Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 16 Mei 2014

Pengawal Peribadi Zahra Nur Iman !

 

Huhu… dia nak dodoikan adik dia ! Dan dah sibuk ajak berbual dengan adik dia ni haa.. Hahahaha.. Kalau aku gelak , dia marah … hahaha .. Lawak laa Qhaliff ni.. Nak sangat berkawan dah ..

Photo: Bodyguard !

Photo

Yelah yelah.. Daddy tak kacau !

Perlukah aku bergelap tidak lama lagi ?

 

Sekarang ni pon , bil elektrik dah cecah beratus walaupun aku jarang di rumah . Alasan mereka kerana air cond yang sebijik tu dan juga home teater ! Hurmm.. Aku ada selalu pun , sama gak jumlahnya .. Tak de selalu pun gitu gak ! Lorrr .. Ok , aku malas nak pertikaikan ! Malas !!!

Tapi bila tarif elektrik terpaksa dinaikkan , utk lindungi kerugian .. aku jadi sangat sangat …. sangat !! Haihhh ..

 

Tapi dengar ceritanya , pekerja mereka dapat bonus berbulan bulan gaji !! Maklumlah.. untung besar wehh !

 

Tetiba jer nak rugi ???? Aiyooo..

Serius , aku malas nak buat entri ni tapi terpaksa sebab caj elektrik tiap bulan melampau tinggi ! Yelah , aku kena pakai pelita pasni .. Confirm ada suruh aku berjimat cermat ! Memang laaa.. pasni kena buat gitu dan harap semua pemimpin di negara kita pon gitu ! Sila bayar bil elektrik anda sendiri !! Baru la adil !!

Haihh.. aku tak tau la nak jadi apa dengan negara ni .. Dok dahulukan rakyat dalam segala segi terutama part bil !

Penat la nak keje teruk teruk pastu bayar bil yang mana patutnya tak perlu naik ! Tak cukup boroi ke ?

Termometer untuk si kecil !

 

Hurmm… Qhaliff demam tapi termometer aku tak tau kat mana hilangnya ! Rasanya dah beli 3 tapi semua tak dapat dikesan dari radar ! Bateri pon tak dapat dikesan ! Haaaa.. Pelik ? Takde yang pelik bila ada anak kecil ni ..

Nak tak nak , kena beli satu terutama doktor yang periksa Qhaliff nasihatkan supaya beli dan simpan satu.. Baiklah , doktor ! Saya beli satu baekkk punyaaa..

Maka , semalam .. sambil dukung Qhaliff , aku gi cari satu di Guardian Alamanda ! Tanya kat salesgirl tu ,ada dua jenis . Yang satu tu , mmg pernah beli la tapi aku tak berani nak guna tu dah ! Kenapa ? Sebabnya , pernah satu ketika .. ‘dia’ bagitau Qhaliff tak demam tapi badannya panas ! Bila gi check doktor , suhu badan dia dah nak cecah 40 masa tu ! Perghh..

Nak tak nak .. semalam aku beli yang mahal skit ! Harganya ? Hurmmm.. Dalam RM200 ++ gak la .. heee.. Kes terpaksa gitu sebab boleh pakai kat adik dia gak ..

Infrared Forehead Thermometer .. guna infrared jer.. Tembak je kat dahi dia tanpa sentuh dahi dia .. Ada budak tak kasi sentuh kan ? Ha.. Guna gini senang ..

Apa kelebihannya yang lain  selain amik suhu ?

Bagus gak la terutama guna sebelah malam.. Kalau si kecil tu demam , maka akan keluar alarm serta lampu merah ! Haa.. Kalau tak demam , dia akan bagitau sila tidur jer ! Hee..tak la.. Dia keluar lampu hijau tanda ok ! Haa.. Ok la kan ?

Mahal ? Hurmm.. memang laa tapi apa salahnya jika mampu , beli je satu dan simpan elok elok .. Sampai masa , baru tau apa yang aku kata ni benar.. Heee…

Kalah sekarang demi kesihatan anak , tak mengapa .. kan ?

Dah boleh ngam !

 

Akhirnyaa ! Akhirnyaaa .. Qhaliff dah leh terima kehadiran adiknya malah dia pulak sekarang sibuk nak jaga ! Hahahahah .. Siap ajak aku duduk sebelah dia , borak ngan Zahra !

Si abang ni tampak lebih penyayang berbanding adiknya yang aku rasa leh tahan garangnya nanti .. Huhuhu.. Ini mesti ikut daddy dia punya perangai ni .. Perangai Qhaliff yang garang tapi dalam hati ada taman tu , bukan perangai mak dia.. Gabungan tuu.. Hahaha… Nak jugakkk tuuu ..

Hurmm… Camana pon , aku kena pantau woooo.. Risau gak ! Maklumlah , belum berakal memasing .. Heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI