Khamis, 22 Mei 2014

Tiada lagi kuning !

 

Alhamdulillah .. Hari Selasa ari gi tu gi Klinik Kesihatan Kok Lanas , buat pemeriksaan .. di tahap 150 gitu. Doktor kata kalau bawah 150 , baru dah clear …

Dan tadi , wife gi ngan mak mertua jer .. katanya dah turun ke 120.. Maknanya dah semakin clear .. Mata dia pon , wife kata dah tak nampak kuning.. Dah lepas 10 hari kan ..

Besar dah anak daddy ni .. Huhuhuh.. Nanti balik , dukung , dah terkeluar keluar kaki dari dukungan.. Gaya dia ni nampak lebih tinggi dari abang dia .. Hurmm..

Berkat Dhuha ..

 

Lama tak buat solat Dhuha. Sibuk sangat dengan urusan dunia ! Cuai dan lalai ! Huh…

Pagi ni aku buat .. Pastu aku teringat tab Samsung aku yang dah sebulan tak leh charge tu.. Plan nak gi Low Yat pagi tadi untuk repair.. Sebelum tu , aku try charge .. Mana la tau kan ? Kot kot …

Tiba-tiba ? Ehhh ..

Photo

Huhuh… Rezeki rezeki .. Jimat dah duit .. Alhamdulillah ..

Photo

Tak larat dah nak tukar tukar phone .. Tapi nampak S5 cam best jeer !

Sunyi ..

 

Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !

Sebelum ni ..

Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..

Ku rindukan mereka !

 

Terpaksa tidur rumah mak aku utk hilangkan rasa sunyi . Kalau aku di rumah seorang diri , pasti akan terasa sayu di hati ! Bukan mudah nak tutup rasa itu memandangkan aku dan Qhaliff tak pernah berpisah lama ! Apatah lagi sekarang ni dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata , rindu makin menusuk jiwa.

Mak dia ? Rindu tak ? Iskh.. tu aku tulis kat blog lain laaa.. Kang tulis sini, ada pulak muntah darah sbb aku jiwa jiwa la pulakkk .. heee

Aku faham sekarang camana perasaan ‘bos’ aku dulu yang mana dia dapat tawaran ikut ‘big boss’ ke luar negara selama beberapa minggu. Seronok tu mmg seronok tapi bila mengenangkan anak manjanya tu… payah buat keputusan !

Semalam nak balik pon dah belikan dia basikal kecil dan mainan.. Takde la dia selongkar rumah tu nanti.. huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI