Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 12 April 2014

Cubaan menutup bukti sepantas kilat !

 
Makan yogurt ! Suka diaa makan menda menda gini haa ! Tapi bila dia makan yogurt ni , aku kena kerja keras skit laa .. Antaranya ?
Hurmm..


Hurmm.. dia tumpahkan yogurt , pantas amik tuala yang baru dan kibas abis yogurt tuuu .. Nak tutup bukti sebelum kena sergah dengan aku ! Huh … Dalam aku tak perasan tuuu .. Kalau tak terkena kat aku tadi tuala tuuuu , confirm aku tak sedar apa yang berlaku .. Huhhhhh…

INSTANT CASH yang menarik !

 

Hahahah .. menarik giler rancangan ni ! Dipaparkan di FOX , kali pertama aku tengok dan terus terlekat .. Sebuah ‘game show’ yang menguji minda dan kecergasan mereka yang ‘ bernasib baik’ ..

Peserta yang terpilih , adalah berdasarkan mereka yang datang ke mesin ATM utk mengeluarkan duit.. Tetiba ada suara dari mesin ATM tu.. Hehehe ..

Mesin ATM ni pulak di letakkan di tengah tengah komplek membeli belah.. Pastinya ramai laaa orang tengok apa yang peserta tu buat ! Menariknya , orang ramai dibenarkan membantu memberikan jawapan atau menyelesaikan tugasan !

Best giler !

Hadiah ? Wang tunai sehingga US$15,000 !!

Soalan soalannya meliputi pelbagai aspek ! Nampak cam mudah tapi perlu ada pengetahuan dalam menjawabnya ! Jawapan , mmg diberi kat situ .. Kecuali tugasan yang mencabar ! Kena bijak untuk selesaikannya .. huhuhu ..

Peserta yang aku tengok ni , seorang guru.. Selangkah lagi untuk dapatkan hadiah utama ! Tugasan yang diberi , dia kena cari 3 barang kanak kanak berusian 4 tahun ke bawah , tak silap aku .. Hehehe..

Dan dia gagal ! Frust giler dia ! Walhal dia boleh je berhenti ketika dapat US$5,000 .. Huhu.. Takde rezeki ..

Berbeza benar dengan kuiz tak berfaedah yg dihoskan oleh bekas penyanyi rap tu haaa.. Buat orang gelak je lebih tapi faedah ? Hurmm …

Tak nak orang tak dikenali !

 

Adakalanya , kita terasa ‘sesak nafas’ bila anak kecil kita asyik nak mengendeng ngan kita jer .. Kawan kita atau sedara mara kita nak dukung atau bermain dengan dia pon , dia tak nak .. Lambat panas atau lebih tepat ..

“ Kau sapa eh ?? “ .

Bila datang time gini , mmg penat.. Dia nak kita dukung je dia .. Ajak main pon tak nak..

Mengeluh ? Takde laaa .. Sebab ? Sebab ada kebaikan di sebaliknya ..

Photo

Dia takkan berani nak main dengan orang tak dikenali dan juga pergi main jauh jauh.. Heeee .. Skit sikt , pandang kita.. Dia jalan laju camana pon , dia pasti toleh ke belakang.. Pastikan kita ikut dia .. Heee..

Nanti dah berani , kita pulak pening kepala .. Asyik nak jalan sendiri jer .. Huhuhuh…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI