Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 1 Mei 2014

Qhaliff ziarah Wan dia ..

 

Gi Hospital Besar Kuala Lumpur..

Photo

Photo

Ceria jap bapak aku bila ramai datang melawat dia.. Biasanya , ramai gak la.. Hurmm ..

Qhaliff pon , takde dah nak jual mahal macam biasa. Kalau kat rumah orang tua aku , ngan bapak aku tu asyik nak bergaduh jer ! Hahaha.. Hari ni , takde lak.. Tau kot Wan dia tak sihat .. huhuh..

Ke Wetland Putrajaya

 

Bawak gi WetLand Putrajaya jap tadi lepas balik dari Hospital Kuala Lumpur. Saja bawak Qhaliff jenjalan.. Hehehe.. Hasilnya ?

Pergh.. dia tak nak balik pulak. Pakat meraung kat situ ! Bersungguh nak turun kat tasik tu.. nak kejar ‘bird’ ..

Nanti nak ‘repeat' ' datang sini.. Tak abis berjalan lagi sini.. Nak masuk kat satu tempat tu tadi tapi tak mampu dah sebab penat .. Hehehehe ..

Kat sini ada menara tinjau gak .. Berpeluh la gak naik dengan dukung Qhaliff yang dah beratnya melebih 13kg tu.. Bukan dia tak leh jalan sendiri tapi risau terlepas pandang .. Perghh.. tak bayangkan woo !!

Posing jap .. Hehehe ..

Sini best ! Leh berbasikal tapi hati hati.. Jangan jadikan tempat reakrasi tu tempat suka hati ! Bahaya woo .. Aku nyaris nak langgar satu budak perempuan tu yang menunggang basikal arah bertentangan kat satu bulatan kecil tu.. Dah la bulatan tu penuh dengan rimbunan.. Nak nampak apa kat arah bertentangan tu.. Bahaya wooo !

Aku pening ! Alternatif atau pembedahan ?

 

Pening ! Ada kawan syorkan guna itu ini .. Hasil dari pengalaman atau keluarga terdekat . Manakala ada yang suruh kekalkan dengan sedia ada . Terima kasih atas cadangan.

Semalam , aku lawat ayah aku.. aku tahu dia tak nak operate.. Kalau boleh , dia nak keluar. Aku pun kalau jadi dia , aku nak keluar walaupun nurse yang jaga dia dalam tu , cun cun dan baik belaka .. Huhu..

Kang kalau aku bawak keluar , cuba perubatan alternatif .. takut makin melarat dan nak bawak ke hospital , dah tak nak terima pulak .. Hurmm.. pening gak tu ..

Sekarang ni , stage 1 .. Kuman mula merebak. Kalau dibiar lama , lagi la..

Sian tengok dia .. Dah la tak leh tidur kat hospital tu .. Ingat anak cucu .. huhu.. Masa dengan dia , aku wat wat kental jer .. Borak selamba.. Walhal … Bila keluar dari wad , dada terasa amat berat sekali ..

Hari ni gi lawat dia lagi . Ingat nak bawak Qhaliff sekali tapi tak la naik atas. Bawah ayah turun bawah .. hurmm..

Ujian dari Allah tanda DIA sayang dan ingat pada kita. Setiap kesabaran itu ada ganjarannya. InshaAllah.

Jam kesayangan , hilang !

 

Aku redha. Tak larat nak carik dah .. Ditambah dengan pelbagai masalah , aku hanya mampu senyum. Bukan rezeki aku .. Tak pe la ..

Camana boleh hilang ? Masa gi gym , aku pakai. Pastu aku bukak dan letak dalam beg .. Tercicir kot dari beg. Dia tak nak duduk dengan aku dah .. huhu .. Nak tuan baru la gamaknya ..

Aku pakai dah 3 tahun jam ni. Tak pernah wat hal pon. Bateri dia tahan  walaupun ada macam macam function dalam tu . Bila tak guna , dia hibernate. Save bateri gitu .. Huhuh..

Beli jam baru ? Hurmm.. Tak lagi la kot.. Banyak benda nak kena settle dulu baru leh fikir jam.

Set Bersalin Shaklee untuk si isteri


Bukan kali pertama pakai Set Bersalin Shaklee . Masa lahirnya Qhaliff , dia pon dah amik setelah adik ipar kata bagus Set Bersalin Shaklee ni utk banyakkan susu ..

Set Bersalin Shaklee
Set Bersalin Shaklee

Huuhu .. Banyaknya nak kena makan eh ? Ok la.. bagus juga untuk kesihatan dan percepatkan penyembuhan. InshaAllah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI