Rabu, 7 Mei 2014

Lepaskan rindu ..

 

Ibu dia video phone guna WeChat..

Tapi bila cakap ngan aku , dia call biasa jer .. Tapi tak sempat cakap , Qhaliff mengamuk nak cakap !

“ Bu.. Elo… “.

Abis satu rumah dia pusing berjalan untuk bercakap di telefon dengan ibunya !

 

Perbualan tamat ! Sebelum dia serahkan phone tu pada aku , dia call broker saham dia ..

Photo: Bersama broker saham..

Haih.. pantas je meniru gaya orang dewasa budak budak ni .. Huhuh..

Kanser lidah ayah aku..

 
 
Hurmm .. Makin besar ..Camana boleh kena ? Rokok.. sila la merokok puas puas .. Camana nak hilang ? Hurmm.. esok operatiom.. Tak tau la berapa lama ..
Dia pun dah redha dan menyesal sebab merokok .. Dulu si perokok dok ingat , mati , mati terus jer .. Tak kisah aihh.. Tapi diorang terlupa , penyakit singgah dulu..
Betul ... aku tau .. Penyakit ni ujiam Allah. Tapi Allah dah pesan.. Jaga kesihatan.. Elakkan apa yg boleh memudaratkan .. hurmm..
Entahlah.. Tak tau camana nak nasihatkan org yg kuat merokok ni .. Diorg lagi pandai dari yg tak merokok.
Semoga Allah permudahkan urusan ayah aku esok..

Kepenatan ..

 

Baru balik dari Putrajaya. Hari ni saja 2 kali ulang alik Putrajaya. Nasib baik la tak hujan dan tak jammed. Kalau tak , boleh kejang jap kaki aku.

Petang tadi , tenangkan fikiran dengan bersantai di padang bola dengan Qhaliff dan anak buah aku yang lain .. Saja kasi dia penat supaya malam aku boleh lari gi hospital tanpa rasa bersalah sbb tinggalkan Qhaliff.. huhu ..

Berpeluh peluh dia .. Malam , dekat kul 10 baru tidur. Pun macam tak lena je tuuuu ..

Esok ,  gi hospital lagi .. huhu.. Ujian untuk dapatkan anak ke dua .. Nak bela anak perempuan , bukan mudah .. huhu..

Buang kulit pau !

 

Apa logiknya ? Mak aku pun mmg buang kulit luarnya bila makan pau ni. Aku , tak buang la pulak .. Heeee.. Disebabkan tak buang maka terjadilah dialog ni ..

"Dania nak pau ? Sedaaaapp.. "

"Taknakk.. " Jawab si Dania yg baru berusia 4 tahun ..

Aku amik pau rendang dan terus makan ..

" Eee.. Pak Ngah makan dgn kulit kulit .. ".


Erkkk.. Terkeluar balik pau tu ..

Photo: "Dania nak pau ? Sedaaaapp.. "

"Taknakk.. " Jawab si Dania yg baru berusia 4 tahun ..

Aku amik pau rendang dan terus makan ..

" Eee.. Pak Ngah makan dgn kulit kulit .. ".

Erkkk.. Terkeluar balik pau tu ..

Apa logiknya buang kulit luar pau tu ? Dalam banyak banyak komen dari rakan rakan di FB , hanya beberapa saja masuk akal .. heee.. Yang lain , main hentam cam aku. Asal kenyang dah .. heee ..

Antaranya ialah ..

  • “ Ex officemate saya, chiness....suka mkn pau setiap pagi....dikupas kulitnya semua...saya tanya kenapa buang....dia kata kadang2 habuk lekat kt luar kulit.... “
  • “ Buang kulit pau ni sebab dulu2 lah zaman tok nenek kita org yg meniaga pau ni guna tangan je ( tanpa sarong tgn) utk mengambil pau or merasa pau yg di kukus tu dah cukup masak..tu pasal mereka buang kulit n ank2, cucu cicit pun terikut la

Korang lak camana ? Bedal je atau buang gak ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI