Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 1 Jun 2014

Bila isteri terasa !

 

Hurm.. Wahai suami sekalian alam … Awas ! Awaslah ketika anda mendapat zuriat yang pertama !! Jangan laaa lebihkan anak berbanding isteri terutama awal awal lahir.. Haa.. Sian si isteri tuuu haa.. Terasa dipulaukan jap..

Bukan apa.. Bukannya isteri tu cemburu atau hilang keyakinan diri atau sebagainya .. tapi mereka terasa seolah ‘ kawin dengan dia semata mata nak anak je.. ‘ walhal masa bercinta dulu , rindu memanjang.. Dah dapat baby , rindu pon takde dah .. Asik asik anak jer..

Si isteri tu bukanlah tak memahami tapi dalam keadaan yang sedang berpantang terutamanya , inginkan perhatian si suami apatah lagi bentuk badan mereka dah berubah kejap .. Kang dah ok , pandai pulak si suami kata rindu ! Haaa.

Kena pandai pandai la sikit amik hati yer.. Jangan bila call isteri yg sedang berpantang di kampung , asik tanya anak jer.. Tak tanya pon keadaan isteri tu camana .. Iskhh… Tamo tamo gitu eh ..

Bila kulit Qhaliff mengelupas dan kering !

 

Teringat satu produk yg kebetulan aku bawak balik ke Kelantan ni yang sesuai digunakan pada Qhaliff ..  Aku dapat dari salah seorang rakan di Facebook..

image image

Aku try pakai.. Alhamdulillah.. Baru beberapa hari , ternyata ada perubahan.. Di lehernya ada naik ruam ruam  panas ( Kelantan skang musim panas ) dan aku cuba pakaikan pada dia ..

Aku pun cuba pakai gak kat leher aku .. Hehehe.. Saja nak rasa camana dan kesannya ..

Hurmm.. Nyaman gak pakai ni .. Dan yang penting , sejak Qhaliff pakai losyen ni , dia tak digigit nyamuk.. Alhamdulillah.. Bagus jugak produk ni ..

Mana nak beli ? Cuba tengok di laman web Cosmoderm dan juga farmasi berhampiran dengan anda ….

Oh ya .. ramai gak kawan kawan bagi feedback yang positif mengenai produk ni .. Leh baca di SINI

Dah gunting dah rambut Qhaliff !!

 

Photo

Petang semalam gunting.. Nasib baik tak gi salon gunting ! Kenapa ? Semalam yang gunting rambut Qhaliff ni , Pak Su dia.. Dia punya teriak , abis segala air yg ada dalam badan keluar ! Haaa.. Punya laaa tak nak gunting ! Pelik aihhhh .. Sayang benarr budak budak ngan rambut diorang.. Takkan nak buat rambut style Hail Amir kot atau Beatles ??

Adeh.. letih gini .. Kita yang tengok rambut diorang , jadi pening .. huhu ..

Aku tauu soalan korang ! Zahra bila kan ? Heee…

Livita With Honey , hilangkan ngantuk !

 

Secara tak sengaja ari tu , aku beli di RnR untuk hilangkan penat dan mengantuk jika datang menjengah ketika memandu jauh untuk ke Kelantan.

Aku beli 3 botol ketika tu.. Dan hasilnya , aku tak mengantuk langsung ! Maka aku boleh memandu tanpa tukar pemandu lain dah ! Kalau tak , wife pasti akan gantikan aku punya .. Tu pon aku minum 2 botol jer..

Aku tak percaya ! Aku cuba ketika pulang ke KL lak.. Keseorangan !! Pastinya memandu seorang diri akan jadi bosan kan ? Lama lak tu.. Aku beli 3 tin air Livita with Honey ni .. Minum 2 tin.. Tak sampai 5 jam , aku dah hampir ke KL !! Tak mengantuk pon..

Alhamdulillah .. Dengan Livita with Honey ni , inshaAllah kita kekal cergas ketika memandu jauh.. Tak caya ? Cubalah ! Tapi kalau mengantuk jugak , tu bukan salah aku laa.. Aku cuma leh cadang jer.. Heeee….

Tapikan .. banykkan juga minum air suam selepas tu.. Manis sangat ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI