Sabtu, 3 Mei 2014

Cermin mata baru !

 

Kena standby lagi satu.. Kenapa ? Sekarang ni , dah mula longgar sebab Qhaliff suka rampas dari muka aku ! huhuh..

Gi Alamanda.. Ada dua kedai yang aku masuk. Nusantara dan Optical 88. Focus Point ? Tamoooo .. Serik dah dengan Focus Point.. Huhuh..

Nusantara .. Tanya diskaun , ada tu mmg ada la.. Tapi harga sebelum diskaun saja buat aku tertelan air liur. Design ? Hurmm… Bukan citarasa aku ..

Aku ke Optical 88.. Berkenan dengan Ray Ban.. Harga , hampir RM700 .. Dia kasi diskaun 50% ! Haaaa.. Cantik laaaa ..

Tapi bila check mata .. aku ni masalah silau ! Sangat tinggi woo.. Bukan masalah rabun sangat.. Silau ni merbahaya bila memandu tengahari atau malam , disilau dek lampu kereta lain ! Bahaya  woo ..

Semakin bernafsu lak nak cari spek ni.. Tapi dok kantoi Qhaliff buat perangai pelik ! Dok asyik nak lari keluar jer dari kedai tu.. Dah lari keluar , pastu jauh jauh ! Iskhhh.. Sian lak kat wife ..

Aku nak je batalkan tapi tak jadi sebab memang perlu spek .. Hurmm .. Last last , amik je la apa yang aku dah try. Malas nak tengok yang lain ..

Photo

Nak berselfie pon tak sempat ! Juling mata terus sebab terkejut Qhaliff lari keluar ..

Aku punya spek ni , mahal sebab cermin dia .. Cermin saja dah dekat RM600 ! Tu pun paling murah.  Kalau tak , lebih gak la RM1K ! Tapi ikut power gak laa.. Aku punya power serupa power rangers .. dan jenis cermin ..

Ni kes terpaksa wooo.. Sebabnya kalau spek aku guna skang ni patah , aku takde backup spek.. Nak memandu nanti bahaya.. hurmm..

Jangan update dalam blog !!!

 

“ Assalamualaikum… Ben ka ? Ni Mak Su ni .. Kenai dak ? “.

Ah.. sudah .. sapa lak ni ? Mak su mana pulak .. Dia nak kasi job apa ni ? Wah.. best gak .. Dapat duit beli jam Tag pasni .. heeee …

“ Mak Su ? Er , mak su mana ye  “ . Tanya aku.

“ Mak Su yang duduk kat Cheras tu .. “. Jawabnya.

Sapa eh ? Setahu aku , aku ada la sorang makcik duduk kat sana tapi takde la pulak aku panggil dia Mak Su .. ke aku yang lupa gelarannya ? Heeee.. Seingat aku , sekali je gi umah dia.. masa raya. Tu pun gi berjemaah .. Huhuh.. Pastu tak de dah sbb aku sibuk. Orang tua dengan adik beradik aku je rajin gi.. Hurm..

“ Makcik Shamsi la .. Ayah masuk hospital ka ? Sakit apa ? “ .

Oooooo.. Baru aku ingat.. Sebut nama , mmg aku tau la.. Gelaran ni , aku tak ingat .. Heee.. Dia mula bertanya dan aku menjawab satu demi satu sambil memandu. Guna handfree dan loud speaker.

Aku terfikir gak .. Apasal dia panggil aku  ‘ Ben “ ? Kalau adik beradik ayah aku di Balik Pulau , Pulau Pinang tu .. biasanya akan panggil nama penuh aku.. Apasal dia je lain ?

Di hospital semalam , aku bagitau kat ayah aku pasal panggilan tu. Sebenarnya dia dah pesan kat anak anak dia jangan bagitau orang kampung. Dia tak nak susahkan mereka datang jauh jauh. Huhuh..

Aku cerita satu satu .. Pastu aku cakap la pasal panggilan nama aku tu.. Jawab ayah aku ..

“ Anak dia kan suka baca blog hang .. “ .

Oooooooooooooooooooooooooooooooooo.. Okkkk .. Baru aku ingat.. Huhuhh.. Adeh ..

Merokok itu satu kenikmatan tak terhingga !

 

Malam semalam aku gi lawat ayah aku di HKL lagi dgn adik perempuan dan laki dia . Kali ni terpaksa gi malam sebab wife aku ada check up di sebelah siang. Jadi tak leh nak gi ..

Di wad yang mana dia ditempatkan , ada dua orang pesakit baru. Yang sorang tu ramah dan sorang lagi macam .. hurm.. Tak sihat.. Sian..

Bertanya khabar dengan ayah aku dan berborak macam macam hal mengenai rawatan dia .. Sesekali aku melemparkan pandangan pada pesakit sebelah ayah aku. Ada sesuatu bermain di kepala aku .. Hee..

Di masa yang sesuai , kebetulan aku duduk sebelah pesakit tu .. aku memulakan perbualan..

“ Sakit apa ? “

Dia senyum dan menjawab. Muda lagi.. Aku rasa dalam usia aku gak tu atau mungkin nak cecah 40an..

“ Tonsil' “ . Jawabnya. Aku meneruskan pertanyaan demi pertanyaan.. Dia jawab dengan tenang .. Hurmm.. Terpancar riak kekesalan di wajahnya..

Segalanya kerana rokok ! Huhuhh..

Aku tanya ayah aku .. Yang sebelah katil sana tu , sakit apa lak ?

“ Rokok gak laa kot.. “ .

Hurmmm.. Tu sebab aku kata , merokok ni satu kenikmatan ! Bila dapat sakit , masuk hospital. Ada nurse cun cun , muda .. amik berat ! Tlg kasi ubat , tolong periksa kesihatan dan pastu tidur jer.. Haaa.. Best la kan ?

Sebelum join sama lepak kat wad  bapak aku tu .. udah udah la tu merokok ! Bukan anda je susah bila ke ulang alik hospital.. Ramai lagi terbabit sama .. Bukan ungkit tapi ingat ingatla orang tersayang ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI