Khamis, 8 Mei 2014

Putus susu badan ..

 

Alhamdulillah .. Dah masuk hari ke empat Qhaliff tak menyusu badan dan tidur tanpa ibunya. Sebelum ni pon dia dah mula nak tidur dengan aku. Automatik ! Tak perlu diajar .. Cantik sungguh susun atur Allah.

Semalam , dia tidur dalam pukul 12 malam. Berpusing sana sini gak la nak carik feel tidur tu.. Huhu.. Dok gosok mata jer .. Tau tau , lena dah .. Tak bangun langsung sampai ke pagi .. Aku pun dapat tidur lena ! Seolah macam tau daddy dia perlukan rehat secukupnya sebab nak guna tenaga yang banyak hari ni ..

Sad smile

Hari penting !

 

8/5/2014 .. Tak pernah terlintas ianya akan berlaku serentak ! Hurmm…

Ayah aku .. kul 9 pagi ni , operation kanser lidahnya .. Akan mengambil masa selama 8 jam . Manakala wife aku , perlu melahirkan kandungannya itu , hari ni gak ! Samada normal atau pun perlu lakukan pembedahan..

Aku perlu ke sana sini esok seperti mana aku buat tadi.. Hurm.. Sana sini tu mana ? Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur.. seorang diri !

Aku semakin sabar kebelakangan ini .. Karenah Qhaliff pon , aku dah boleh tangani .. hurm.. Selama ni , leh tahan gak geram aku kat dia .. hurm..

Doa memudahkan urusan..

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI