

My Iqra’ Flash Cards untuk Qhaliff !

 

Alhamdulillah .. sampai dahhh ! Masa untuk ? Belajarrr !! Haaa ..

Beli mana ? Tak laa.. Hadiah dari WITHLOVETOLOVE  untuk Qhaliff haaa .. Terima kasih ..

Bila aku masuk ke Insta WITHLOVETOLOVE ni , ada macam macam yang dijual .. Menurutnya ..

“ Saya jual buku & permaianan / alat bantu belajar kanak2 dari Learning Roots UK, Iqra' US & Darussalam Saudi. Buku parenting (keibu bapaan pun ada). Selain itu saya juga jual pakaian kanak-kanak yang saya beli dari Australia.

Contoh iqra' flash card, sangat bagus untuk mendidik anak2 untuk mengenal huruf2 jawi.

Bagi buku Allah is Ar-Rahman Flap Book, mengajar kanak2 tentang huruf, nombor. warna & bentuk dalam bentuk islamik. 4 konsep boleh dipelajari dari buku ini yang boleh dibuka (flap).

Soft books pula ada 3 jenis yang mengajar tentang Ucapan Harian (Assalamualaikum), Solat & Huruf Jawi. Buku ini lembut & boleh dibasuh.

Now You Are A Mother pula buku keibu bapaan yang menerangkan tentang perkara2 sebelum & selepas anak dilahirkan sehingga umur anak 4 tahun dari segi islam. Buku ini antara best seller. Walaupun ditujukan untuk ibu yang pertama kali melahirkan, ianya masih sesuai untuk para ibu sebagai panduan & peringatan.

Buku My Prophet Muhammad pula menceritakan tentang Rasullullah berjuang untuk menyebarkan / pertahankan agama Islam. Buku ini sesuai untuk kanak2 yang telah pandai membaca & juga ibu bapa untuk mengingatkan kita tentang perjuanagan baginda.

Box of Manners pula adalah permainan kanak2 yang mengajar tentang etika keislaman dalam kehidupan seharian. Terdapat 3 jenis permainan menggunakan 54 kad bewarna-warni & disertakan juga panduan untuk ibu bapa.

Bagi pakaian kanak2 pula saya beli terus dari Australia. Kebetulan adik ada di sana. “ ..

Haaaa … Tu dia kata laaa .. Bila masuk ke Insta dia , mmg ada la semua semua tuuu .. Macam macam adoooo haaa ..

Bagi yang berminat nak menjenguk , silaaaakann.. Tak kena bayar pon..  Add je WITHLOVETOLOVE ..

Apabila sembelit menyerang ..




Susah dah skang dia nak makan buah ,  sayur ... memilih dah .. Pasni nak kena tukar susu lak.. Try guna Dugrow lak .. Er , susu Ilham tu ok tak ? Ke susu Qaseh tu ? Sapa ada guna ??

Bila dah kena sembelit , dia tak kasi pegang dia.. huhu..siann..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI