Rabu, 23 April 2014

Hadiah untuk Hari Ibu dan Hari Guru di S&J !

 

“ Yeaayyy… Selamat Hari Ibu !! “

Photo

Lama dah aku teringin nak beli hadiah untuk wife .. Dan sesuai dengan hari istimewa yang bakal disambut seluruh dunia bagi menghargai si ibu yang disayangi , aku dapatkan dan suruh Qhaliff hadiahkan padanya ..

Apa yang aku beli ? Hehehe ..

 

Ni ke ? Eh.. tak laaa ..

Ahaaa.. mesti ni eh ?? Heeeehee . Cam tak sesuai je kan ?

Topeng untuk dia pakai dikala dia marah ? Jadi tak nampak la ibu marah kan ? Hahahaha ..

Haaaaa … Ni kee ??? Menarik sebenarnya tapi bukan ini pilihan aku.. Kalau aku masih bersekolah , yang BEST TEACHER tu , sesuai sangat aku nak kasi .. Hehehe ..

Dah tu apa ?? Sebelum tu , aku dapatkan hadiah untuk anak buah aku berikan pada cikgu dia.. Aku berkenan dua items di dalam gambar kat bawah ni ..

Topeng tu bermaksud ,   “ Teacher .. U’re my superhero !! ” Haaaa … Dan mug tu , biasa la.. Kasi dia bawak air dari rumah. Beli kat kantin , mahal ! Leh jimat sikit .. Hee.. Baru RM30 je beli ni ..

Ok .. sambung teka hadiah Qhaliff untuk ibunya.. Apakah yang dibawah ini ?

Kalau kasi yang ni , aku risau aku sendiri atau Qhaliff sendiri berebut nak simpan ! Tamo kasi kat ibu ! Hahaha.. Comel koooo.. Ada banyak teddy bear comel comel kat sini ..

Kad ???? Eh.. kad pon kasi ! Hadiah pon kasi.. Buat kenangan ! Haaa ..

Yeayyy.. Salah satu jam di atas itulah menjadi pilihan aku untuk diberikan pada wife ! Heehehe .. Cantik , unik dan moden !

Mesti tertanya kat mana aku dapatkan hadiah ni kan ? Ok.. meh aku cerita.. Nama tempat ni ialah S&J , Alamanda. Selain Alamanda , S&J ni ada buka 17 cawangannya di beberapa buah lagi shopping mall di sekitar Malaysia ni ..

Apa yang menariknya barangan di sini ? Kebanyakkannya ialah limited edition ! Ini disebabkan byk produk mereka , mereka design dan keluarkan sendiri ! Takde jual kat kedai kedai lain punyaaa ! Haaa ..

Layanan , servis yang diberikan sangatlah ok ! Tanya je apa pon soalan , mereka jawab. Harga pun sangatlah berpatutan .. Tak de la mahal mana pon .. Cam jam aku amik tu , tak sampai pon RM100 tapi kualiti tip top.. Berat woo.. Bukan ringan punya ! Tu contoh produk mereka punya sendiri .. Haa ..

Camana nak tau produk mereka sendiri ? Mereka ada katalog. Mintak je kat staff mereka.Nanti diorang pasti kasi punya ! Cari yg unik dan limited edition.. Hehehe ..

image

Cenderamata atau cenderahati yang ada dijual di sini mmg sangat sesuai untuk sambutan hari hari tertentu di Malaysia ni .. Macam aku , aku dah dapatkan untuk Hari Guru dan Hari Ibu.. Haaa..

Menarik ni ! Buat rakan rakan pembaca di blog aku ni , kalau nak gi ke S&J untuk dapatkan hadiah untuk yang tersayang la kan , sila bawak jer vaucher ni dan kasi kat diorang ..

 

snj-complimentary voucher_006

Kalau nak tau dengan lebih lanjut , sila ke https://www.facebook.com/snjgift .. heeee.. Macam macam adoooo …

Setelah aku dikerjakan dia cukup cukup !

 

Hari ni tak gi umah mak aku. Aku terlalu letih ulang alik setiap hari .. Kesian gak kat Qhaliff.. Huhuh.. 100km tu sehari ! Haaa .. Tiap bulan servis kereta .. Amik koooo .. Tapi tak pe laaa .. Sementara ada orang tua lagi kan ?

Maka hari ni , aku berdua ngan Qhaliff.. Lama dah tak berdua .. Pasni bertiga lak ! Aiyokkk ..

Hurmm.. Liat semula dia nak tidur tanpa ibu dia .. Maka nak kasi dia tidur , bukanlah tugas mudah. Ni dah pukul 1 lebih petang , baru dia tidur.. Ikutkan time ni , dia baru jaga.. Huhu ..

Apa dia buat sebelum tidur ?

Merajuk dengan aku ! Kena marah le tuuu .. Dia tau bapak dia marah marah sayang.. Tunggu dipanggil pujuk je tuuu ..

Hurm.. memunggah dan terus merajuk bila dimarah !

Mengemas rumah walhal dia yang sepahkan !

Melompat dengan girangnya setelah berjaya membuatkan aku bengang dengan kerjaya dia di rumah ..

Makan sendiri .. Daddy kutip mana yang tumpah ! Pas makan , susu lagi… Coklat lagi .. Vitagen lagi.. Apa saja kat peti ais semua dia nak makan !

Dah tu bila nak tidurnya ?? Puas aku ajak tidur .. Aku yang tertidur ! Bila terjaga , tengok bagus dok punggah laci ! Kalau aku buat buat berdengkur , dia datang paksa suruh bangun ! Aiyooo..

Dan akhirnya barulah dia tidur .. Dia dah tidur , aku rindu pulak nak main ngan dia ! Hahaha .. Ok ok , baru boleh buat kerja .. Huhuh.. Sian dia …

Photo

Aku tak leh nak update blog selagi dia tak tidur.. Bila aku bukak laptop , dia datang dengan santainya. Muka nakal seolah olah berkata ..

“ Daddy , serahkan laptop atau kita bergaduh ? “

Sambil berjalan tu dia bersihkan tapak tangan dia yang tak kotor tu ! Macam nak bergaduh lagaknya ! Aiyokk ..

Nak belajar dah !

 

Ultraman ? Upin Ipin ? Bosan dah dia .. Kalau tengok pon , dia lebih untuk kasi mengantuk pastu tidur !

Sekarang ni , dok sibuk kenal abjad dan nombor ! Kalau pasang citer kartun , boring dia.. Kalau yang ada ABC atau Alif Ba Ta , haaa .. cerah mata nak ikut .

Malam , setiap kali lepas solat .. ibu dia mengaji , dia akan sibuk nak amik Al-Quran dan nak baca gak .. Sebut la Alif Ba Ta dia tu .. Huhuhh..

Dah boleh dah tuuu ..

Wardina merajuk ? Aku pun merajuk juga !

 

Dari Fan Page Wardina Safiyyah OfficialPage .. Setelah aku potong bahagian yang aku anggap merajuk tu ..

image

 

Dan aku punya .. Kebetulan pulak yer ? Memasing ‘merajuk’ eh ? Dan aku , apa hal lak merajuknya ???

image

 

Susah la bila orang tak nak paham walhal mudah je nak paham .. Iskh.. Dan tak bagusnya , dikaitkan pulak dengan ahli keluarga .. Huhuh.. Aparaaa …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI