Selasa, 20 Mei 2014

Hilangkan gatal di tangan Qhaliff ..

 

Dah hampir 2 minggu gatal tu tak hilang ! Biasanya kena kat kaki dia .. Ubat , mak aku je ada .. Yang kat aku dah abis. Puas dah aku try dengan ubat lain .. tak jalan ! Hinggakan aku sanggup berenti di Bentong dan cari di kedai Sensei ! Ari tu lupa nak mintak kat Dr.Maria. Hurmm..

Risau nanti melarat lak .. Mak mertua aku kata, ayah mertua aku ada jual di kedainya. Ubat gatal yang laris laa.. Ramai beli ! Jadi tadi aku tanya laa.. AMik satu dan masuk buku 555 dulu.. Balik nanti baru kira.. heeee..

Alhamdulillah… Ok dah ! Dah susut dah gatal gatal tu.. Nampak kering dah.. Dia pon tak garu garu dah.. Berapa kali dah daaaa…Heeee..

Esok leh balik dengan tenang.. heee ..

Tertarik dengan minyak wangi kasturi kijang !

 

Dulu aku tak kisah sangat dengan bauan kasturi ni atau orang dok sebut minyak atar ! Hurmm ..dok bangga sangat dengan perfume mahal dari barat tu haaa..

Tapi deria hidu aku sekarang ni , lebih tertarik dengan minyak wangi kasturi ni .. Apatah lagi ianya dikaitkan dengan wangian dari syurga.. hurmm..

Bila gi solat kat masjid , pastu bauan ini akan terhidu punya dan secara automatik , terus tenang dan selesa solat ! Terus hilang bauan perfume aku yang mahal tu !!

Lama dah aku cari minyak wangi gini. Tak perasan lak kat internet banyak je jual.. Hehehe.. Ni aku jumpa kat kedai di Ketereh. Tak plan pun nak cari tapi kebetulan berenti dengan kedai pakcik ni.. Terus aku gi singgah tengok.. Amik satu satu dan dia bagitau , ni kasturi kijang.. Aku tak kisah sangat la apa jenisnya tapi bauannya tu ! Huhuh… Terasa berada sebelah imam masjid terus aku ! hahahaha..

Serius , wangi wooo !! Pakai wat solat atau keluar dating pon syiokkkk ..

Pengasuh sementara buat Qhaliff Iman !

 

Hurm… Pasni aku pulak meroyan rindu kat budak ni ! Hurmmm ..

Photo

Esok nak balik Kuala Lumpur.. Sorang jer ! Diorang semua tinggal kat sini . Banyak kerja aku pasni antaranya kena bermalam di Hospital Kuala Lumpur. Aku belum lagi sempat tunaikan tanggungajawab aku sebab sebab nak kena uruskan hal keluarga aku ni. Sapa lagi yang tolong uruskan ? Aku bukan ada orang gaji pon …

Di Kelantan ni , aku mintak mak mertua aku carikan seorang pengasuh dan juga pembantu untuk membantu wife jaga dan uruskan kedua anak aku dan juga dia sendiri.. Mak mertua pon ada kerja dia nak kena buat kan ? Huhu..

Belum pun aku nak balik , dah terasa rindu kat Qhaliff ni .. Aku nak bawak sama , wife tak kasi . Dia kata nanti rindu ! Hurmmm .. Aku mengalah je la .. Kang ada yang meroyan , susah aku .. Hahaha..

Tak pe la , nanti aku balik sini balik .. Settlekan keje yang ada , balik lepaskan rindu ! Terpaksa kerana inilah punca rezeki aku .. Nak kena beli susu lampin anak gak kan ? Kalau asyik pikir rindu , tak berlampin la anak aku .. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI