Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 April 2014

Dah sedia nak keluar ..

 

Alhamdulillah .. Tadi gi check kat klinik Dr. Maria .. Doktor Norhayati yang bertugas. Bagus dan mesra orangnya walaupun nampak cam garang pada awalnya.. Huhuh … Kena rajin senyum dan mesra cam sorang lagi doktor tu.. Pantas je bagi salam pada pelanggannya .. huhu ..

Aku mintak untuk scan sbb aku hanya tengok sekali je ari tu .. Kalau checkup di klinik atau hospital kerajaan , mmg aku tak dapat la tengok .. Huhuh..

Menurut doktor , segalanya ok… Air ketuban cukup .. Kedudukan kandungan dah berada di ‘lokasi’ sepatutnya. Tunggu masa nak ‘engage’ je katanya .. Huhuhuh ..

Tak dapat jugak tengok muka dia .. Huhuh.. Qhaliff ari tu dapat tengok .. Ni nak suprise bapak dia ni .. heeee …

Aku tak salahkan ‘ tudung ‘ itu !

 

Ramai ingat aku bengang atau marah sangat laa kat makcik tu gara gara tindakan dia terhadap penjual penjual tudung tu .. Iskhhh , apalah hak aku nak amuk sedemikan itu.. Tak puashati kalu , gi je buat laporan polis atas tindakan mereka tu kemudian pakat pakat amik peguam , saman ! Saman lagiii .. Heee ..

Bagi aku la kan … tudung tu singkat atau labuh camana sekali pun , tapi kalau tak reti nak gayakan mengikut cara yang dianjurkan dalam Islam , maka salahkan si pemakai tu ! Tudung tak salah aihhh .. Yang salah orang yang beli dan pakai ! Beli tudung singkat tu , pakai di rumah jer ke .. Atau wat pakai ketika jemur baju ke .. Atau pakai yang labuh dulu , kemudian pakai yang .. Haaaa .. Dua sekali pakai !

Katakan aku beli tudung labuh.. kemudian aku hadiahkan pada kawan aku.. Dia pon pakai .. Dia pakai tudung labuh dengan seluar sendat ! Haaaa .. Dah pulakkk gitu fesyennyaa ! Nak salahkan seluar sendat pulak ke ?? Kalau kasi seluar dalam warna pink berambu ramba , suruh pakai di dalam .. tapi dipakainya di kepala , salah sapa ?

Ok.. dah tu apa yang aku kecohkan sangat ? Pasal hak cipta yang dikecohkan tu .. Akhirnya  macam macam cerita keluar ! Bukan pasal hak cipta laaa .. bukan pasal patern laa .. Iskh.. Dah tu ?

Dan aku tak puashati cara mereka menangani di media sosial ! Cara jawapan yang cukup angkuh , video pengiklanan yang .. hurmm… Tidak menunjukkan mereka ni profesional langsung ! Aku tak merujuk pada sesiapa tapi pada mereka yang menjawab setiap persoalan dan cara membalas pada mereka yang bertanyakan soalan atau menyerang mereka .. Tunjukkan la sikap yang profesional ! Tenang dan jawab dengan tepat dan ringkas !

Buat orang besar syarikat tu .. kalau aku laa kan .. aku pecat dah admin yang menjawab soalan soalan dengan kasar dan tidak matang itu ..

Lagi ?

Er , dan tolonglah jangan suruh mengampu .. Takkan buat marketing dengan cara gitu ? Kalau gitu caranya .. satu soalan jer , produk anda tiada kualitikah ? Kalau ada kualiti , tak perlu suruh orang mengampu ..

Nak saman aku ? Aiyaakkk .. Merendahkan standard jer nak layak KEYBOARD WARRIOR cam aku ni .. Sebaiknya , amik yang positif dan buang je perangai ego tu ..

Tanda–tanda si isteri nak bersalin !

 

Mana nak ingat aku ! Bukan ada 4 bini haaa .. Yang pengalaman Qhaliff pon , tak ingat sangat.. Nak kena belek balik entri lama .. Tu pon keluar ikut tingkap..  Besar weh Qhaliff masa tu .. 4 kilo lebih ..

Yang ni , wife nak normal katanya .. Tapi dalam pemerhatian .. Sebarang tanda , kena cepat gi hospital Putrajaya .. Haaa .. Tu pasal aku dok berpeluh je ni .. Kena alert ..

Tapi , apakah tanda tanda yang wife nak bersalin ? Takkan dia jerit nak beranak je aku dah terus antar gi hospital ?  Huhuh … Dengan Qhaliff lagi nak usung .. Perghhh …

Jadi , aku google … Cari jawapannya.. Biasanya aku akan rujuk pada BabyCenter.com dari dulu lagi .. hehehe ..

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.
Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.


Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:

  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.


Selebihnya leh rujuk kat SINI ..  Bakal bakal ayah , jgn pandang ringan yer ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI