Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 13 Mei 2014

Selfie dengan Zahra Nur Iman

 

Gi Hospital Pakar An Nur di Bangi tadi .. Cek kuning Zahra.. Abis cek , aku gi duduk dalam kereta dulu dan layan selfie .. Tak pe , bukan nak tunjuk anak pon.. nak tunjuk daddy dia yang akhirnya dapat dukung Zahra tanpa diserang dek Qhaliff Iman .. heee..

Photo

Tinggi lagi .. Semalam , 13 .. ari ni 14.. Naik skit jer.. Tapi masa jumpa doktor tu , dia kata dalam beberapa hari ni mmg akan naik .. Pastu akan turun tetapi perlu dipantau setiap hari… Sampai tahap 25, kena buat phototherapy ..

Haa.. macam ni haaa.. Qhaliff pernah kena dulu.. heeee.. Naik tinggi masa tu dia ..

Lepas dia bg penerangan , aku tanya macam macam .. heheh.. Amik kesempatan skit.. Alhamdulillah, doktor baik sangat ..

Esok kena gi lagii.. Ikutan Zahra kena buat pemeriksaan telinga gak kat Hospital Putrajaya.Kena buat appointment dulu.. Hurmm … Daftar nama pon lom lagi.. Heee.. Esok atau lusa baru gi ..

Isu cermin mata selesai !

 

Alhamdulillah .. Dah leh pakai dah spek aku tu ! Kalau tak leh gak , mmg aku suruh ganti balik wooo ..

Aku gi ke kedai yang aku buat spek tu .. Serius aku kata , aku tak puashati sebenarnya kat kedai tu.. Diorang menilai mata aku tu melalui mesin tu jer dan terus nak buat kanta dengan penilaian tu. Silap aku ialah kelam kabut dengan Qhaliff yang lari sana sini hingga terlupa yang sepatutnya mintak periksa mata melalui manual  utuk buat cermin baru !

Sewaktu cek melalui mesin tu , si staff tu suggest la cermin yang bapak mahal laaa.. Ada ke suruh amik kanta Nikon atau Carl Zeiss tuuu ! Giler ke apa ??? Tak pernah laaa aku dioffer gitu hingga nak buat cermin saja dah makan beribu ! Belum masuk bingkai tuuu ..

Pastu masa gi amik cermin mata aku yang dah siap tu , dia tak pun nak tanya itu ini.. Tak seperti aku gi ke kedai otai otai spek ni .. Diorang suruh tengok ok ke tak permandangan .. Pening ke .. Dan keselesaan !

Aku gi antar spek tu tadi sebab tak selesa ! Cermin tu , asik nak jatuh jer .. Masa aku gi amik spek ari Sabtu ari tu , aku bagitau dia laa … tapidia kata tu biasa .. Memang normal  ! Wak dia laaaa ! Aku lak dah kelam kabut sbb mak mertua dan wife serta baby dalam kereta..

Dan tadi , masalah aku selesai ! Staff kedai tu , terus guna mesin untuk betulkan spek tu.. Tak sampai 5 minit ! Settle masalah aku !

Tau kenapa si mamat tu tak betulkan ? Sebab dia tengah layan customer ! Customer ( aku ) yang dah bayar ni , dah takde value dah ! Apatah lagi spek aku amik tu , nilainya bawah RM1K !!

Hurmm.. mamat tu melayu.. Layan aku bagus.. Tapi macam nak ketuk kaw kaw jer.. Bila datang staff seorang lagi yang bangsa cina ni , dia terus bagi pilihan.. Samada nak turunkan lagi power aku tu atau ikut yang lama ! Kan senanggggg.. Dari awal lagi cakap gitu.. senang dah ! Baru aku ingat.. mana mana kedai aku pernah gi dulu , mmg diorang kata perlu turunkan power tu skit.. Tak leh nak ikut sangat sbb tinggi benor aku punya silau tuu ! Tapi mamat ni , ikut bulat bulat.. Gilo aihhh ..

Lega ! Tapi tak puashati sbb .. Hurmm.. Salah sendiri ! Sapa suruh kelam kabut !!

Suka benar nyamuk dengan Qhaliff !

 

Kerap dia kena gigit dek nyamuk ! Peliknya , wife aku tak pernah ngadu kena gigit pun kat rumah aku ni ! Hurmmmm..

 

Camana nak shooting untuk Safiyya ni nanti ? Hurmmm..

Bedak Arab Kokuryu - Super Summer Cake? Apa tu?

 

clip_image002clip_image002[4]

Bedak Kokuryu atau juga dikenali sebagai Bedak Arab adalah bedak padat muka yang dihasilkan secara saintifik dengan menggabungkan fungsi bedak, pelembap dan ‘foundation’. Fungsi 3 dalam 1.

Bedak Arab Kokuryu merupakan formula kecantikan yang unik dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya mampu melindungi kesan parut , jeragat dan jerawat di muka.

Bedak ini amat-amat mendapat sambutan hangat di Singapura, Brunei serta kini di Malaysia.

Banyak kelebihannya menggunakan Bedak Arab Kokuryu…

1. Amat Menjimatkan – Ia berfungsi dan bertindak 3 dalam 1. Sebagai pelembab, foundation dan alas bedak. Dengan satu bedak sahaja boleh lakukan 3 fungsi untuk kulit muka.

2. Sesuai untuk semua – Warnanya amat semulajadi. Ia mampu berubah mengikut aliran darah pemakai, tak kira berkulit gelap, sawo matang, cerah, putih dan sebagai nya serta untuk mekap di pelbagai majlis/acara. Juga sesuai untuk semua jenis kulit (kering, berminyak, normal)
3. Kemas dan sekata – Walaupun tidak mahir dengan amalan kecantikan kulit anda sendiri boleh lakukannya dimana dengan sapuan ringkas memadai untuk hasil kulit kelihatan halus, lembut bercahaya dan terasa ringan. Kulit akan tampak kemerah-merahan, tidak berminyak dan terasa seolah-olah tidak memakai apa-apa bedak atau mekap

4. Merawat - Selain menutup cela dan mengekalkan kelembapan semulajadi kulit, ia juga mengecutkan jerawat dan melindungi kulit dari penggelapan akibat terik matahari (berpelindungan UV)

5. Tahan lama- selama lebih 8 jam walau dalam keadaan berpeluh atau berhujan/basah, malah ia tidak melekat pada kain tudung, tisu atau sapu tangan. Menariknya bedak ini juga memiliki haruman wangi sepanjang pemakaian.

6. Tidak melekat pada kain – Sifatnya yang tidak melekat pada tudung dan kain.

7. Tetap kelihatan cantik walaupun dalam keadaan berpeluh.

8. HALAL – Inilah yang paling penting. Ianya Suci, Halal dan boleh dibawa SOLAT.

image

Bedak Arab Kokuryu – Super Summer Cake

HARGA BORONG ( STANDARD)

Kod 01 5PCS - 20 PCS = RM28/PC

Kod 02 21 PCS - 40 PCS = RM27/PC

Kod 03 41 PCS – 60 PCS = RM26/PC

Kod 04 61 PCS – 80 PCS = RM25/PC

Kod 05 81PC- 99 PCS = RM24/PC

HARGA BORONG ( SUPER)

Kod 06 100 PCS = RM22/PC

Kod 07 300PCS = RM21/PC

Kod 08 500 PCS = RM20/PC

 

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke http://www.yayaeleganz.com/

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI