Sabtu, 31 Mei 2014

Musim durian di Balik Pulau !

 

Yummy .. Huhu.. Terpandang gambar ni di FB sepupu aku , buatkan aku terliur mengingatkan keenakkan durian Balik Pulau yang dikatakan terbaik di Malaysia ! Perghh .. Kena seulas saja , dah boleh bikin ‘high’ ! High bukan sebab khayal tapi keenakkan dia terasa sampai ke medula oblogata ! Haaaa.. gitu laa .. Betul le aku eja ? Malas pulak nak google check.. Huhuh.. Kiranya sampai ke otak laaa ! Gitu laaa perumpamaan aku ..

Kali terakhir aku rasa durian Balik Pulau ni , sebelum Qhaliff lahir tapi dia punya keenakan , aku masih terasa hingga sekarang !  Ingat lagi waktu tu , mak sedara aku bawak balik ke rumah arwah tok aku beberapa biji durian ! Sebijik jer aku makan , terus tersandar ke kerusi ! Hahahahah .. Kalau tak , 2-3 bijik selamba je aku jalan ..

Dikatakan keenakkan durian ni sbb berada di puncak bukit dan terdedah dengan angin laut.. Haaaa.. Kawasan dusunnya pulak mmg subur !

Hurmm.. Aku sempat beberapa kali je masuk ke dusun durian di Balik Pulau ni.. Ada jugak maggis , rambutan dan beberapa jenis buah lagi.. Hurmm..

Sejak tua ni , dah jarang balik ke sana .. Hurm.. Entah bila nak berkesempatan ke sana lagi pun aku tak pasti walhal , ada je saudara mara kat sana ..

Mengigil aku membacanya ..

 

Bila aku baca artikal penuh di sebuah fan page FaceBook , aku terus terbayangkan anak anak aku .. Mangsa yang berusia lebih kurang Qhaliff .. Apa dah jadi dengan manusia di Malaysia ni ?? Kalau luar negara tu , aku tak hairan sangat laa.. Tapi dalam negara kita sendiri ????? Aku seolah macam bermimpi jer..

Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tgkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebih kurang 5 minit, sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.

Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.

Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.

Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap. “.

Ada videonya… Budak tu dah berusaha nak lari tapi dia datang tarik balik budak tu.. Allah !! Manusia ni kalau laaa dapat ditangkap ketika tuu.. Haihhhh ..

Kes haru 38 orang tu dah cukup tragis.. Ditambah kes gini ? Buat aku senantiasa terfikir akan keselamatan aku sekeluarga di negara yang aman damai ini ..

Apakah perlu kita kembali ke zaman Melaka dulu ? Ke hulu ke hilir berkeris !

Semoga Allah lindungi anak cucu kita ..

Bila beli telefon pintar ..

 

Satu je nasihat aku bila dah beli telefon pintar , tak kira laaa apa jenama dia ..

Photo

Kalau dia dah kasi itu charger , guna itu charger jer .. Dok tukar tukar charger , boleh menyebabkan korang tensen ! Maksudnya , rosak la nanti .. Haaaa …

Masa aku gi antar repair tab ni .. Port charging tu rosak lagi untuk kali ke dua .. Aku malas nak tukar phone lain atas faktor faktor penjimatan memandangkan kos hidup semakin  tinggi walaupun Malaysia ni aman .. Haaa .. Kena banyak banyak jimat dan juga fikir panjang bila nak keluarkan duit melainkan ada pulangan dan berbaloi.

Orang yang repair tu , dia kata jangan tukar tukar charger .. Guna mana yang dah diorang bekalkan ..Diorang kata gitu laa.. Aku pon caya je la..

Kalau rasa sayangkan harta benda dan nak bawak masuk ke kubur , boleh la ikut pesanan aku.. Kalau rasa tak nak bawak masuk kubur dan wakafkan pada orang lain , sila jaga elok elok juga laa.. heee..

Ke Kopitiam Kita di Kota Bharu !

 

Sejak keluar di Majalah Tiga , TV3 .. Kopitiam Kita dikatakan makin dikunjungi ramai.. Ramai nak rasa roti titab yang digambarkan oleh Mazidul tu , sedap banget ! Heeee..

Ok.. kat mana Kopitiam Kita ni ? Jangan pening ! Sila gunakan telefon bimbit anda yang canggih manggih itu sepenuhnya.. Gunakan Waze.. Confirm jumpa punya ! InshaAllah ..

Aku ke Kopitiam Kita ni , ditemani oleh blogger Darkbatman aka Ayie .. Aku tunggu dia di Stadium Bolasepak pastu gi sama sama .. Dari stadium ni , tak jauh pon.. Dalam beberapa kilometer jer .. Nasib baik jalan tak jammed.. Heee.. Orang dah masuk kerja kot ..

Sampai je sini .. Aku agak terpegun gak laa.. Penuh giler orang ! Tercari cari port mana nak duduk ! Haaaa.. Sudah serupa macam nak makan malam jer walhal ni baru kul 8 lebih pagi.. Parking pon jenuh mencari…

Nasib baik Ayie mulut ringan.. Join dua orang pakcik ni.. Huhuh.. Meja muat 4 orang tapi duduk 2 orang.. Jadi , leh la join sama .. Terima kasih la yer .. Pakcik ni , sorang dari KL ..sorang lagi mmg orang sini. Sama cam aku laaa. heee..

Ok.. duduk sudah .. Masa nak memesan lak.. Tercari cari pelayan kedai ni.. Manaa ehhh .. mana ehhh .. Tuuuuu .. dia pakai baju , er… Apa ‘PERCUMA’ ? Adeh.. Panggil , tapi tak perasan ..

Ada sekali tu, salah seorang pekerja situ datang amik pesan di meja sebelah ( walhal aku dan Ayie sampai dulu ) .. Setelah awek tu amik order budak budak laki sebelah kitorang ni  , Ayie panggil .. boleh dia suruh tunggu jap ??? Padahal  nak order je pon ! Dia nak gi antar pesanan budak budak tu jap.. Huk alohhh.. Gagal sungguh !

Sebelum tu… ada sorang tu , datang cuma bagi kertas menu .. Tulis sendiri ! Pen atau pensil tak bagi ! Nak tulis lagu mana gitu ? Guna S Pen ??? Iskhhh…

Aku tanya Ayie ..

“ Nasi Ulam Cikgu , bukak dah ? Jom blah ! Penat menunggu dah ni .. “.

Nasib baik tak bukak lagi ! Hurmmm ..

Dalam 10 minit tu , baru datang sorang awek ni amik order. Hurmmm .. Order roti Titab dan air kopi jer..

Aku tanya pakcik tu .. Sedap tak roti ? Dia jawab sedap .. Lain lain , biasa jer .. Aku bangun.. Aku ke tempat pilihan nasi. Kat sini dikatakan Nasi berlauk Air Dingin sedap tapi aku tak amik ..

Aku amik Nasi Gulai Ayam Tumpat.. Sajia nak cuba.. Camana ? Sedap tak ?? Biasa jer .. Mungkin sebab dah sejuk. Kalau panas panas , mungkin lain rasanya .. Huu…

Akhirnya , sampai juga roti Titab yang ditunggu.. Nampak menyelerakan .. Sedapkah ?

OK gak laa .. Leh layan.. Nak kata sedap giler tu , takde laa..  Kiranya leh gak la buat kat rumah sebenarnya. Walaupun  dikatakan rotinya diadun sendiri , bagi aku rasanya .. boleh layan jer .

Dalam dok makan makan tu , ada la  makcik bertiga ni nak tumpang meja.. Eh , silakan jer .

Sambil makan tu , aku pasang telinga diorang berborak.. Cam makcik makcik politik jer ni.. Hehehe.. Antaranya mengenai Wanita dan juga tudung Fareeda .. Heeeee.. No komen makcik oiiii ! Sapa suh citer depan blogger ! Nasib baik aku malas nak ulas perbualan korang .

Apakah aku akan ke sini lagi ? Tak dah kot.. Melainkan wife aku ajak.. Dia nak rasa.. Kalau dia nak laaa ..

Oh .. harga ? Hurmmm .. Roti Titab 2 , kopi dua cawan , satu bungkus nasi berlauk .. RM14.. Ok kot ?

Nasihat .. Jangan jadikan alasan ramai orang , bila pelanggan komplen service out ! Patut diorang kena siap sedia dengan pekerja tambahan terutama bila cuti panjang atau hujung minggu..

Sila senyum ..

Terima kasih Darkbatman kerana sudi teman. Malam ni , Wakaf Che Yeh lak.. Orang pantang , sila duduk rumah dendiam..

Qhaliff ke SHAPE UP ( Sport and Fitness Center )

 

Yeah.. tempat latihan rasmi team TRW …

Saja bawak dia ke sini sambil jumpa acik Darkbatman .. rakan seperjuangan daddy tapi acik Darkbatman dah ‘tewas’ terlebih dahulu.. hehehe …

Aku mmg suka tgk gym .. Cool siut ! Nak beli , tak mampu.. Mampu tengok je laa.. Mampu bayar per entry jer la.. hehehehe .. Setiap gym ada keunikan dan tarikan tersendiri. Bila kita tengok , kita akan belajar. Mana tau satu hari nanti nak bukak satu sport center kan ? Heee..

Shape Up yang terletak di Pengkalan Chepa , Kelantan ni mmg menarik bagi aku. Selesa , kemas dan mampu bayar ..

Ada 3 bahagian kesemuanya. Ada yg heavy duty , ada yang untuk gimrama , untuk Muay Thai dan juga .. badminton serta futsal !!!

Haa.. kalau ada anak berminat dengan sukan badminton .. leh la antar sini ..

Memang best la gym ni ! Memang leh bikin badan la kalau rajin gi.. huhuuu .. Nak tahu dengan lebih lanjut , leh ke fan page Shape Up atau contact je bro Zainal Zuhri aka Darkbatman ..

Bila mau potong rambut ni ??

 

Hurmmm .. Panjangnyaaaaa rambuttt !! Ramai geram jer  tengok ! Bila nak dapat gunting , aku pun tak tau laaaa ..

Photo

Photo

Dapat ‘touch up ‘ kat telinga dia je pon dah ok tu.. Tapi camana haaa.. Baru masuk kedai gunting rambut , dah teriak.. Sekarang ni , pandai dah teriak sampai muntah.. Dulu tak reti la gak.. Amboiii .. Dah pandai main psikologi ngan daddy ni..

Tak pe la.. Minggu depan , kita balik KL .. serah tugas ni pada Acik yer.. Dia bawak gi kedai .. tau la nak buat camana ..

Nak jadi Kenji Ryukendo la sangat yer .. heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI