Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 13 April 2014

Mee udang D’Laila MMA Corner , Nilai !

 

Segalanya bermula bila aku up satu status promosikan produk rakan rakan di ruangan status Facebook aku tu .. Aku tengok satu satu.. Kot kot ada yang menarik .. Dan , mmg benar laaa ! Ada rakan promote sesuatu yang amat menyelerakan tekak dan mata !! Huuu…

Lama dah wife aku ajak makan mee udang ni ! Mengidam sangat dah .. Tapi tak sampai terliur laaa.. Hehehe.. Terfikir gak sampai nak ke Keramat atau Kuala Selangor untuk cari mee udang ni ..

Dah rezekinya ! Petang tadi , setelah deal ngan tokey D’Laila ( Mee Udang / Mee Ketam ) .. aku pon ke sana .. 15 minit dari rumah jer.. Hehehe .. Aku tanya melalui private message pada awalnya untuk bertanyakan tempat.

Terletak di MMA Corner Nilai … sila guna Waze kalau nak mudah .. Kalau tak , jenuh gak nak cari.. Hehehe .. MMA Corner ni macam Food Court jer.. Memang leh nampak dari tepi jalan. Betul betul dekat dengan bulatan pusingan tu jer ..

Photo

Dalam kul 630 petang , sampai kat situ.. Dan aku pon order la apa nak makan .. Mee udang untuk dua orang makan .. Baru RM10 koo !!

Manakala Qhaliff lak , nasi air … Heheheh ..  Banyak pilihan wooo !

Udang , ketam dan beberapa lagi makanan laut yang segar .. tunggu masa untuk dimasak jer .. Heheheh ..

Sedap ke ? Ok .. terus terang ni ..

Aku tapau mee ketam untuk aku , dan jiran aku yang gilakan ketam ! Hehehe.. Kalau tak sedap , aku nak tapau tak ? Cer pikio sat ..

Nanti nak gi lagi.. Mau follow ? Jommmm !

Jom tegapkan badan anda !

 

Bukan kayu langsir daaa ! Hahahaha .. Akhirnya , aku dapat apa yang aku nak selama ni .. Bukan takde pon sebelum ni tapi tak yakin memandangkan ada kes orang terjatuh bila bergayut tu..

Aku mula yakin bila tengok video dia .. Haaa.. Kes jatuh adalah sebab kecuaian sendiri ! Tak double check sebelum nak guna .. Heee ..

Photo

Aku beli ni secara online.. Kul 2 pagi order , kul 10 pagi sampai rumah ! Hahahaha .. Giler cepat aihhhh .. Harga ? RM33 je pon weh ! Kalau harga market , RM100++ haaa..

Kukuh ke ? Tak berpusing ke ? Mudah alih ke ? Haa.. Part mudah alih tu , tak laa.. sebaiknya biar kekal kat situ walaupun boleh bawak gi mana mana cuma masalahnya nak kena drill tu laa.. Kalau nak pindah rumah , boleh bawak sekali.. heee ..

Kukuh ? Bila nak pasang tu , kena tengok betul arahan dia .. Jangan main sauk jer .. kang tergolek , nak saman aku .. tak guna bang ! Haaa.. Pastikan dia betul betul dah ‘lock’ kat dinding tuu !

Tengok  video ni betul betul .. Pastu fikir masak masak .. Nak beli kat mana ? Heee.. Beli kat SINI

Farm In The City , Seri Kembangan

 

Tercapai jugak hasrat aku sekeluarga nak ke tempat ni ! Dan lebih menarik lagi , pergi sebagai blogger ! Haaaa Kiranya dapat layanan istimewa skit.. Heee.. Tu bestnya jadi blogger .. Terima kasih Virtual Malaysia dan pihak pengurusan Farm In The City.

Ok ok .. Terus terang la kan .. Bukan sebab nak balas budi tapi aku lama dah tertarik nak pergi sini setelah diberitahu rakan aku yang di Seri Kembangan ada tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga.

Hurm.. Sebenarnya la kan.. aku yang cukup teruja nak pergi sini ! Hehehehe .. Suka aku gi tempat gini berbanding dari tempat tempat cam theme park tu.. Aku lebih rileks dan enjoy gini ..

Ok.. apa ada dalam ni ? Perghh.. macam macam ada .. Dan banyak tempat rehat disediakan . Jadi takde la nak kelam kabut sangat.. Pokok pokok pon melindungi dari panas terik ..

Macam macam aktiviti dibuat dalam ni ! Memang korang akan penat dan enjoy punya !! Serius woooo .. Budak budak pon happy jer.. Dan takde pun bau busuk binatang .. Ada tu ada laa .. Tapi takde la ketara sangat sampai perlu pakai penutup hidung.. heee ..

Aku tak sempat amik banyak gambar sebab kena dukung Qhaliff ! Tak sempat jugak aku nak main dengan ular sawa tadi.. huhuhu.. Berpeluh dukung Qhaliff je aku .. hehe.. Wife pon , tak larat sangat nak berjalan lama tadi .. Balik awal kitorang .. hee..

Ok , camana nak ke sini ? Guna Waze , set ke Farm In The City , Seri Kembangan. Kalau takde Waze , pergi je menghala ke Giant Seri Kembangan atau pasar borong selangor .. Dekat belakang area tu jer .. Haaa.. Guna la waze senang .. hee..

Harga ? Aku terlupa nak tengok tadi.. Sorrryyyy .. Atas RM30 gak laa .. Rasanya aaa …

Membalas , sila guna otak !

 

Kesian sebenarnya.. Aku ni , bukanlah berniat nak memburukkan mana mana pihak apatah lagi menjatuhkannya.. Nak sedarkan dia dan jugak orang orangnya..

Macam macam cerita aku dengar pasal diorang ni .. Hurm.. nak kata tak percaya , ianya datang dari mulut kawan kawan.. Yelah , jangan percaya sangat tapi bila melihatkan dari gaya kesombongan tokey dan kuli , lebih kurang jer.. maka tak hairanlah cerita cerita gini leh timbul.

Aku biasa masuk ke page page Facebook company besar cam Maxis , Nokia , Samsung dan sebagainya. Mereka selalu kena hentam dengan pengguna pengguna media sosial ni. Tapi yang aku kagum tu , admin page mereka sangat cool. Cara menjawab tu membuatkan si penghentam tu , tak berbalas dah ! Terus diam ..Hahaha ..

Contoh jawapanya…

“ Sila hubungi XXX XXXXX XXX XXXX untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi pegawai perhubungan pelanggan kami . Terima kasih .  “

Haaa.. Nak kata apa dah ? Bukannya macam diorang tu ! Malah siap di delete komen yang ada fakta dan blocked ! Hanya tinggal cumalah kaki bodek dan kaki kipas susah mati ! Haa , sesuailah tu.. ! Penyamun dengan penyangak dalam satu page ..

Sesuka hati panggil orang lanun .. Walhal ? Belajar bercakap sedikit . Hormat tu penting walaupun bukan pelanggan awak ! Dan ingat asal usul tuuuu .. Mudah lupa orang kita ni ! Ceh …

Tak bergerak langsung !

 

Fuhh.. penat betul dia .. Bangun kul 7 pagi .. Pastu kacau mak pak dia .. sampai kul 2 petang .. Paksa tidur pon tak nak .. Dalam dok main dan gelak dengan mak dia , tau tau .. terlena atas sofa ni !

Ada kawan tanya nape tak alihkan ? Sebab kalau angkat dia , confirm terjaga dan menangis .. Jadi biarkan je dulu .. Lagi pun nak bangunkan  juga nanti .. Nak keluar gi umah mak aku.. Dan dia sambung tidur dalam kereta .. huhuhu..

Memula aku macam tak percaya yang dia tak bergerak langsung.. Aku tengok balik ada ‘details’ gambar sebelum ni .. Tengok masa gambar di snap. Yelah , 2.29 petang dan yang kedua .. 3.24 … huhu .. Dasat aihh..

Aku angkat dia , berpeluh sedikit belakang dia .. Patut la selesa je…

Biskut Oats jadi kegilaan !

 

Aku makan biskut ni lama dah.. Tak berapa mengemarinya sebab tak original .. Tujuan aku makan tu adalah lebih pada menjaga kesihatan … kolestrol kena jaga wooo !

Tapi apakah biskut oats ni benar benar sesuai untuk mereka yang nak berdiet atau untuk mejaga kesihatan ? Cuba lihat kandungan biskut ni kalau orang membelinya nanti .. Heee..

Sedap memang sedap ! Tapi jangan lupa , yang sedap itu ? Haaaa .. Makan tu boleh , tapi sederhana .. Jangan nanti dah mai penyakit , nak salahkan itu ini .. Apa jua kita makan , sederhana yer .. Huhuh… Melainkan ianya memang dah sahih bagus untuk kesihatan kita , dan takde larangan untuk memakannya secara berlebihan.. Huu..

Ramai jual biskut ni .. Adik aku pun. Kalau pandai cari peruncit yang ok , dapat la jual dengan murah.. Rasanya boleh dapat sebungkus dengan harga RM7 je ni ..  Cuma stok dia terhad .. Huhuhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI