Selasa, 15 April 2014

Budak memang taksub dengan ikan ?

 

Photo

Ingat lagi aku masa kecik kecik dulu.. Dalam usia sekolah rendah gitu. Rajin la bapak aku bawak famili gi mandi sungai. Dan aku wajib ada bawak penangguk ikan tu haa .. Confirm aku akan redah celah celah batu untuk tangkap ikan dan letakkan dalam baldi..

Melihat ikan berenang , satu kedamaian bagi aku .. Dengan warna warni di badannya lagi.. Menambahkan keseronokkan bila melihatnya.. Heee..

Tak sangka minat aku ni turun pada Qhaliff.. Minat sungguh dia dengan ikan .. Heeee… Selain ikan , burung pon dia minat. Aku minat gak terutama burung kakak tua dan burung helang.. Heee..

Photo

Ke memang budak budak ni , suka ikan dan burung ? Hehehehe ..

Anak terbiar bila ibu bapa sibuk cari rezeki !

 

“ Abah , tu anak sapa  ? “.

Kelihatan seorang budak kecil dalam usia 8 tahun berkeliaran di belakang rumah orang tua aku. Entah apa dia cari pun , aku tak pasti.. Yang aku pasti , dia masih berseluar sekolah dan berkasut putih.

Hurmm..

“ Anak si polan tu .. Masing masing sibuk kerja.. Anak tinggal kat nenek jer. Nenek dia lak dah tak beberapa sihat .. “.

Anak kawan aku. Kesian jugak aku. Kawan aku tu cuma seorang pemandu lori. Manakala isterinya , kerani jer.. Memasing keluar awal pagi , petang baru balik.  Anak lak , dah mula sukar dikawal.

Terfikir jugak aku.. Kalau aku dan wife aku bekerja keras siang malam untuk cari rezeki tapi anak pulak macam tak beribu bapa .. Bila mereka jadi degil dan keras kepala , salah sapa ?

Memang benar ibu bapa cari duit untuk keluarga tersayang. Tapi kalau dok kasi kat orang untuk diasuh jer , masalah jugak .. Bila mak ayah balik , memasing dah penat.. Kat rumah , sambung tengok gadget , tengok tv.. Anak disuruh buat kerja rumah.. Macam tu je ..

Kalau anak lulus peperiksaan dengan cemerlang pon , terfikir jugak aku.. Apakah kerana usaha kita atau kita sekadar cari duit dan serahkan pada yg profesional untuk mendidik kita .. Hurmmm ..

Jadi , apa tujuan sebenar berkeluarga ? Entahlaah.. Kekadang terfikir , kita dah lari dari matlamat kehidupan .. Dah jadi hamba pada dunia ni ? Hurm..

Bila sampai giliran anak pulak kawin , apakah mereka akan ulangi apa yg kita buat pada mereka , dan lakukan pada anak anak mereka ..

Cepat sangat tangan tu !!

 

Haaa.. Baru nak insaf !! Hahahahhaa .. Ceritanya gini .. Di Aeon Alamanda tadi .. aku dok tolak dia dalam troli .. Dan sampai satu tempat ni , aku berhenti jap sebab wife nak letak barang yang dia dah pilih ..

Qhaliff , yang dalam troli tu .. secepat kilat gi sambar menda tuuuu .. Tuuu .. Yang dalam gambar tu ! Dan dia gigit ! Hahahahha !

Terus dia jerit ..

“ Air ! Air ! Air ! “ .

Aku kasi je laa air .. Hahahah … Pastu , dia tak berani dah nak amik ! Hahahaha .. Bagus sesekali kena gini .. Baru dia tau ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI