Selasa, 6 Mei 2014

Sebak di hati ..

 

Penat.. Qhaliff buat karenah malam tadi.. Dia tidur hampir jam 2 pagi. Terjaga dan menangis jam 4 pagi ! Tercari cari ibu dia. Aku pujuk dia .. Ajak tidur dalam buaian , dia tak nak .. Nak tidur dengan aku .. Maka tidur la aku ngan dia di atas tilam kesayangan ayah aku tuu..

Photo

Lepas subuh , aku sambung tidur jap. Dalam benak kepala aku dok fikir perancangan seawal pagi nanti ! Aku perlu ke Sungai Buloh , perlu ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan perlu ke Hospital Putrajaya . Semua tu takde masalah pon tetapi masalah aku ialah Qhaliff ! Qhaliff bila terlalu lama dalam kereta , dia akan buat karenah.. Nak keluar dari ‘car seat’ dia tu.. Masa ni confirm aku akan kalut ! Hurmm..

Kul 9 pagi..Terjaga.. Satu masalah selesai.. Adik ipar akan antar maknya ke Hospital Putrajaya. Aku hanya perlu ke Hospital Kuala Lumpur jer.. Tapi nak gi camana ? Memandu atau naik teksi ? Fikir punya fikir , nekad je memandu. Pasti susah nak cari parking !

10.30 pagi , ada dah di wad ayah aku setelah setengah jam berpusing mencari tempat parking . Tu pun parking tepi jalan berhampiran Wad Bersalin. Hurmmm ..

Borak dengan ayah mengenai pembedahan dia. 2 hari lagi. Dia semakin dah boleh terima keadaan dia tapi tergambar di wajahnya kerisauan. Hurmm.. Aku wat wat tenang je. Kalau pandang lama sangat muka dia , mau gugur air mata kat situ gak .. Huhuh..

Aku paksa dia makan. Dia takde selera. Aku kata , aku pun takde selera tapi perlu makan juga untuk ada tenaga. Dicapainya sudu dan makan bihun yang aku bawa. Dengan aku , dia tak banyak karenah. Aku dan dia boleh dikatakan hampir punya sama sikap.

Tengok jam. Aku perlu beransur sebelum jam 1130. Qhaliff di rumah mak aku akan tiada penjaga. Mak aku terpaksa keluar sebab tugas sudah memanggi. Keluarga aku usahawan bas sekolah .

Aku bersalaman dengan ayah aku. Aku cium pipi kiri dan kanan dia .. Ditariknya tangan aku dan letakkan atas dada dia . Aku terkejut dengan tindakannya itu. Dia tak pernah buat gitu. Aku tahu , dia sayangkan aku sangat sangat. Kemahuan aku , dia tak pernah tak tunaikan .. 

Terpancar air mata di kelopak matanya. Aku cekalkan hati. Kawal perasaan.

“ Nanti saya mai lagi .. “ . Yer , aku perlu datang lagi kerana aku ini anaknya .

Aku berlalu pergi dengan berat hati. Aku nak je teman dia kat situ sehingga dia keluar tapi itu mustahil kerana aku juga ada tanggungjawab lain. Aku perlu ke Hospital Putrajaya sbb wife dalam wad juga.

Dalam kereta , aku mengelamun dan mengalirkan airmata.. Segala kenangan sejak kecil bersamanya , bermain ..

Sakit hati ngan karenah bangsa sendiri !

 

“ Ni yang aku malas nak amik orang kita keje ni ! Ikut suka hati jer ! Pastu banyak karenah . Gaji nak tinggi tapi .. “.

Pernah seorang rakan aku meluahkan perasaannya hingga terpaksa cari pekerja baru. Pekerja lama tu , dah diajar pelbagai kemahiran pastu buat pasal lak !

Aku baru sampai rumah orang tua aku. Tadi gi lawat ayah aku. Ada 2 hari lagi sebelum pembedahan. Sampai je rumah , mak aku bersuara.. Pemandu van sekolah sambilan buat hal ! Bawak setengah jam sehari je pon.. Tengahari ! Bayar RM30 !! Dah amik duit untuk beberapa hari , tetiba lak tak nak bawak ! Duit amik dah .. Haihhh ..

Lagi sorang pemandu , jap datang .. jap tak .. jap ok , jap sakit ! Haihhh.. Macam macam hal betul laaa .. Camana la bangsa kita ni nak maju ?? Bila susah , marah sana sini kata tak nak tolong walhal sendiri yang pemalas !

Sama gak sebenarnya isu ni dalam dunia blog. Bila dah bagi job , buat kerja serupa .. Haihh.. Bila tak bagi , kata kasi kroni jer ! Iskh… Dah bagi , tak reti nak hargai !

Bila wife dah dapat bilik ..

 

Terima kasih !

Lega hati aku bila wife bagitau dia dah dapat bilik. Itu pon sebab dia naik ke dewan bedah untuk bagitau situasi dia .. Hurm… Dan biliknya , dia seorang je dalam tu.. Huhuh…

Aku nak teman , tapi tak boleh pulak sebab takde sapa nak jaga Qhaliff. Maknya pula baru je sampai dari Kelantan. Takkan nak terus duduk jaga wife aku tu kot ..

Lepas Maghrib , aku ke Hospital Putrajaya untuk hantar pakaian serta keperluan dia . Aku lak dari Cheras.. Maka terpaksa la ulang alik 2-3 hari ni ..

Denyutan jantung baby dalam pemerhatian ..

Bilik sejuk sangat.. Kena bawak sweater untuk dia .. Huhuh..

Nasib baik ada tv .. hee.. Tapi tak jugak hilang bosan dia sebab rindukan Qhaliff.. Nak bawak dia , kang … haaaa.. Naya dia menjerit tak nak lepaskan mak dia .. Hurmm..

Esok awal pagi nak kena gi HKL lak .. tengok bapak aku sebelum gi amik mak mertua aku untuk dibawa ke Hospital Putrajaya ..

Perghhh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI