Selasa, 22 April 2014

Teksi oh Teksi !

 

Semalam , selepas aku hantar wife ke klinik untuk check up mingguan di Putrajaya .. terus ke Cheras untuk keje aku lak iaitu service kereta ! Heee..

Aku service kat Tan Chong Motor nun di Chan Sow Lin. Setelah diberitahu mungkin siap agak lewat , aku buat keputusan balik ke rumah orang tua aku jer dulu. Leh update blog dan jaga Qhaliff jap..

Tahan teksi.. Seorang lelaki yang lebih tua dari aku , pemandunya. Peramah juga orangnya. Berbual pasal kerjaya memasing. Seronok.. Masa bergerak pantas. Tau tau sampai dah rumah. Tambang tertera , tak sampai pun RM8. Aku hulurkan RM10. Baki , aku tak amik.. Memang niat aku , tiap kali naik teksi jikalau pemandunya jenis tak berkira , aku akan bagi lebih..

Terpamer riak gembira di mukanya.. Alhamdulillah .. Seronok aku bila tengok orang gembira .. Sebab aku tahu camana rasanya .. Hee..

Tengahari , dalam pukul 12 .. aku dapat sms yang bagitau kereta dah siap ! Adeh , awal pulak … Aku bagitau orang tua aku dan terus keluar dari rumah.

Naik teksi ke sana pusat servis kereta .. Teksi yang tunggu masa nak ‘pencen’ ! Pemandunya , seorang lelaki yang aku rasa tak de la tua mana pun tapi dah bertahun jadi pemandu teksi.

Seronok berbual dengannya. Dia pon cerita macam macam gak kat aku.. Aku terhibur sementara tunggu nak sampai tu .. Sampai je , aku tengok meter .. RM6.70. Aku hulurkan RM10. Baki , aku tak ambil..

Kemudian aku check handphone . Wife antar whatsapp . Katanya dia dah sampai ke pejabat.. Naik teksi dari klinik .. Hee.. Sama la pulak eh ? Tapi pengalaman berbeza ..

" tambang teksi di meter rm6.40,tp driver teksi mtk 7 ,wpon keta dia panas gler xder ekon..grrr ".

Hehehe .. Aku mmg pesan kat dia , kalau naik teksi .. jangan kedekut kasi lebih kalau pemandu tu seorang yang berhemah , bersopan dan peramah .. Tapi rasanya , wife naik teksi yang pemandunya.. heheheh .. Kalau tak , dia kata nak kasi RM10 … huhuhu.. Bukan rezeki pemandu tu ..

Sapa ciplak sapa ni ?

 

Makin menyampah pulak aku bila memasing dok kata tu gaya fesyen atau design dia .. Pastu , mula laaaaaa nak kecoh ! Huh .. aparaaa .. Bikin malu kompeni je !

Tu ke gaya yang dikatakan diciplak ? Sapa ciplak ? Kalau gitu punya gaya la kan .. Cer google je African Turban .. Tengok la sendiri gaya yang lama dah ada tu ..

Serius aku tak paham laaa weh ! Aiyoook .. Tak yah la dok claim aku punya design ke , hang punya ke .. Kalau berkualiti dan diterima masyarakat , ok laa .. Kalau pakai pun aurat tetap nampak pastu nak kata tu la tudung , baik pikir la baik dosa pahala .. Jangan pk untung atas dunia jer ..

Seminggu lagi ..

 

Bersediakah sudah Qhaliff dan daddy nak pikul tanggungawab besar ni ? Anak perempuan wooo .. Bukan senang nak membesarkan anak perempuan ni .. Huhuhuh …

Qhaliff dah ada ciri ciri abang dah .. Garang , pelindung dan paling penting , dah bijak lindung harta peribadinya sendiri ! Hahahah.. Tak kasi orang amik wooo ..

Masalahnya nanti … Bila balik pantang ! Arghhhh .. Wife nak bawak Qhaliff sekali . Mana boleh ! Huhuhu. Lama tuuuu .. Aku ada keje kat KL ni.. Nak ikut duduk sekali tu , sepanjang berpantang tu .. susah gak laa.. Nak kena cari rezeki untuk keluarga gak .. huhuh..

THE IZZI & THE APOSTROPHE

 

Assalamualaikum and hello..

I'm natural-light photographers that works on-location in Kota Bharu and willing to travel all over the world if you want me to be there only.Love to capture modern couple with fine art and Malaysia lifestyle wedding photography.

I'm very grateful for everyday that i can spend documenting love as I see it,with my heart.Spending time with those I already know and just being in the the moment with you and those you care about and its make me smile inside and out.

Getting to know your family,being able to witness your big day,get to caturing your joyfull moment,your laugh,smiles,and hugs..it warms my heart and always make me happy.

We look forward to capturing all the sweetness of your life.

Sincerely
(Mohamad Azizi Azahazuhari)

Founder | the izzi ( Lifestyle and fine art wedding photographer)
Senior Photographer at | The Apostrophe


Tu kira muqaddimah la untuk pengenalan tentang saya.

Apa beza THE IZZI & THE APOSTROPHE?

Ok,the izzi adalah personal page untuk saya manakala the apostrophe adalah page untuk team saya yang terdiri dari saya dan Sham Khaleefa selaku senior photographer,seorang videographer,dan seorang junior photographer.Album yang kami create pon lain dari yang lain,nak tau meh kita bincang secara private.

Apa pakej yang disediakan?

Untuk mengetahui tentang pakej yang disediakan,boleh PM dekat facebook saya atau dekat personal page saya (THE IZZI).Namun begiru jika dah ada bajet yang tertentu kita boleh berbincang untuk memberikan yang terbaik untuk anda.Yang paling spesel,anda boleh menabung dengan kami dengan membayar sikit sikit.Kira macam main kutu gituuu.

Shoot orang kahwin je ke?

Semua benda yang boleh shoot saya akan shoot.Tak semestinya wedding je.Tapi bersyarat,shoot biarlah mengikut syariat islam yang telah ditetapkan.saya dan jugak team saya tak akan shoot pre wedding,shoot couple,dan tidak akan sesekali shoot jika customer tidak menutup aurat.

Nak tanya lebih lanjut sila lah berkunjung ke Facebook saya atau Personal Page saya atau Page Team saya.

My Facebook : https://www.facebook.com/ggyue
Personal Page : https://www.facebook.com/theizziphotography
Team THE APOSTROPHE Page :https://www.facebook.com/theapostrophy

Serkup kepala atau menutup aurat ?

 

Ada kawan beri pandangannya .. Yang mana gambar aku dimuat naik ke Facebook seolah mempermainkan agama ! Dan ada juga mungkin rasa tak sesuai aku buat gitu sebab aku ni ‘ seorang bapa’ !

Laaaa .. Jauh benar dia berfikiran eh ? Ok la , aku tak marah pon tapi kalau kita nak kena fikir sejauh tu , seolahnya aku jangan post apa apa ponn termasuklah jugak gambar anak aku .. Mana la tau dia segan atau malu satu hari nanti ? Termasuk jugak la gambar aku .. Up gambar bunga je laa !

Haishhh .. letih kalau nak ikut apa orang fikir kan ? Yang penting , apa yang nak disampaikan ..

Photo: Design kedua.. tudung .. Sila pm harga jika tak berminat ! Hanya pembeli serius je dilayan. 

Mesej yang aku nak sampaikan ? Mudah je kan ? Takkan tak paham paham lagi ! Kalau ada yang nak kaitkan dengan agama , cer perhatikan dengan betul dan teliti .. Apakah cara seeloknya bila nak berpakaian menutup aurat ? Apakah memadai dengan menserkup kepalanya saja ? Tapi bahagian lain terbuka ?

Kalaulah Qhaliff nak malu dengan gambar gini .. Bermakna dia belum matang lagi laaa ..  Kalau ada yang nak kata aku ni tak reti ke nak malu ? Aku sebenarnya lagi malu tengok wanita Islam di luar sana tu yang tutup kepalanya tapi bahagian lain terbukak !

Ini cumalah salah satu cara aku nak sampaikan  kepada rakan rakan aku yang mana fesyen perlulah sejajar dengan agama kita .. Jangan main sedap dok kata fesyen muslimah padahal ?? Ingat cantik tapi rupanya kena gelak !

Tak kisah la apa pun .. Yang faham , faham la .. Yang tak faham tu mungkin cara dia ‘berdakwah’  lain caranya.. Masing masing ada caranya .. Yang penting , aku dah sampaikan pesanan aku .. Nak wat cara ustaz , aku tak layak langsung .. Heee , jadi wat cara yang aku termampu je la ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI