Jumaat, 23 Mei 2014

Tawar ayam panggang aku !

 

Wife cerita .. Tok Ma Qhaliff bawak keluar main kat belakang rumah.. Kejar ayam dan kucing.. Suka benar dia.. Ketawa berdekah dekah ! Budak tu mmg murah dengan ketawa pastu kita yang tengok pon jadi senang .. Huhuh.. Budak ketawa ikhlas.. walaupun takde punchline ! Heee..

Aku di sini .. mengadap ayam feveret aku , Kenny Rogers.. Hurmm.. makan sorang sorang.. Biasa dengan dia .. Tak sampai 10 minit , abis dah ! Biasanya dengan sejam baru dapat selesaikannya .. Huuu ..

Rindu kat budak tu.. Bila dah jauh dari mata , baru terbayang segala kenangan terutama dia dengan kenakalan dia yang suka kenakan aku terutama bila aku tidur , satu tamparan pastinya hinggap kerana dia tau aku main main !

Tak sabar nak balik Kelantan minggu depan ..

Qhaliff cari daddy tak ?

 

Ada kawan tanya aku di FB selepas aku upload gambar dia .. Hurmm.. Aku tanya wife , Qhaliff cari ke tak ?

Neehhh.. dia macam tak kisah jer ! Dok gembira bermain jer.. Hahahaha.. Asalkan mak dia ada , dah laaa ..

Tapi aku kenal ini budak wooo ! Dia  nampak tak kisah macam ari tu.. sewaktu wife dalam wad selama seminggu.. Bila jumpa , senyum sampai ke telinga ! Siap lari peluk lagi.. Huhu..

Minggu depan , aku balik sana .. Tengok camana reaksi dia ..

Sorang , lidah dan sorang lagi kaki !

 

Pengalaman baru untuk aku hargai lebih kehidupan ini ! Sebelum aku nak bercerita , aku nasihatkan korang yang ada duit lebih .. dari membazir tak tentu arah , baik dapatkan perlindungan insuran yang cover perubatan ..

Di Hospital Kuala Lumpur semalam , aku bermalam sehingga jam 5 pagi. Pastu aku balik sewaktu ayah aku tidur lena setelah amik ubat tahan sakit ..

Sebelum dia nak dapat tidur tu , dia asyik terjaga jer .. pastu ke tandas. Sesiapa yang jaga dia , kena papah dan ikut sama. Tak leh biar dia gi sorang . Bahaya..

Seperti yang aku bagitau .. ayah aku dimasukkan ke hospital kerana kanser lidah dan semalam , pakcik aku yang tinggal di Pulau Pinang juga berada di hospital yang sama gak !

Asalnya dia di Hospital Pulau Pinang tapi dipindahkan ke HKL kerana perlu dilakukan pembedahan segera. Masalah jangkitan kuman yang merebak hingga ke bahagian pinggang. Mula mula kaki jer.. Ni pembedahan ke 5 , menurut makcik aku tu ..

Aku , naik turun naik turun je gi lawat diorang. Sewaktu nak masuk wad tu , tengok macam macam orang ada .. Saudara mara lak yang meneman .. tidur di kaki lima di luar wad.. Hurmm..

Tiada la layanan istimewa dari nurse yer ! Nasib baik semalam la , nurse praktikal yang tolong bagi minum susu ( melalui wayar ikut masuk hidung ) tu cermat skit.. Aku pandang dia buat kerja .. Huhuh.. Saja jer.. hee..

Tak tau giliran sapa lak malam ni .. Aku awal pagi esok ada job nak disettlekan.. Serius , mmg tak cukup tidur aku hari ni ! Pandu kereta pon dah terhoyong hayang. Nasib baik balik kul 5 tu , takde kereta sangat.. Hurmm,..

Berjaga di hospital..


Hurmm.. sejarah dalam hidup aku ! Hari ni , dua orang yg aku sayang berada di tempat yg sama. Ayah aku di tingkat 4 , pakcik aku yang dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang ..ditempatkan di tingkat 3 .. dan dia menunggu utk pembedahan.

Aku  , naik turun ke dua dua tingkat ni sepanjang berjaga kt sini. Kesian.. dua dua tak leh tidur. Pakcik aku menderita sbb kakinya manakala ayah aku , dadanya.. Pembedahan hari tu selamat dah dijalankan. Tunggu nak pulih sepenuhnya jer..

Ini kali pertama aku berada di hospital. Sebelum ni adik beradik dan sepupu aku yg temankan ayah aku. Dia tak boleh tidur kalau duduk sorang sorang.. 

Nasib baik nurse pelatih malam ni , ok ok belaka.. comel comel .. heeee.. tapi aku tak la ngorat.. janggut dah beruban , sapa nak .. kan ?

Nasihat utk korang.. jagalah kesihatan dan sediakan skim perlindungan insuran jika mampu !! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI