Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 Mei 2014

Memadai setengah pinggan jer !

 

“ Nasi setengah je kak..

Er , buang skit lagi..

Ok , cukup dah.. “

 

Sememangnya sejak kebelakangan ni , aku dah kurang makan sangat.. Ratah lauk pon , tengok lauk apa ..

Bukan nak jaga badan sangat pon . Tapi usia nak cecah 40 tahun dah ! Nanti nak kena buat full checkup .. Tau tau ada pelbagai penyakit ! Tak pasal pasal dah kena makan pelbagai jenis ubat ubatan lak .. tak ke naya kat buah pinggang…

Malam , aku sedaya upaya makan roti dengan susu kambing Nutri Goat Miracle 8 jer.. Cicah dalam 3-4 keping , kenyang dah .. Hehehe ..

Senaman kena selalu dan kena jaga juga amal ibadat kita.. Jangan jaga luar je tapi dalam hancur.. huhuh..

Dah jumpa jam kesayangan aku !

 

Aku dah agak dah.. Mesti cicir kat gym ! Hari tu , handphone cicir. Dapat la balik. Pastu cermin mata .. nasib baik bukan kat gym tapi kedai gunting rambut. Dan yang ni , jam lak ! Huhuh..

Photo

Huhuh.. Cedey aku jap.. Walaupun aku dah boring pakai jam tu , tapi aku beli guna duit aku sendiri tuuu .. Huhuh.. Cash lagi okeh ! Hampir RM1k gak laa ..

Tak pe la.. Takde rezeki aku kot.. Kalau ada , nanti aku gi gym .. mungkin orang yang jumpa tu serahkan kat aku sendiri kot .. Mana la tau kan ? Hee..

Kalau takde , terpaksa la aku guna jam sedia ada. Malas nak beli baru .. buat masa sekarang ! Aku dok kalut pikiran.. Macam macam nak fikir .. huhhhhu..

Qhaliff meracau !

 

5 minit selepas dia tidur , dia mula meracau pastu menangis kejap kejap ! Ini bukan kali pertama berlaku bila dia ke tempat yang baru bagi dia.

Aku pasangkan youtube.. Ayat Ruqyah.. Terus lena dia .. Hurm.. Nasib baik dia tak demam.. Bangun pagi , dia ok dah .. Biasanya kalau tengok cerita yang .. hurm.. dia akan ngigau gitu.. Huhuh..

Tak heran gak sebenarnya sebab .. aku pun gitu gak .. Heeee.. Lemah semangat ? Huhuh …

3 hari lagi ..

 

Patutnya due date semalam .. Tapi masih lom ada apa apa tanda.. Qhaliff pon dah tak sabar nak ada kawan.. Sian dia ..

Kekadang dia gi kat perut mak dia ..

“ Babyyy.. “.

Dia usap. Aku usap , dia tampar muka aku ! Huhhhh..

Photo

Tak sabar dan takut jugak .. 5hb , wife.. manakala ayah aku lak 8hb operation .. Minggu yang penuh ujian untuk aku.

Qhaliff , dah sedia nak jadi abang. Dah boleh suruh angkat itu ini .. Tapi kena tengok gak la.. Kalau mood ke laut , entah apa apa dia angkat bagi kita… Huhuuu ..

Air Selusuh untuk isteri ..

 

Alhamdulillah.. Ada rakan di FB susah susah downloadkan untuk aku.. Dan hari tu ada rakan bertanyakan camana nak buat air selusuh ni.. Aku kongsikan di sini ..

Mungkin ada yang tak tau apa itu air selusuh.. Air Selusuh ni bertujuan untuk memudahkan si isteri yang mengandung tu mudah bersalin.. Dengan izin Allah ..

Gambar mungkin tak jelas.. Kena klik untuk besarkan dia .. Heee…

Slide2Slide3

Slide4Slide5Slide6Slide7

Ada yang kata , baca saja Al-Fatihah dan doa pada Allah minta dipermudahkan segalanya ..

Semoga dapat membantu. Maaf andai ada kekurangan .. Sekadar membantu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI