Sabtu, 10 Mei 2014

Gambar adik Qhaliff …

 

Ramai laa mintak nak tengok ! Perghh.. Jangan kata korang nak tengok , aku ni gatal giler tangan nak upload ! Bukan laa nak mintak pujian tapi nak berkongsi kegembiraan gitu.. Maklumlah , ramai mak pak angkat dia di FB ni.. Haaaaa ..

Untuk lepaskan kerinduan terlebih dahulu .. aku up la part comey dia .. heee .. Part lain , tunggu lain minggu la yer .. hee..

Photo

Photo: Kaki Zahra ..

Nampak cam tinggi dari aku dan lebih cerah dari bapak dia ni ! Huhhhh….

Bila bayi kuning ..

 

Hari pertama Zahra Nur Iman berada di rumah. Tengok mata putihnya nampak seperti kekuningan. Wife pon perasan. Pengalaman anak pertama membuatkan kitorang syak gitu.

Awal pagi tadi , aku gi buat laporan pada pihak klinik kerajaan yang selalu wife buat check up tapi untuk kes aku ni , kitorang dah tukar ke klinik yang berhampiran rumah.

Klinik tutup , tapi di papan kenyataan ada tertera nama JM yang bertugas. Ingat lagi pesanan nurse yg datang merawat ..

“ Kalau wife bersalin hari cuti , call je nurse yang bertugas . Nanti diorang akan amik tindakan .. “

Dan , tak sampai sejam .. diorang pon sampai laaa.. Pemeriksaan dilakukan dan .. Confirm laaa… memang kuning tapi tak merbahaya lagi .. Dia syorkan pergi ke klinik An Nur. Bukan apa , takut ke hospital , lama menunggu. Kesian kat baby dan ibunya ..

Hurm.. Bila dengar je gitu.. kepala aku terus merancang perjalanan untuk masa singkat…

Berdesup ke Cheras dari Sepang. Tinggalkan dia kat mak aku jap ,berdesup ke Sepang semula. 

Amik wife dan baby , ke Bangi ..klinik AnNur utk check up kuning ,atas nasihat nurse. Kalau tinggi ,kena gi hospital Putrajaya.

Pastu aku kena gi amik Qhaliff semula. Sebelum tu nak gi lawat ayah aku kt Hospital Kuala Lumpur.

Gitulah perancangan aku .. Dan alhamdulillah .. check tadi kata tak tinggi lagi .. Doktor nasihatkan banyak bagi susu badan .. sekerap mungkin.. Hari ke 4 nanti kena datang check lagi …

Yang masuk jumpa doktor , mak mertua aku jer.. Wife tak sampai hati nak masuk sbb kesian tengok dia kena cucuk amik darah .. Huhu.. Dan aku gi Warta untuk beli air zam zam dan kurma.. Dah jimat masa dah kan ?

Selain dari air susu , ada aku beli ubat rebusan kat kedai sensei.. Sebut je untuk baby kuning , tau dah dia mana satu.. InshaAllah .. Usaha.. Lain dari tu , ada suruh mak makan anggur hitam atau titiskan pada baby.. Huhuh.. Aku rasa , baik mak je la makan.. tak pun , aku je laaa makan .. Heee..

Lain ???? Google je la.. banyak tips untuk baby kuning  ni .. hee..

Reaksi Qhaliff pada Zahra ?

 

Adakah ?

Photo

Iskhh.. takde la sampai tahap gini.. Pada awalnya di dalam kereta , terus dia merajuk ngan mak dia . Tak nak gi kat dia .. Nak ikut aku. Pastu bila dia tengok Zahra .. dia kata ..

“ Eeee…. apa tuuu ? Babyyyy .. “

Dia tanya dia jawab. Bagus la.. Aku leh simpan air liur aku.. Hahahaha..

Malam tadi , dia cuba la nak gi bermanja dengan adik dia ni tapi aku risau lagi sebab dia ni gi memanjat atas katil. Kat situ gak la mak dia dok terbaring.. Maka , terpaksa la tunggu lama sikit baru leh kasi gi bermanja …

Hurmm..

InshaAllah.. Dia leh jadi abang yang baik nanti ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI