Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 Mei 2014

Sesungguhnya merekalah HERO !!

 

Dari hari Isnin wife masuk wad. Redha je tinggalkan Qhaliff .. Terpaksa ! Rindu ? Gila tak rindukan budak bambam ni ? Keletah dia mmg leh buat kita geram tapi itulah sebenarnya kemanisannya tanpa kita sedari..

Hingga hari Khamis. Satu demi satu cm terbuka. Sayangnya terhenti di 4 cm .. Itu pun diinduce. Baby cam seronok duduk dalam perut si ibu. Seolah tau di luar sana nanti , bersepah noda dan dosa dan mudahnya juga mendapat pahala.. Huhuh..

Aku pulak yang berpeluh menanti hingga rasa sakit perut bila wife sebut dia nak aku temankan dia di dewan bersalin nanti ! Heee.. Mesti aku takut nak tengok , dia rasa ..

Jam 2 petang , dia dipindahkan ke dewan bersalin.. Aku kena ikut jalan biasa.. Dia ikut jalan short cut.. Heee.. Sampai depan kaunter tu , aku bagitau la kat petugas di situ seperti mana nurse tu bagitau..

Petugas tu amik nama wife aku pastu tiada tindakan. Aku tunggu skit punya lama dia punya respon. Berpeluh betis aku berdiri ! Ok , bukan aku jer.. ramai lagi senasib aku.. heee..

“ Suami Norazila ada ? “ .

Terdengar suara merdu memanggil aku. Aku jawab..

“ Saya cikgu ! “ .

Eh , takde la.. hahaha .. Aku pandang dan senyum. Sedas air liur aku telan ! Adehh .. Tak leh ke wat wat terlupa panggil aku ? Huhuh.. Ok , aku dah mula gemuruh ..

Tengok wife .. Dia dok pegang satu alat tu.. Aku pon tak tau la apa alat tu punya nama tapi dia kata untuk ilangkan rasa sakit .. Dia dok sedut sekejap sekejap..

Baru pukul 3 .. Bukaan baru 4 cm.. Dia perlu lebih banyak bukaan utk memudahkan bersalin. Doktor pakar cadangkan epidural untuk dia … nampak macam tak tahan sakit tapi aku tahu sangat wife aku ni. Nampak je macam tak tahan tapi orang perempuan ni , datang dia punya semangat , gunung pon leh terbalik wooo .. Boleh je terbalik tapi lom tentu la kan.. Melampau la gunung leh terbalik kan.. Tu perumpamaan jer .. heee..

Aku baca dulu pasal epidural ni kat satu artikal berhampiran katil wife. Doktor pakar tu pon ada terangkan mengenai epidural ni. Aku blur gak awal awal sebab ada 2 jenis katanya . Yang nak diberi pada wife ni , epidural spinal. Aku risaukan bekas parut caesar yang lepas dan juga parut operation cyst. Sebab dia ada kata pasal tu gak .. Aku fikir , kalau adik dia boleh buat takkan dia yang jauh lebih berjiwa kental tak boleh kan ? Maka tolak untuk dimasukkan epidural ..

Selepas Maghrib , masanya tiba.. Sebelum tu dewan bersalin sebelah kedengaran suara bayi menangis. Sebelum tu terdengar suara perempuan menjerit disusuli suara suara sokongan dari nurse dan doktor .. Huhuh..

Aku diminta duduk luar dulu sebelum dipanggil masuk.. Tak lama kemudian , aku dipanggil..

“ Encik , nampak tak kepala baby tu ? Ha.. suruh wife encik push kuat kuat .. “.

Aku pun bagi sokongan moral macam Malaysia masuk final Piala Dunia walaupun terlalu jauh sangat impian gitu.. hee..

“ Pusshhh.. yakin boleh punyaa.. Tahan nafasss.. Pushhhhh “.

Serius , aku pun tak tau apa yang aku suruh dia buat.. Main ikut cakap je nurse tuu.. Dah ada perkembangan tapi tak begitu memberansangkan..

Aku bisik kat wife .. Fikirkan Qhaliff..  Tetiba bersemangat terus dia ! Perghhhh .. Aku nak suruh dia fikirkan aku , risau terus lemah semangat lak .. Huuuu ..

Akhirnya doktor buat keputusan untuk Vacumn.. Aku bisik kat wife , teran kuat kuat pasni. Jangan kasi lama dia vacumn. Sian baby .. Aku diminta keluar.. Hati aku terus berdoa ..

2 minit kemudian , terdengar suara wife menjerit.. Gulp.. Sakitnyaaa … huhuuh.. Dan satu jeritan penutup..

“ Allahu Akhbarrrrrr .. “ .

Kedengaran suara bayi menangis selepas itu .. Aku dipanggil masuk untuk melihat bayi tu.. dan minta keluar semula sehingga dipanggil semula ..

Benarlah kata mereka .. Bukan mudah untuk melahirkan anak.. Pastu senang senang je nak tangankan anak orang ! Heee…

Berdikari dah dia ..

 

Aku tau dia mengantuk walaupun malam tadi , lena dia tidur .. Bawak naik atas katil mak aku , pasang ABC .. baring sebelah dia .. Dan , aku tidur dulu .. disusuli dia ..

Photo

Sian dia .. Rindu benar dia kat ibu tapi tak wat karenah. Asal aku ada disamping dia , memadai dah .. Hurmm.. Tak nak lepaskan aku langsung.. Kena cakap elok elok , baru dia lepas.. terutama bila nak gi tandas ! Hahahaa..

Adik Qhaliff Iman , Zahra Nur Iman !

 

Alhamdulillah.. Terima kasih buat semuaaaa rakan rakan yang tak putus putus berdoa dan juga ada yang buat solat hajat untuk mendoakan wife dan ayah aku ..

Aku mulakan dengan ayah aku. Masuk bilik pembedahan jam 9 pagi dan berakhir jam 630 petang. Mak aku kata ada berlaku sedikit pendarahan di bahagian leher. Tapi dah ok.. Sekarang masih di bilik ICU. InshaAllah kalau takde apa apa , esok leh pindah ke wad biasa. Aku tak sempat nak gi tengok lagi .. Hurmm..

Wife , aku bersama dia dari jam 12 tengahari.. Pada asalnya kalau dia tak de perkembangan , dia akan dibuat caesar. Tetapi alhamdulillah , ada sedikit. Jadi nak tak kena tunggu bukak lagi beberapa cm ..

Aku pun tunggu je la kat dewan bersalin tu dari jam 2 hingga laaa lepas Maghrib. Doktor tu kata kalau tak keluar gak baby , maka lepas Maghrib , siap laaa .. Gulp..

Sebelum tu , pakar ada datang. Tanya nak epidural atau tak. Selepas dia terangkan secara terperinci kesannya pada wife , memandangkan dia punya sejarah sebelum ini tidak begitu cemerlang , maka aku kata tak nak amik ! Risau bahaya pada wife ! Lagi pun aku tau dia mampu lakukan !!

Dan , jam 8.10 malam.. setelah berhempas pulas bertarung nyawa .. maka lahirlah Zahra Nur Iman ! Berat , 3.75kg ! Lari dari sasaran asal yakni 3.2 atau 3.4kg !!  Tu pasal kena vacumn skit sbb wife dah tak larat nak 'push’.. huhu .. Sian dia ..

Alhamdulillah.. sepanjang aku bersama wife dalam tu , aku dapat pengalaman baru walaupun aku serupa patung tak tau nak wat apa.. Nak bagi dorongan , aku pulak yang macam dok meneran ! Huhuhu..

Susah woo nak beranak ! Hargai isteri dan mak anda ! Dan untuk wanita yang bergelar ibu .. anda layak bergelar HERO untuk anak anak anda !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI